*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MURTAD: GOLONGAN CACAT JADI SASARAN
KUALA LUMPUR: Umat Islam yang cacat penglihatan menerusi Jawatankuasa
Prihatin Akidah bimbang gejala murtad semakin serius.
Jawatankuasa ini bimbang kerana jumlah orang kurang upaya yang murtad atau
dimurtadkan oleh kumpulan tertentu, semakin ramai.
Kebanyakan yang murtad ini adalah golongan muda dan memilih untuk memeluk
agama Kristian.
Salah seorang ahli jawatankuasa persatuan itu, NorAzman Sukirman, yang
datang ke pejabat Harakah, berkata masalah tersebut mula dikesan oleh
persatuannya sejak 1986. Katanya, usaha itu dilakukan secara senyap-senyap.
Menurutnya, kelompok yang menjalankan usaha itu berselindung atas nama
sebuah kelab rekreasi yang dianggotai oleh orang cacat penglihatan daripada
pelbagai bangsa.
"Sasaran mereka adalah golongan muda-mudi terutamanya dari Sabah dan Sarawak
serta wanita kerana mereka mudah dipengaruhi dan kurang didikan agama.
"Misalnya, kumpulan ini akan mendekati mereka yang bermasalah dalam masalah
cinta, terutama wanita.
"Mereka juga sedia menaja perbelanjaan pembelajaran atau perubatan seseorang
dan juga menganjurkan perhimpunan atas nama rekreasi dan lawatan sosial,"
katanya.
Beliau juga kesal dengan sikap agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam
hal ini termasuklah Baitulmal dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) serta
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Beliau mendakwa Jawi dan Jais hanya berusaha mengislamkan saudara baru
tetapi tidak mengambil tahu kebajikan mereka.
NorAzman mendakwa selepas pengislaman mereka, tidak banyak usaha dilakukan
untuk mendidik dan membantu mereka memperdalamkan pengetahuan agama.
"Pernah terdapat satu kes seorang saudara baru bertukar agama kerana tiada
usaha susulan manakala kebajikannya tidak diambil berat oleh jabatan agama.
"Sebaliknya dia dibantu oleh kelompok ini menyebabkan dia bertukar agama
kerana menganggap Islam tidak mengambil berat permasalahan seseorang,"
dakwanya.
Beliau berharap masalah ini diambil berat oleh pihak yang berkenaan.
Nor Azman berharap pihak berkaitan berusaha keras bagi membanteras golongan
tertentu memurtadkan golongan kurang upaya.
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>