*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Kekawan dan sahabat renungilah terjemahan Al-Quran dibawah,
yakinilah perancangan Allahlah yang terbaik.
Wallahualam,

Surah Al-A'raaf ayat 181-183 :
[181]
Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada
satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran
dan dengannya mereka menjalankan keadilan. 
[182] 
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami,
Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke
jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak
mengetahuinya. 
[183] 
Dan Aku memberi tempoh kepada mereka;
sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh.

> ----------
> From:         [EMAIL PROTECTED][SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent:         Friday, 03 December, 1999 3:18 PM
> To:   Nor'ain Eusoff; [EMAIL PROTECTED]
> Subject:      RE: H-Net* SUATU ARTIKEL UNTUK TATAPAN......Luahan rasa Hatiku....
>
> Syabas....diucapkan, perjuangan ikhlas.....beginilah yg di perlukan
> Semoga di berkati Allah
>
> -----Original Message-----
> From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]]On Behalf Of Nor'ain 
Eusoff
> Sent: Friday, December 03, 1999 11:16 AM
> To: '[EMAIL PROTECTED]'
> Subject: H-Net* SUATU ARTIKEL UNTUK TATAPAN......Luahan rasa Hatiku....
>
>
>
>
> Assalamu'alaikum kepada netters Hizbi yg dirahmati Allah.....
>
> Mungkin belum terlambat bagi saya untuk mengucapkan tahniah kepada 
parti-parti Komponen Bee A yg menang - especially yg telah dapat menwan 
Terengganu & mengekalkan kuasa di Kelantan.  Syabas rakyat Kelantan kerana 
membuka mata & minda untuk terus
bernaung di bawah pimpinan Ulamak yg amat kita sanjung tinggi.
>
> Saya memang dah lama tak hantar artikel ke Hizbi....  Senyapnya saya kerana 
hanya memerhati & mengikuti sahaja tulisan dari kawan-kawan.  Namun, saya 
bukan berdiam diri begitu sahaja...  Apa yg saya buat, cuma Allah yg tahu.  
Bila keputusan
diumumkan, hanya Allah jugalah  yg tahu bagaimana perasaan saya, especially 
bila Shah Alam Ezam juga kalah...   Saya menitiskan air mata sebak, kerana 
sebelum tu husband yg berada di Dewan MPSA telah pun menelefon memberitahu 
keputusan tak
rasmi......  Bayangkan keringat saya sehari suntuk bertugas dengan muka yg 
berminyak-minyak, "sunburn", kulit jadi gelap, muka berbelak-belak, kaki 
lenguh - itu semua boleh saya lupakan kerana itu adalah khidmat ikhlas yg saya 
berikan tanpa sesen
pun dibayar!  Itu adalah semangat saya yg saya bawa bersama ketika 
bersama-sama membantu petugas-petugas Bee A yg lain di salah sebuah pusat 
pengundian di Shah Alam.  Saya redha dengan keputusan yg diumumkan, tapi heran 
macam mana boleh jadi
begini?  Mungkin ad!
a rahmat di sebalik kekalahan agaknya, jadi redha saya itu mengatasi 
segala-galanya....  termasuklah rasa heran yg sebelum itu menghantui saya!
>
> Yalah.... turun padang dan duduk di office berhawa dingin adalah 2 perkara 
yg amat berbeza.....  Orang jenis macam saya yg memang jarang berpanas,apatah 
lagi nak duduk di bawah sinaran matahari yg amat terik - tapi disebabkan 
semangat yg
berkobar-kobar disertakan dengan rasa sakit hati kerana tak dapat mengundi 
telah mendorong saya untuk menyumbangkan keringat bersama-sama pihak yg benar 
dari pukul 7.30 pagi hinggalah ke titisan peluh terakhir, 5.30 ptg.  Walaupun 
panas, namun
angin yg bertiup kencang seolah-olah menandakan bahawa kawasan tempat saya 
bertugas itu sudah boleh membantu kemenangan.....yakin sekali!   Tapi tak apa, 
muka berbelak dan gelap boleh diputihkan semula, kulit terbakar sebab panas 
boleh disapukan
losyen, kepala pening sebab terlalu panas boleh diubati dengan Panadol/ubat 
sakit kepala, hati sakit boleh diubati dengan REDHA,  tapi perjuangan HARUS 
DITERUSKAN!  Yang nyata saya lihat dengan mata & kepala saya, antara petugas 
Bee A & Bee End (I
thought that !
it would be the end of the world for them) - jauh panggang dari api dari segi 
sikap, perangai, toleransi dan kerjasama.  Kami terlalu banyak mengalah & 
berlembut dengan mereka yg kasar dan memaki kami dengan perkataan "BULLSH*T".  
Yang saya sedih
ialah mereka terdiri dari kakak-kakak yg layak menjaga cucu sahaja, tapi buang 
masa merayu undi untuk Bee End.  Berbanding dengan kami yg muda-muda dan jauh 
lebih bertenaga.  Ya.. kami banyak bersabar berhadapan dengan kerenah si 
kakak-kakak tua
tu!  Ini bukan mengutuk, tapi ia adalah REALITI, saya berhadapan dengan 
mereka, mentaliti mereka amat jauh beza dari kami!
>
> Syabas "budak-budak PROTON"....  saya dikelilingi oleh mereka semua.
>
> Akhir kata, sebelum rakan-rakan membaca komen yg saya sertakan di bawah, 
tolonglah jangan bercakaran sesama kita - kekalahan>   di Johor tu janganlah 
pula kita salahkan orang Johor bulat-bulat, jangan kutuk-mengutuk, 
renungkanlah semula......>
mana-mana cadangan yg baik dari rakan tu kita jadikan panduan untuk masa 
depan.>   >
>
> WALAU APAPUN, KITA JADIKAN CONTOH ORANG-ORANG KELANTAN & TERENGGANU YG 
BERANI MEMILIH PUCUK PIMPINAN ULAMAK TANPA PAKSAAN!  ALHAMDULILLAH, ini 
mungkin petanda awal & bunga-bunga kemenangan di masa akan datang.
>
> Artikel di bawa ini kalau panjang sangat, print dan bacalah kemudian!  It's 
good untuk kita komen & ulas, jika perlu....   Saya panjangkan kerana tak 
terlihat pun komen ini keluar dalam Hizbi lagi.  Moga ada manfaat.
>
> Wassalam
>
>
> -----Original Message-----
> From:  Undisclosed sender
> Sent: Thursday, December 02, 1999 8:46 AM
> Subject:  UNTUK SAHABAT KU DALAM PAS DAN KEADILAN
>
>
> Dipanjangkan mail yang diterima dari Ahmad Zamir.
>
> UNTUK SAHABAT KU DALAM PAS DAN KEADILAN
>
> Assalamualaikum warbth,
>
> Segala puji dan syukur pada Allah SWT yang telah memberikan kejayaan pada
> PAS dan KEADILAN walaupun ada sesetengah individu menganggap ianya
> "insignificant" (biasalah...nafsu manusia manalah mengenal erti "puas"... )
> Suatu yang unik pada pilihanraya kali ini ialah bilamana semua keputusan
> telah diperolehi...di saat itu pihak BN berada di puncak
> keseronokkan/kelegaan kerana dapat mempertahankan 2/3 kerusi parlimen
> manakala PAS dan KEADILAN meredhai keputusan itu sebagai keputusan dari
> Allah SWT. Walaupun berbagai penipuan dan putar belit berlaku dalam
> pilihanraya ini tetapi tetap keputusan pilihanraya hak mutlak Allah SWT.
> Maka mereka yakin dan redha pada Allah SWT.
>
> Sehari selepas pilihanraya...kehangatan "kejayaan" pihak BN mulai sejuk,
> sayup-sayup terasakan ianya suatu "kekalahan" yang tidak rasmi. Manakan
> tidak, dengan segala ugutan, rasuah undi dan penyelewengan yang dilakukan,
> BN masih "tidak laku". Majoriti undi telah merosot dan parti BN yang menang
> pun bukannya di atas HAKIKAT sebenar kejayaan. Tentunya Mahathir tahu apa
> yang telah dilakukannya sebelum pilihanraya dan tentu dia benar-benar tahu
> berapakah KERUSI HAKIKAT yang dimiliki BN. Kalau menang dengan majoriti
> 2,000 undi sekalipun, sukar untuk dipercayai yang ianya merupakan majoriti
> yang HAQ dan BERSIH. Apalagi kalau majoriti undinya hanya 1,000 atau 500
> atau 200!!!???...Mahathir pening kepala...pening kerana banyak wang sudah
> ditabur, tapi keputusan pilihanraya tidak begitu meyakinkan. Bertambah
> pening kerana terpaksa menghadapi lebih ramai ahli pembangkang di parlimen,
> bertambah-tambah pening kerana telaga minyak PETRONAS terlepas dari kuasa
> pemerintahan partinya. Bertambah-tambah-tambah pening kerana bertambah satu
> lagi negeri yang akan mengiklankan keshumulan sebuah kerajaan yang
> berlandaskan Islam. Macam mana nak lawan dengan Islam? Yahudi pun takut
> dengan Islam, inikan pula insan kenit (harap nafsu saja yang besar) seperti
> Mahathir.
>
> Allah SWT Maha Berkuasa dan Allah SWT Maha Adil. Mungkin Mahathir akan mati
> akibat sakit jantung sekiranya kerajaannya tumbang. It's not fair that he
> just pass away like that...Jadi Allah SWT yang Maha Adil telah berikan apa
> yang Mahathir berkehendakkan sangat iaitu kuasa memerintah...Apa yang
> Mahathir dapat dari kuasanya dapat memerintah di saat ini? Tentu kita semua
> ingat iklan suratkhabar yang menunjukkan gambar Lim Kit Siang, Fadhil Noor
> dan Anwar Ibrahim...Apa yang di tulis tentang Anwar Ibrahim? "He got a
> headache"...Hakikatnya siapakah yang sedang pening kepala sekarang ini???
> Truly it's Mahathir who got the headache. Mahathir sedang kebingungan...dia
> sedang menangis dalam ketawa, dia terpenjara di ketika berada di alam yang
> luas, dia bisu dalam berkata-kata, dia keseorangan dalam ramai, dia miskin
> dalam kaya, dia sakit dalam sihat dan dia kalah dalam
> menang...AllahuAkbar...Maha Suci Allah yang Maha Bijaksana dan cukuplah
> Allah sahaja sebagai pelindung.
>
> Semua rancangan Mahathir sekarang ini menemui jalan buntu. Mahathir>
> merancang, Allah SWT pun merancang juga, dan pasti dan pasti hanya rancangan
> A> llah SWT sahaja yang akan berjaya. Mahathir merancang untuk menimbulkan
> huru-hara di negara kita sekiranya dia hilang kuasa memerintah, maka Allah
> SWT memberi kejayaan pada BN supaya tidak berlaku hura-hara di negara
> Malaysia yang tercinta ini. And Allah SWT strike where it hurts the
> most...Mahathir tidak takut dengan manusia yang tidak ada prinsip hidup,
> Mahathir tidak takut pada orang yang berjuang berdasarkan ilmu atau falsafah
> manusia, Mahathir tidak takut pada orang yang cuba menegakkan semangat
> kebangsaan...Kerana perkara-perkara inilah sebenarnya yang menjadi modal
> Mahathir yang paling ampuh untuk mencantas rapat musuh-musuhnya. Tapi ada
> satu perkara yang Mahathir takut...dan bukan Mahathir seorang sahaja yang
> takut, malahan semua manusia yang hidup berteraskan nafsu dan kebatilan
> turut sama berasa takut dengannya, itulah Al Islam. Islam yang tidak ada
> batas bangsa dan darjat, Islam yang menganjurkan kasih sayang, Islam yang
> menyatukan hati-hati manusia, Islam yang menolak jual-beli prinsip dan moral
> hidup yang murni, Islam yang tidak takut pada ugutan dan ancaman, Islam yang
> meletakkan ta'at pada Amir yang ta'at pada Allah SWT, Islam yang tidak mudah
> mengikut rentak permainan musuh, Islam yang meletakkan harap hanya
> semata-mata kepada Allah SWT bukan kepada makhlukNya, Islam yang sanggup
> berkorban wang, masa, tenaga hatta nyawa sekalipun bukan untuk maksud
> mendapatk pangkat, kontrak, wang, kuasa dsbnya tetapi hanya kerana Allah SWT
> semata-mata...dan kerana Islam inilah yang menyebabkan puak-puak Yahudi dan
> Nasara begitu pantas sekali datang membantu Mahathir. Pancaran cahaya Islam
> terlalu kuat, takut nanti tanpa Mahathir, sukar pula puak Yahudi dan Nasara
> untuk menyebarkan propaganda mereka di bumi Malaysia ini.
>
> Allah SWT bermaksud untuk menyempurnakan agamaNya di negara kita... Allah
> SWT hendak tarbiah rakyat Malaysia secara lembut dan beransur-ansur tentang
> Islam, tanpa perlu menumpahkan darah, maka satu lagi negeri jatuh ke tangan
> pemerintahan Islam. Bukan kerana pandai Ustaz Hadi Awang atau kerana
> kekuatan jentera PAS dan KeADILan, tetapi atas kehendak Allah SWT
> semata-mata berkibar bendera PAS di negeri pilihan Allah SWT, negeri
> Terengganu Darul Iman. Sinaran bulan yang terbit di ufuk pantai Terengganu
> hampir-hampir menyinari Perlis dan Kedah...Tentu sekali Mahathir dan
> kuncu-kuncunya cemas. Mungkin mereka juga telah bersiap sedia untuk membakar
> kelambu (rusuhan dalam negara) demi menyelamatkan diri mereka dari gigitan
> nyamuk (Parti Alternatif)...Allah SWT Maha Mengetahui...Kalau BN jatuh, akan
> berperang dan berbunuh-bunuhanlah rakyat Malaysia, simpanan wang rakyat di
> bank-bank akan disonglap, merebaklah api permusuhan kaum dan
> agama...Sesungguhnya Allah SWT telah mengkabulkan shalat hajat rakyat
> Malaysia yang beriman yang tidak mahu melihat berlakunya rusuhan sebegini
> rupa di negara kita. Buat kali ini cukuplah untuk Allah SWT menganugerahkan
> negeri Terengganu pada hamba-hamba yang dikasihiNya Mudah-mudahan rakyat
> Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat dan agama dapat memahami dan
> mengambil pelajaran dengan melihat keindahan Islam di negeri itu nanti
> InsyaAllah. Sama-sama kita nantikan syiar dakwah Islam yang akan terpancar
> dari bumi Terengganu. Jikalau syiar Islam dari Kelantan itu bulan,
> Terengganu adalah matahari...Allah SWT telah mempersiapkan dan
> memperindahkan Terengganu untuk pelancung-pelancung seluruh dunia. Kalau
> dahulu mereka yang ke Terengganu akan balik menceritakan keindahan panorama
> negeri itu, kini mereka akan pulang dengan membawa khabar keindahan
> pemerintahan kerajaan Islam negeri itu. InsyaAllah orang-orang BN sekalipun
> yang tak pernah sampai ke Kelantan (kecuali Ibrahim Ali, Annuar Musa dan
> Tengku Razaleigh) dan yang selama ini bercuti di Terengganu akan sama-sama>
> mengecapi nikmat hembusan angin perubahan di sana.
>
> Rancangan Mahathir menemui jalan buntu...rancang he> ndak buat rusuhan,
> gagal...rancang penyelewengan dalam pilihanraya untuk menang besar-besaran
> (walaupun mulutnya kata macam lain), gagal...Orang-orang Melayu mula menolak
> sifat ketuanan Mahathir kerana sedar akan "ke-tua-an" beliau. Dan yang masih
> menyokong Mahathir majoritinya
> adalah orang Cina dan India. Kalau macam ini nampaknya Mahathir kena masuk
> MCA atau MIC...Sebab Mahathir berada dalam situasi "diludah mati anak,
> ditelan mati bapa". Mahathir kononnya mewakili satu parti yang
> memperjuangkan nasib orang Melayu, tetapi mendapat sokongan dari golongan
> Cina dan India. Apa Mahathir nak buat sekarang? Sekiranya dia hendak
> memenangi hati orang-orang Melayu, yang mana orang-orang Melayu yang
> menentangnya pun sudah semakin cenderung pada penghayatan hidup cara Islam
> (golongan professional pulak tu), maka the only way is to be more Islamic
> himself (TV 3 kenalah tayangkan secara langsung aksi Mahathir shalat 5 waktu
> setiap hari...). But doing so will hurts his Indian and Chinese voters,
> nanti hilang undi pulak!!! Banyak lagi yang perlu dilakukan ie, beri
> biasiswa pada pelajar Bumiputra, perubatan percuma (sooner or later going to
> be privatized!!!), settle masalah Felda, masalah perumahan setinggan, kos
> hidup yang semakin menekan orang Melayu etc. Tetapi, mana hendak cari wang
> untuk semua perkara yang melibatkan kebajikan orang Melayu? And again,
> bagaimana perasaan orang India dan orang Cina? On the other hand to give in
> to the Indian and Chinese demand will make the situation even worse for
> Mahathir...
> Pening...pening...Dalam pada itu telah sedia ada 650,000 hingga 800,000
> pengundi baru yang tak sabar-sabar lagi nak mengundi untuk tahun 2004. Dalam
> 5 tahun yang akan datang ini pula akan ada beratus ribu pengundi baru yang
> nak mendaftar, yang nak mengundi demi hak-hak dan kepentingan mereka...How
> to satisfy them? Dengan menara Petronas? Dengan F1 track? Dengan
> pengswastaan? Pening...pening...Mahathir got a headache...He might hope that
> the economy will recover fast enough that everyone will forget his doings,
> but Allah SWT had made Anwar Ibrahim to expose his wrong doings...Whether
> Anwar will be jailed for another 20 years or not, there is no
> difference...Mahathir will be haunted by DS Dr. Wan Azizah in parliament for
> the next 5 years. For most of elderly people 60 years and above, it's time
> for them to enjoy the fruits of retirement, to relax, to play with their
> grandchildren, to exchange visit with their long lost school mates, to pray
> hard to Allah SWT, but for Mahathir his life is going to get tougher. The
> longer he stays the more will people hurl and curse at him for him the
> biggest liablity to the country. Allah SWT had shown Megat Junid the way out
> (hope Anwar Ibrahim will forgive him and he repent to Allah SWT for all of
> his wrong doings)...but Mahathir brave on the raging fire which he had
> created himself... Kasihan Mahathir kerana tidak nampak azab Allah SWT yang
> sedang menimpanya...Apa boleh buat kalau Mahathir steps down, masuk
> penjaralah dia. Nak tak nak, kenalah bertahan sampai mati.
>
> The dust of election starts to settle down...PAS dan KeADILan kenalah
> muhasabah diri. Yang menang jangan takabbur, nanti pasti kalah manakala yang
> tewas jangan putus asa dari rahmat Allah SWT. Menang kalah adat bertanding,
> sedang hakikat sebenar kemenangan atau kekalahan itu ialah apabila kita
> serahkan takdir kita pada Allah SWT. Yang kalah kalau dia redha maka
> sesungguhnya dia menang di sisi Allah SWT. Syurga balasannya. Tapi kalau dia
> keluh-kesah, dengki dengan orang yang menang, sumpah-seranah etc maka di
> dunia dia gagal dan di akhirat pun dia gagal. Sekali tewas dalam perjuangan
> bukan bererti tewas selama-lamanya dan yang menang pun begitu juga.
> Periksalah diri kita sebab apa kita tewas, sebab apa Allah SWT tidak pilih>
> diri kita? Mungkin kita tidak ikut tertib perjuangan Rasullullah SAW?
> Mungkin kita turu> t nafsu dan terikut-ikut rentak lawan? Mungkin kita belum
> layak menjadi pemimpin sebagaimana yang Allah SWT kehendaki? Jadi periksalah
> diri...Kekalahan juga bertujuan untuk membasuh lagi musuh dalam selimut
> sebab orang yang bermuka-muka sudah tentu akan meninggalkan kita sendirian.
> Yang akan masih bersama dengan kita itulah teman seperjuangan yang hakiki.
> Dalam perjuangan kena bawa sifat Sahabat RadhiAllahuanhu seperti sifat ta'at
> pada pemimpin, zikir (ingat Allah SWT sentiasa), fikir (merancang, berusaha
> etc), sabar (dalam apa juga keadaan, kalah pun kena sabar), redha, yakin
> (kepada kebenaran perjuangan), kasih sayang (dengan musuh sekalipun),
> ikhlas, mesti ada ilmu, mesti ada amal dan mengikut landasan syariat Islam
> dan sunnah Rasullullah SAW. Firman Allah yang mafhumnya:
>
>                        " Sekiranya kamu bantu agama Allah, PASTI Allah akan
> membantu kamu dan (Allah) akan
>                           tegakkan kaki kamu terhadap musuh-musuh kamu ".
>
> Pada yang menang, jangan sekali-kali ingat yang kita menang sebab strategi
> kita yang hebat, atau kepandaian kita berkata-kata dll, tetapi ingatlah yang
> menangkan kita ialah Allah SWT semata-mata dan yang menang kenalah takut dan
> risau kalau-kalau tidak dapat menunaikan amanah yang Allah SWT anugerahkan.
> Firman Allah SWT yang mafhumnya:
>
>  Bila datang pertolongan dari Allah dan kemenangan, Kamu lihat manusia
> berbondong-bondong
> memeluk agama Allah,
>                                     Maka bertasbihlah dan memujilah pada
> Tuhan mu serta mohonlah keampunan,
>                                     Sesungguhnya Dia Maha menerima taubat.
>
> Bila mendapat kemenangan, hendaklah kita banyak memuji Allah SWT serta
> beristighfar sebab sewaktu dalam perjuangan mungkin ada hukum-hukum Allah
> SWT yang kita langgar atau kita rasa diri hebat, kita kutuk orang lain dan
> sebagainya. Bukan sambut kejayaan dengan buat majlis maksiat, bercampur
> lelaki-perempuan bukan muhrim, bermegah-megah, joget, dangdut dsb. Jadikan
> kemenangan ini sebagai mukaddimah untuk berusaha ke arah kejayaan yang lebih
> besar lagi. Ingatlah bahawa perjuangan hidup ini bukan sekali, bukan
> sehari...selagi Allah SWT berikan kita rezekiNya, wajib kita "menegakkan
> yang ma'ruf dan mencegah yang munkar"
>
> Hari ini, bahang "kemenangan" BN semakin sejuk tetapi di sudut setiap hati
> terasakan suatu kehangatan baru...kehangatan perjuangan yang tidak mengenal
> erti menang atau kalah...perjuangan keadilan sejagat demi untuk membentuk
> peribadi umat berakhlak murni dan diredhai Allah SWT.
>
> Tiada satu pun kejayaan yang haq dan kekal melainkan kejayaan di kala
> memasuki jannah Allah SWT. Semoga kita menjadi hamba pilihan Allah SWT untuk
> mendiami jannahNya, Amin Ya Rabbal A'lamin.
>
> Wassalam...
> Abdullah.
>
> --------------------------- ONElist Sponsor ----------------------------
>
>     GRAB THE GATOR! FREE SOFTWARE DOES ALL THE TYPING FOR YOU!
> Tired of filling out forms and remembering passwords? Gator fills in
> forms and passwords with just one click! Comes with $50 in free coupons!
>   <a href=" http://clickme.onelist.com/ad/gator4 ">Click Here</a>
>
> ------------------------------------------------------------------------
> [EMAIL PROTECTED] - Interaksi di alam siber.
>
> To sub   : send a blank email to [EMAIL PROTECTED]
> To unsub : send a blank email to [EMAIL PROTECTED]
>
>

------------------------------------------------------------
 Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
   http://MailAndNews.com and http://MailAndNews.co.uk

 Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
 POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
------------------------------------------------------------


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Salam Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke