*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum

Saya rasa hangpa semua keras sangat dengan pengundi
pengundi Johor. Semua orang patut tahu bahawa PAS baru
sahaja bertapak di Johor dan baru sangat buka
cawangan.
Pasai ADIL tok sah cerita la...baru kemarin dulu saja
buka cawangan. 

Biarlah saya cerita sikit pengalaman peribadi saya,
sebab "kawan" saya pun orang Johor.
Saya ingat lagi waktu mid 80s, nak cari cawangan PAS,
langsung tak jumpa. Bila sebut nama PAS, orang
kata..."ah itu parti orang Kelantan dan Kedah sajer,
kiter tak de PAS kat sini"

Lepas tu awal 90an baru ada, tumbuh perlahan lahan.
Bila pilihanraya tahun 95, ada dah cawangan PAS merata
rata tapi tak dak kelih hala dan cara nak menang bila
lawan dengan UMNO. Tak macam di Perlis / Kedah yang
memang boleh bergomoi dengan UMNO. Kelantan dan Ganu
tok sah cerita la, gomoi sampai runtuh DUN.

Perlu jugak disebut bahawa orang Johor tak pandang
UMNO macam kita di Utara tengok UMNO. UMNO di Johor
adalah segala galanya. Contoh: cawangan UMNO di Johor
bukanlah di Utara yang mana macam parti tukang sibuk,
buat buat sibuk dan tak dak kerja. Dalam satu kaw
parit (kampung) tu pendukung pendukung UMNO adalah
jugak AJK Masjid. Malah ada kaw yang Tok Imam masjid
jugak adalah ketua UMNO. Kalau ada kenduri kendara,
nikah kahwin, khairat kematian, depa ni pi dulu
kedepan, bagi depa, UMNO, AJK Masjid, JKKK, Rela semua
dah campur aduk...dah tak dak beza, orang tu jugak. 

Bagi orang Johor, tak dak sebab nak bukak cawangan
PAS, sebab sungguh "syumul" cawangan UMNO yang depa
ada tu.
Apa yang PAS nak buat depa dah buat,  lebih lebih lagi
kalau AJK UMNO tu adalah juga AJK Masjid. AJK UMNO di
Johor bukan macam kita di Utara, depa di Johor ada
yang habis darjah 7 dan boleh terus ke AL Azhar kalau
kaum tua. Kalau yang muda muda masuk kelas fardhu Ain
dan fasal Fekah kalah kebanyakkan kita semua. 

Bila sebut sahaja pasal penyelewengan UMNO di pusat
atau negeri lain, puak puak di kampung di Johor ni tak
boleh nak hubung kait dengan UMNO di tempat depa
sendiri. Bagi depa UMNO yang nakal nakal ditempat lain
tak dak kena mengena dengan UMNO kampung depa yang
terdiri dari tok siak,tok bilal, guru guru kelas
fardhu Ain, AJK khairat, AJK kenduri dsbnya.

Perlu diingat orang Johor undi berdasarkan parti dan
bukan berdasarkan calun.itu sebab orang Johor benarkan
Ling LS menang di Labis yang majoritinya adalah
Melayu.

Akhir kata, berilah lebih masa untuk PAS di Johor.
Adalah satu kemenangan untuk PAS, jika rakyat Johor
dapat menerima perjuangan yang dibawa oleh PAS. Dah
jadi bonuslah kalau menang di mana mana kawasan. Akan
lebih berganda ganda bonus nya kalau pemimpin pemimpin
UMNO Johor berbuat macam macam honar. Setakat ini
Muhyideen, Ghani, Hishamuddin malah Tok Mat sendiri
masih lagi licin dan licik. 


Wassalam

Adam

p/s:saja nak sebut..orang orang Johor kebanyakkannya
bukan Melayu totok macam kita semua, depa di Johor ada
yang Jawa, Bugis, Sulawesi malah ada yang keturunan 
lanun, kiyai-kiyai. Jadiknya depa ni lebih loyal dan
taat setia.  

--- rosli <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

> usah cakap lembu
> tunggul pun menang dengan atas tiket BN
> 
> osba wrote:

> > kalau gitu punya prinsip walaupun taik yg dibawa
> mereka akan tetap sokong
> > BN?..emm nampak gayanya saya pun nak bertanding
> atas tiket BN dlm p/raya
> > akan datang..sure menang..mereka tak pandang
> calon, walau lembu sekalipun
> > mereka akan ttp mengundi BN.
> >
> > ----------
> > > From: hamba allah <[EMAIL PROTECTED]>

> > > assalammualaikum..
> > >
> > > berkenaan dgn negeri johor yang cemerlang
> berikutan pilihanraya
> > tempohari.
> > > memang mereka sapu bersih ..namun kita kena
> faham kenapa mereka memilih
> > BN.
> > > sat usebab adalah kerana perasaan yangtelah
> tertanam didalam diri mereka
> > ,
> > > dimana UMNO itu sendiri sebenarnya lahir di
> johor bahru..dan
> > > peristyharaannya dibuat di tangga Istana Besar
> Johor.  Itu lah
> > sebenarnya.
> > > tidak dapat luput daripada ingatan mereka akan
> sejarah tersebut. Ini
> > > bermakna apa sahaja yang berlaku oleh pucuk
> pimpinan mereka tidak boleh
> > > tidak ..mereka terpaksa mengelapkan mata sahaja.
> > >
> > > ahh.. juga satu bukti yang mana UMNO sememangnya
> lahir dibumi johor bukan
> >
> > > dikedah yang kedengaran tidak berapa lama
> dahulu.
> > >
> > > walau bagaimanapun... tahniah kepada tok Guru
> Nik Aziz dan juga Ustaz
> > Hadi
> > > awang kerana berjaya dan cemerlang didalam
> perjuangan islam mereka.


=====
**nak keluar,sila hantar emel pada [EMAIL PROTECTED]**
*********************************************************
>>>>>>> SUDAHKAH ANDA MENYEMAK DAFTAR UNDI ANDA <<<<<<<<<
*********************************************************
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Adam <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke