*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Satu Negeri lagi belum disebut iaitu Johor. Fuhhhh! Melekat betul le
UMNO/BN orang Johor ni... Sure pilihanraya 2004 nanti ramai menteri
UMNO/BN yang dah kalah dan menang tipis tu berebut nak bertanding di
Johor. Maklum le tempat selamat. BA kena susun strategi lain untuk negeri
Johor ni...
Nazz
Sorang kawan saya anak jati Johor yang dilahirkan di Muar sekarang ini
malu nak mengaku orang Johor. Katanya entah apalah payanhnya mereka ni
nak pangkah BA? Iskkkk...
Engku Hamid wrote:
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Setelah pilihanraya umum ke 10 selesai, kita tidak
dapat lari daripada mendengar berbagai ulasan mengenai
keputusan pilihanraya di mana-mana saja, baik di
rumah, kedai, pejabat, restoran dan juga di internet.
Ada yang bersifat pro dan kontra. Masa inilah
munculnya ramai para penceramah/pengulas pilihanraya
tak bertauliah yang akan menghabiskan masa berjam-jam
mengulas tentang berbagai isu yang menarik sepanjang
musim pilihanraya.
Antara lain cakap-cakap di kedai kopi yang telah
sempat saya kutip baik di tempat kerja, rumah, dan
sepanjang perjalanan pulang dari kampung
adalah seperti berikut:-
1. Ramai yang masih tertanya-tanya tentang keputusan
pilihanraya di Sabah dan Sarawak. Segala keputusan di
Sabah dan Sarawak telah
diperolehi dengan begitu cepat sekali. Ini amat
berlawanan dengan keputusan pilihanraya negeri yang
biasanya diadakan selama 2 hari. Faktor jarak dan
kemudahan mengangkut peti undi dikatakan tidak lagi
relevan kerana SPR telah menyediakan banyak helikopter
untuk mengangkut peti
undi ke tempat pengiraan. Persoalannya, adakah wakil
parti berpeluang untuk mengiringi peti undi dengan
menaiki helikopter? Mengapakah keputusan
pilihanraya bagi beberapa kerusi panas seperti Lembah
Pantai, Shah Alam dan Gombak mengambil masa yang lebih
lama dari kawasan seperti
Kuala Rajang, Silam dan Semporna? Mengapa ada saja
peti undi pos dikeluarkan di saat akhir pengiraan
undi?
2. Ramai juga yang membuat andaian bahawa kemenangan
calon UMNO kali ini banyak diperolehi dari undi kaum
Cina dan India. Begitu juga dengan
majoriti tipis yang mungkin dipengaruhi keputusannya
dari peti undi pos.
3. Ramai yang kagum dengan sikap rakyat Kelantan dan
Terengganu yang tidak mudah terpengaruh dengan iklan
murahan di kaca TV ( seperti
iklan " dia mahu hudud, dia kata langkah mayat aku
dulu, dia pening kepala", "guano demo? Dah dekat 10
tahun dah! Demo makan gaji buta ke?") dan tetap
mengundi PAS tanpa ragu-ragu.
4. Ramai juga yang hairan dengan sikap pengundi di
beberapa buah negeri yang pernah dilanda JE seperti N.
Sembilan, Selangor dan Melaka yang
masih "seronok" untuk terus menternak babi.
5. Ramai juga yang kagum dengan pengundi di Permatang
Pauh yang telah menghantar mesej jelas kepada PM: "
Kalau pasal Anwar, hang jangan
main-main tau!"
6. Ramai juga yang kagum dengan pengundi di Sik yang
telah menghukum Hamid Othman kerana tak mahu menegur
keterlanjuran Mahathir. Lalu
mereka lebih rela memilih penulis buku SHIT untuk
beradu tenaga di Dewan Rakyat dan menegur Mahathir
secara berdepan.
7. Ramai juga yang kagum dengan pengundi di Cukai,
Besut dan Melor yang telah menghukum Wan Mokhtar,
Yusof Nor dan Zainal Abidin kerana tak
beri nasihat agama yang betul kpd Mahathir dalam hal
yang berkaitan dengan tuduhan liwat. Lepas ini eloklah
mereka bertiga isi borang masuk PAS!
8. Ramai yang mengucapkan syabas kepada pengundi di
Yan yang telah menghukum Badarudin Amiruldin yang
sering bermulut "capoi" di Dewan
Rakyat.
9. Ramai yang berbangga dengan pengundi di Pasir Mas
kerana telah menghukum Ibrahim Ali . Ini juga
bertujuan untuk mengelakkan Ibrahim Ali dari terus
memutarbelitkan isu fitnah memfitnah. Secara tidak
langsung , pengundi Pasir Mas telah menolong Ibrahim
Ali untuk keluar dari status " budak
suruhan" Mahathir.
10. Ramai yang berbangga dengan pengundi di Tambun
Tulang dan Pekan kerana memberikan rasa cemas ( bagi
gempaq) kepada Shahidan Kasim dan Najib yang hampir
tewas dengan majoriti kecil. Dengan cara ini, Najib
yang selama ini nampaknya macam "play safe" dalam isu
Anwar terpaksa membuat kenyataan secara indirect
kepada Mahathir: " Cermin diri UMNO
dulu............".
11. Ramai yang berpendapat bahawa rakyat Kelantan
memberikan mesej terus kepada Mahathir bahawa: " Kalau
rasa nak berundur, kami tawarkan
orang Kelantan iaitu KU LI menjadi pengganti PM. Itu
sebabnya kami masih beri dia menang di Gua
Musang............."
Ada banyak lagi cakap-cakap di kedai kopi yang akan
kita dengar selepas ini. Jika anda mahukan
cerita-cerita yang lebih menarik, sila lawat
negeri-negeri yang PAS sudah mula bertapak seperti
Pahang, Kedah dan Selangor. Anda pasti akan terpesona
dengan hujah-hujah mereka...............
Wassalam
KU HAMID
Prev | Next Download Attachments Back to
Inbox Privacy Policy- Terms of Service - Guidelines
Copyright � 1994-1999 Yahoo! Inc. All rights reserved.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores. Millions of Products. All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Nor Nazariza Md Salim" <[EMAIL PROTECTED]>