Title: SUATU ARTIKEL UNTUK TATAPAN......Luahan rasa Hatiku....

Assalamu'alaikum kepada netters Hizbi yg dirahmati Allah.....

Mungkin belum terlambat bagi saya untuk mengucapkan tahniah kepada parti-parti Komponen Bee A yg menang - especially yg telah dapat menwan Terengganu & mengekalkan kuasa di Kelantan.  Syabas rakyat Kelantan kerana membuka mata & minda untuk terus bernaung di bawah pimpinan Ulamak yg amat kita sanjung tinggi.

Saya memang dah lama tak hantar artikel ke Hizbi....  Senyapnya saya kerana hanya memerhati & mengikuti sahaja tulisan dari kawan-kawan.  Namun, saya bukan berdiam diri begitu sahaja...  Apa yg saya buat, cuma Allah yg tahu.  Bila keputusan diumumkan, hanya Allah jugalah  yg tahu bagaimana perasaan saya, especially bila Shah Alam Ezam juga kalah...   Saya menitiskan air mata sebak, kerana sebelum tu husband yg berada di Dewan MPSA telah pun menelefon memberitahu keputusan tak rasmi......  Bayangkan keringat saya sehari suntuk bertugas dengan muka yg berminyak-minyak, "sunburn", kulit jadi gelap, muka berbelak-belak, kaki lenguh - itu semua boleh saya lupakan kerana itu adalah khidmat ikhlas yg saya berikan tanpa sesen pun dibayar!  Itu adalah semangat saya yg saya bawa bersama ketika bersama-sama membantu petugas-petugas Bee A yg lain di salah sebuah pusat pengundian di Shah Alam.  Saya redha dengan keputusan yg diumumkan, tapi heran macam mana boleh jadi begini?  Mungkin ada rahmat di sebalik kekalahan agaknya, jadi redha saya itu mengatasi segala-galanya....  termasuklah rasa heran yg sebelum itu menghantui saya!

Yalah.... turun padang dan duduk di office berhawa dingin adalah 2 perkara yg amat berbeza.....  Orang jenis macam saya yg memang jarang berpanas,apatah lagi nak duduk di bawah sinaran matahari yg amat terik - tapi disebabkan semangat yg berkobar-kobar disertakan dengan rasa sakit hati kerana tak dapat mengundi telah mendorong saya untuk menyumbangkan keringat bersama-sama pihak yg benar dari pukul 7.30 pagi hinggalah ke titisan peluh terakhir, 5.30 ptg.  Walaupun panas, namun angin yg bertiup kencang seolah-olah menandakan bahawa kawasan tempat saya bertugas itu sudah boleh membantu kemenangan.....yakin sekali!   Tapi tak apa, muka berbelak dan gelap boleh diputihkan semula, kulit terbakar sebab panas boleh disapukan losyen, kepala pening sebab terlalu panas boleh diubati dengan Panadol/ubat sakit kepala, hati sakit boleh diubati dengan REDHA,  tapi perjuangan HARUS DITERUSKAN!  Yang nyata saya lihat dengan mata & kepala saya, antara petugas Bee A & Bee End (I thought that it would be the end of the world for them) - jauh panggang dari api dari segi sikap, perangai, toleransi dan kerjasama.  Kami terlalu banyak mengalah & berlembut dengan mereka yg kasar dan memaki kami dengan perkataan "BULLSH*T".  Yang saya sedih ialah mereka terdiri dari kakak-kakak yg layak menjaga cucu sahaja, tapi buang masa merayu undi untuk Bee End.  Berbanding dengan kami yg muda-muda dan jauh lebih bertenaga.  Ya.. kami banyak bersabar berhadapan dengan kerenah si kakak-kakak tua tu!  Ini bukan mengutuk, tapi ia adalah REALITI, saya berhadapan dengan mereka, mentaliti mereka amat jauh beza dari kami!

Syabas "budak-budak PROTON"....  saya dikelilingi oleh mereka semua.

Akhir kata, sebelum rakan-rakan membaca komen yg saya sertakan di bawah, tolonglah jangan bercakaran sesama kita - kekalahan  di Johor tu janganlah pula kita salahkan orang Johor bulat-bulat, jangan kutuk-mengutuk, renungkanlah semula......  mana-mana cadangan yg baik dari rakan tu kita jadikan panduan untuk masa depan. 

WALAU APAPUN, KITA JADIKAN CONTOH ORANG-ORANG KELANTAN & TERENGGANU YG BERANI MEMILIH PUCUK PIMPINAN ULAMAK TANPA PAKSAAN!  ALHAMDULILLAH, ini mungkin petanda awal & bunga-bunga kemenangan di masa akan datang.

Artikel di bawa ini kalau panjang sangat, print dan bacalah kemudian!  It's good untuk kita komen & ulas, jika perlu....   Saya panjangkan kerana tak terlihat pun komen ini keluar dalam Hizbi lagi.  Moga ada manfaat.

Wassalam


-----Original Message-----
From:  Undisclosed sender
Sent: Thursday, December 02, 1999 8:46 AM
Subject:  UNTUK SAHABAT KU DALAM PAS DAN KEADILAN


Dipanjangkan mail yang diterima dari Ahmad Zamir.

UNTUK SAHABAT KU DALAM PAS DAN KEADILAN

Assalamualaikum warbth,

Segala puji dan syukur pada Allah SWT yang telah memberikan kejayaan pada
PAS dan KEADILAN walaupun ada sesetengah individu menganggap ianya
"insignificant" (biasalah...nafsu manusia manalah mengenal erti "puas"... )
Suatu yang unik pada pilihanraya kali ini ialah bilamana semua keputusan
telah diperolehi...di saat itu pihak BN berada di puncak
keseronokkan/kelegaan kerana dapat mempertahankan 2/3 kerusi parlimen
manakala PAS dan KEADILAN meredhai keputusan itu sebagai keputusan dari
Allah SWT. Walaupun berbagai penipuan dan putar belit berlaku dalam
pilihanraya ini tetapi tetap keputusan pilihanraya hak mutlak Allah SWT.
Maka mereka yakin dan redha pada Allah SWT.

Sehari selepas pilihanraya...kehangatan "kejayaan" pihak BN mulai sejuk,
sayup-sayup terasakan ianya suatu "kekalahan" yang tidak rasmi. Manakan
tidak, dengan segala ugutan, rasuah undi dan penyelewengan yang dilakukan,
BN masih "tidak laku". Majoriti undi telah merosot dan parti BN yang menang
pun bukannya di atas HAKIKAT sebenar kejayaan. Tentunya Mahathir tahu apa
yang telah dilakukannya sebelum pilihanraya dan tentu dia benar-benar tahu
berapakah KERUSI HAKIKAT yang dimiliki BN. Kalau menang dengan majoriti
2,000 undi sekalipun, sukar untuk dipercayai yang ianya merupakan majoriti
yang HAQ dan BERSIH. Apalagi kalau majoriti undinya hanya 1,000 atau 500
atau 200!!!???...Mahathir pening kepala...pening kerana banyak wang sudah
ditabur, tapi keputusan pilihanraya tidak begitu meyakinkan. Bertambah
pening kerana terpaksa menghadapi lebih ramai ahli pembangkang di parlimen,
bertambah-tambah pening kerana telaga minyak PETRONAS terlepas dari kuasa
pemerintahan partinya. Bertambah-tambah-tambah pening kerana bertambah satu
lagi negeri yang akan mengiklankan keshumulan sebuah kerajaan yang
berlandaskan Islam. Macam mana nak lawan dengan Islam? Yahudi pun takut
dengan Islam, inikan pula insan kenit (harap nafsu saja yang besar) seperti
Mahathir.

Allah SWT Maha Berkuasa dan Allah SWT Maha Adil. Mungkin Mahathir akan mati
akibat sakit jantung sekiranya kerajaannya tumbang. It's not fair that he
just pass away like that...Jadi Allah SWT yang Maha Adil telah berikan apa
yang Mahathir berkehendakkan sangat iaitu kuasa memerintah...Apa yang
Mahathir dapat dari kuasanya dapat memerintah di saat ini? Tentu kita semua
ingat iklan suratkhabar yang menunjukkan gambar Lim Kit Siang, Fadhil Noor
dan Anwar Ibrahim...Apa yang di tulis tentang Anwar Ibrahim? "He got a
headache"...Hakikatnya siapakah yang sedang pening kepala sekarang ini???
Truly it's Mahathir who got the headache. Mahathir sedang kebingungan...dia
sedang menangis dalam ketawa, dia terpenjara di ketika berada di alam yang
luas, dia bisu dalam berkata-kata, dia keseorangan dalam ramai, dia miskin
dalam kaya, dia sakit dalam sihat dan dia kalah dalam
menang...AllahuAkbar...Maha Suci Allah yang Maha Bijaksana dan cukuplah
Allah sahaja sebagai pelindung.

Semua rancangan Mahathir sekarang ini menemui jalan buntu. Mahathir
merancang, Allah SWT pun merancang juga, dan pasti dan pasti hanya rancangan
Allah SWT sahaja yang akan berjaya. Mahathir merancang untuk menimbulkan
huru-hara di negara kita sekiranya dia hilang kuasa memerintah, maka Allah
SWT memberi kejayaan pada BN supaya tidak berlaku hura-hara di negara
Malaysia yang tercinta ini. And Allah SWT strike where it hurts the
most...Mahathir tidak takut dengan manusia yang tidak ada prinsip hidup,
Mahathir tidak takut pada orang yang berjuang berdasarkan ilmu atau falsafah
manusia, Mahathir tidak takut pada orang yang cuba menegakkan semangat
kebangsaan...Kerana perkara-perkara inilah sebenarnya yang menjadi modal
Mahathir yang paling ampuh untuk mencantas rapat musuh-musuhnya. Tapi ada
satu perkara yang Mahathir takut...dan bukan Mahathir seorang sahaja yang
takut, malahan semua manusia yang hidup berteraskan nafsu dan kebatilan
turut sama berasa takut dengannya, itulah Al Islam. Islam yang tidak ada
batas bangsa dan darjat, Islam yang menganjurkan kasih sayang, Islam yang
menyatukan hati-hati manusia, Islam yang menolak jual-beli prinsip dan moral
hidup yang murni, Islam yang tidak takut pada ugutan dan ancaman, Islam yang
meletakkan ta'at pada Amir yang ta'at pada Allah SWT, Islam yang tidak mudah
mengikut rentak permainan musuh, Islam yang meletakkan harap hanya
semata-mata kepada Allah SWT bukan kepada makhlukNya, Islam yang sanggup
berkorban wang, masa, tenaga hatta nyawa sekalipun bukan untuk maksud
mendapatk pangkat, kontrak, wang, kuasa dsbnya tetapi hanya kerana Allah SWT
semata-mata...dan kerana Islam inilah yang menyebabkan puak-puak Yahudi dan
Nasara begitu pantas sekali datang membantu Mahathir. Pancaran cahaya Islam
terlalu kuat, takut nanti tanpa Mahathir, sukar pula puak Yahudi dan Nasara
untuk menyebarkan propaganda mereka di bumi Malaysia ini.

Allah SWT bermaksud untuk menyempurnakan agamaNya di negara kita... Allah
SWT hendak tarbiah rakyat Malaysia secara lembut dan beransur-ansur tentang
Islam, tanpa perlu menumpahkan darah, maka satu lagi negeri jatuh ke tangan
pemerintahan Islam. Bukan kerana pandai Ustaz Hadi Awang atau kerana
kekuatan jentera PAS dan KeADILan, tetapi atas kehendak Allah SWT
semata-mata berkibar bendera PAS di negeri pilihan Allah SWT, negeri
Terengganu Darul Iman. Sinaran bulan yang terbit di ufuk pantai Terengganu
hampir-hampir menyinari Perlis dan Kedah...Tentu sekali Mahathir dan
kuncu-kuncunya cemas. Mungkin mereka juga telah bersiap sedia untuk membakar
kelambu (rusuhan dalam negara) demi menyelamatkan diri mereka dari gigitan
nyamuk (Parti Alternatif)...Allah SWT Maha Mengetahui...Kalau BN jatuh, akan
berperang dan berbunuh-bunuhanlah rakyat Malaysia, simpanan wang rakyat di
bank-bank akan disonglap, merebaklah api permusuhan kaum dan
agama...Sesungguhnya Allah SWT telah mengkabulkan shalat hajat rakyat
Malaysia yang beriman yang tidak mahu melihat berlakunya rusuhan sebegini
rupa di negara kita. Buat kali ini cukuplah untuk Allah SWT menganugerahkan
negeri Terengganu pada hamba-hamba yang dikasihiNya Mudah-mudahan rakyat
Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat dan agama dapat memahami dan
mengambil pelajaran dengan melihat keindahan Islam di negeri itu nanti
InsyaAllah. Sama-sama kita nantikan syiar dakwah Islam yang akan terpancar
dari bumi Terengganu. Jikalau syiar Islam dari Kelantan itu bulan,
Terengganu adalah matahari...Allah SWT telah mempersiapkan dan
memperindahkan Terengganu untuk pelancung-pelancung seluruh dunia. Kalau
dahulu mereka yang ke Terengganu akan balik menceritakan keindahan panorama
negeri itu, kini mereka akan pulang dengan membawa khabar keindahan
pemerintahan kerajaan Islam negeri itu. InsyaAllah orang-orang BN sekalipun
yang tak pernah sampai ke Kelantan (kecuali Ibrahim Ali, Annuar Musa dan
Tengku Razaleigh) dan yang selama ini bercuti di Terengganu akan sama-sama
mengecapi nikmat hembusan angin perubahan di sana.

Rancangan Mahathir menemui jalan buntu...rancang hendak buat rusuhan,
gagal...rancang penyelewengan dalam pilihanraya untuk menang besar-besaran
(walaupun mulutnya kata macam lain), gagal...Orang-orang Melayu mula menolak
sifat ketuanan Mahathir kerana sedar akan "ke-tua-an" beliau. Dan yang masih
menyokong Mahathir majoritinya
adalah orang Cina dan India. Kalau macam ini nampaknya Mahathir kena masuk
MCA atau MIC...Sebab Mahathir berada dalam situasi "diludah mati anak,
ditelan mati bapa". Mahathir kononnya mewakili satu parti yang
memperjuangkan nasib orang Melayu, tetapi mendapat sokongan dari golongan
Cina dan India. Apa Mahathir nak buat sekarang? Sekiranya dia hendak
memenangi hati orang-orang Melayu, yang mana orang-orang Melayu yang
menentangnya pun sudah semakin cenderung pada penghayatan hidup cara Islam
(golongan professional pulak tu), maka the only way is to be more Islamic
himself (TV 3 kenalah tayangkan secara langsung aksi Mahathir shalat 5 waktu
setiap hari...). But doing so will hurts his Indian and Chinese voters,
nanti hilang undi pulak!!! Banyak lagi yang perlu dilakukan ie, beri
biasiswa pada pelajar Bumiputra, perubatan percuma (sooner or later going to
be privatized!!!), settle masalah Felda, masalah perumahan setinggan, kos
hidup yang semakin menekan orang Melayu etc. Tetapi, mana hendak cari wang
untuk semua perkara yang melibatkan kebajikan orang Melayu? And again,
bagaimana perasaan orang India dan orang Cina? On the other hand to give in
to the Indian and Chinese demand will make the situation even worse for
Mahathir...
Pening...pening...Dalam pada itu telah sedia ada 650,000 hingga 800,000
pengundi baru yang tak sabar-sabar lagi nak mengundi untuk tahun 2004. Dalam
5 tahun yang akan datang ini pula akan ada beratus ribu pengundi baru yang
nak mendaftar, yang nak mengundi demi hak-hak dan kepentingan mereka...How
to satisfy them? Dengan menara Petronas? Dengan F1 track? Dengan
pengswastaan? Pening...pening...Mahathir got a headache...He might hope that
the economy will recover fast enough that everyone will forget his doings,
but Allah SWT had made Anwar Ibrahim to expose his wrong doings...Whether
Anwar will be jailed for another 20 years or not, there is no
difference...Mahathir will be haunted by DS Dr. Wan Azizah in parliament for
the next 5 years. For most of elderly people 60 years and above, it's time
for them to enjoy the fruits of retirement, to relax, to play with their
grandchildren, to exchange visit with their long lost school mates, to pray
hard to Allah SWT, but for Mahathir his life is going to get tougher. The
longer he stays the more will people hurl and curse at him for him the
biggest liablity to the country. Allah SWT had shown Megat Junid the way out
(hope Anwar Ibrahim will forgive him and he repent to Allah SWT for all of
his wrong doings)...but Mahathir brave on the raging fire which he had
created himself... Kasihan Mahathir kerana tidak nampak azab Allah SWT yang
sedang menimpanya...Apa boleh buat kalau Mahathir steps down, masuk
penjaralah dia. Nak tak nak, kenalah bertahan sampai mati.

The dust of election starts to settle down...PAS dan KeADILan kenalah
muhasabah diri. Yang menang jangan takabbur, nanti pasti kalah manakala yang
tewas jangan putus asa dari rahmat Allah SWT. Menang kalah adat bertanding,
sedang hakikat sebenar kemenangan atau kekalahan itu ialah apabila kita
serahkan takdir kita pada Allah SWT. Yang kalah kalau dia redha maka
sesungguhnya dia menang di sisi Allah SWT. Syurga balasannya. Tapi kalau dia
keluh-kesah, dengki dengan orang yang menang, sumpah-seranah etc maka di
dunia dia gagal dan di akhirat pun dia gagal. Sekali tewas dalam perjuangan
bukan bererti tewas selama-lamanya dan yang menang pun begitu juga.
Periksalah diri kita sebab apa kita tewas, sebab apa Allah SWT tidak pilih
diri kita? Mungkin kita tidak ikut tertib perjuangan Rasullullah SAW?
Mungkin kita turut nafsu dan terikut-ikut rentak lawan? Mungkin kita belum
layak menjadi pemimpin sebagaimana yang Allah SWT kehendaki? Jadi periksalah
diri...Kekalahan juga bertujuan untuk membasuh lagi musuh dalam selimut
sebab orang yang bermuka-muka sudah tentu akan meninggalkan kita sendirian.
Yang akan masih bersama dengan kita itulah teman seperjuangan yang hakiki.
Dalam perjuangan kena bawa sifat Sahabat RadhiAllahuanhu seperti sifat ta'at
pada pemimpin, zikir (ingat Allah SWT sentiasa), fikir (merancang, berusaha
etc), sabar (dalam apa juga keadaan, kalah pun kena sabar), redha, yakin
(kepada kebenaran perjuangan), kasih sayang (dengan musuh sekalipun),
ikhlas, mesti ada ilmu, mesti ada amal dan mengikut landasan syariat Islam
dan sunnah Rasullullah SAW. Firman Allah yang mafhumnya:

                       " Sekiranya kamu bantu agama Allah, PASTI Allah akan
membantu kamu dan (Allah) akan
                          tegakkan kaki kamu terhadap musuh-musuh kamu ".

Pada yang menang, jangan sekali-kali ingat yang kita menang sebab strategi
kita yang hebat, atau kepandaian kita berkata-kata dll, tetapi ingatlah yang
menangkan kita ialah Allah SWT semata-mata dan yang menang kenalah takut dan
risau kalau-kalau tidak dapat menunaikan amanah yang Allah SWT anugerahkan.
Firman Allah SWT yang mafhumnya:

 Bila datang pertolongan dari Allah dan kemenangan, Kamu lihat manusia
berbondong-bondong
memeluk agama Allah,
                                    Maka bertasbihlah dan memujilah pada
Tuhan mu serta mohonlah keampunan,
                                    Sesungguhnya Dia Maha menerima taubat.

Bila mendapat kemenangan, hendaklah kita banyak memuji Allah SWT serta
beristighfar sebab sewaktu dalam perjuangan mungkin ada hukum-hukum Allah
SWT yang kita langgar atau kita rasa diri hebat, kita kutuk orang lain dan
sebagainya. Bukan sambut kejayaan dengan buat majlis maksiat, bercampur
lelaki-perempuan bukan muhrim, bermegah-megah, joget, dangdut dsb. Jadikan
kemenangan ini sebagai mukaddimah untuk berusaha ke arah kejayaan yang lebih
besar lagi. Ingatlah bahawa perjuangan hidup ini bukan sekali, bukan
sehari...selagi Allah SWT berikan kita rezekiNya, wajib kita "menegakkan
yang ma'ruf dan mencegah yang munkar"

Hari ini, bahang "kemenangan" BN semakin sejuk tetapi di sudut setiap hati
terasakan suatu kehangatan baru...kehangatan perjuangan yang tidak mengenal
erti menang atau kalah...perjuangan keadilan sejagat demi untuk membentuk
peribadi umat berakhlak murni dan diredhai Allah SWT.

Tiada satu pun kejayaan yang haq dan kekal melainkan kejayaan di kala
memasuki jannah Allah SWT. Semoga kita menjadi hamba pilihan Allah SWT untuk
mendiami jannahNya, Amin Ya Rabbal A'lamin.

Wassalam...
Abdullah.

--------------------------- ONElist Sponsor ----------------------------

    GRAB THE GATOR! FREE SOFTWARE DOES ALL THE TYPING FOR YOU!
Tired of filling out forms and remembering passwords? Gator fills in
forms and passwords with just one click! Comes with $50 in free coupons!
  <a href=" http://clickme.onelist.com/ad/gator4 ">Click Here</a>

------------------------------------------------------------------------
[EMAIL PROTECTED] - Interaksi di alam siber.

To sub   : send a blank email to [EMAIL PROTECTED]
To unsub : send a blank email to [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke