From: [EMAIL PROTECTED] Dipanjangkan mail yang diterima dari Ahmad Zamir. (Sahabat satu kariah) UNTUK SAHABAT KU DALAM PAS DAN KEADILAN Assalamualaikum warbth, Segala puji dan syukur pada Allah SWT yang telah memberikan kejayaan pada PAS dan KEADILAN walaupun ada sesetengah individu menganggap ianya "insignificant" (biasalah...nafsu manusia manalah mengenal erti "puas"... ) Suatu yang unik pada pilihanraya kali ini ialah bilamana semua keputusan telah diperolehi...di saat itu pihak BN berada di puncak keseronokkan/kelegaan kerana dapat mempertahankan 2/3 kerusi parlimen manakala PAS dan KEADILAN meredhai keputusan itu sebagai keputusan dari Allah SWT. Walaupun berbagai penipuan dan putar belit berlaku dalam pilihanraya ini tetapi tetap keputusan pilihanraya hak mutlak Allah SWT. Maka mereka yakin dan redha pada Allah SWT. Sehari selepas pilihanraya...kehangatan "kejayaan" pihak BN mulai sejuk, sayup-sayup terasakan ianya suatu "kekalahan" yang tidak rasmi. Manakan tidak, dengan segala ugutan, rasuah undi dan penyelewengan yang dilakukan, BN masih "tidak laku". Majoriti undi telah merosot dan parti BN yang menang pun bukannya di atas HAKIKAT sebenar kejayaan. Tentunya Mahathir tahu apa yang telah dilakukannya sebelum pilihanraya dan tentu dia benar-benar tahu berapakah KERUSI HAKIKAT yang dimiliki BN. Kalau menang dengan majoriti 2,000 undi sekalipun, sukar untuk dipercayai yang ianya merupakan majoriti yang HAQ dan BERSIH. Apalagi kalau majoriti undinya hanya 1,000 atau 500 atau 200!!!???...Mahathir pening kepala...pening kerana banyak wang sudah ditabur, tapi keputusan pilihanraya tidak begitu meyakinkan. Bertambah pening kerana terpaksa menghadapi lebih ramai ahli pembangkang di parlimen, bertambah-tambah pening kerana telaga minyak PETRONAS terlepas dari kuasa pemerintahan partinya. Bertambah-tambah-tambah pening kerana bertambah satu lagi negeri yang akan mengiklankan keshumulan sebuah kerajaan yang berlandaskan Islam. Macam mana nak lawan dengan Islam? Yahudi pun takut dengan Islam, inikan pula insan kenit (harap nafsu saja yang besar) seperti Mahathir. Allah SWT Maha Berkuasa dan Allah SWT Maha Adil. Mungkin Mahathir akan mati akibat sakit jantung sekiranya kerajaannya tumbang. It's not fair that he just pass away like that...Jadi Allah SWT yang Maha Adil telah berikan apa yang Mahathir berkehendakkan sangat iaitu kuasa memerintah...Apa yang Mahathir dapat dari kuasanya dapat memerintah di saat ini? Tentu kita semua ingat iklan suratkhabar yang menunjukkan gambar Lim Kit Siang, Fadhil Noor dan Anwar Ibrahim...Apa yang di tulis tentang Anwar Ibrahim? "He got a headache"...Hakikatnya siapakah yang sedang pening kepala sekarang ini??? Truly it's Mahathir who got the headache. Mahathir sedang kebingungan...dia sedang menangis dalam ketawa, dia terpenjara di ketika berada di alam yang luas, dia bisu dalam berkata-kata, dia keseorangan dalam ramai, dia miskin dalam kaya, dia sakit dalam sihat dan dia kalah dalam menang...AllahuAkbar...Maha Suci Allah yang Maha Bijaksana dan cukuplah Allah sahaja sebagai pelindung. Semua rancangan Mahathir sekarang ini menemui jalan buntu. Mahathir merancang, Allah SWT pun merancang juga, dan pasti dan pasti hanya rancangan Allah SWT sahaja yang akan berjaya. Mahathir merancang untuk menimbulkan huru-hara di negara kita sekiranya dia hilang kuasa memerintah, maka Allah SWT memberi kejayaan pada BN supaya tidak berlaku hura-hara di negara Malaysia yang tercinta ini. And Allah SWT strike where it hurts the most...Mahathir tidak takut dengan manusia yang tidak ada prinsip hidup, Mahathir tidak takut pada orang yang berjuang berdasarkan ilmu atau falsafah manusia, Mahathir tidak takut pada orang yang cuba menegakkan semangat kebangsaan...Kerana perkara-perkara inilah sebenarnya yang menjadi modal Mahathir yang paling ampuh untuk mencantas rapat musuh-musuhnya. Tapi ada satu perkara yang Mahathir takut...dan bukan Mahathir seorang sahaja yang takut, malahan semua manusia yang hidup berteraskan nafsu dan kebatilan turut sama berasa takut dengannya, itulah Al Islam. Islam yang tidak ada batas bangsa dan darjat, Islam yang menganjurkan kasih sayang, Islam yang menyatukan hati-hati manusia, Islam yang menolak jual-beli prinsip dan moral hidup yang murni, Islam yang tidak takut pada ugutan dan ancaman, Islam yang meletakkan ta'at pada Amir yang ta'at pada Allah SWT, Islam yang tidak mudah mengikut rentak permainan musuh, Islam yang meletakkan harap hanya semata-mata kepada Allah SWT bukan kepada makhlukNya, Islam yang sanggup berkorban wang, masa, tenaga hatta nyawa sekalipun bukan untuk maksud mendapatk pangkat, kontrak, wang, kuasa dsbnya tetapi hanya kerana Allah SWT semata-mata...dan kerana Islam inilah yang menyebabkan puak-puak Yahudi dan Nasara begitu pantas sekali datang membantu Mahathir. Pancaran cahaya Islam terlalu kuat, takut nanti tanpa Mahathir, sukar pula puak Yahudi dan Nasara untuk menyebarkan propaganda mereka di bumi Malaysia ini. Allah SWT bermaksud untuk menyempurnakan agamaNya di negara kita... Allah SWT hendak tarbiah rakyat Malaysia secara lembut dan beransur-ansur tentang Islam, tanpa perlu menumpahkan darah, maka satu lagi negeri jatuh ke tangan pemerintahan Islam. Bukan kerana pandai Ustaz Hadi Awang atau kerana kekuatan jentera PAS dan KeADILan, tetapi atas kehendak Allah SWT semata-mata berkibar bendera PAS di negeri pilihan Allah SWT, negeri Terengganu Darul Iman. Sinaran bulan yang terbit di ufuk pantai Terengganu hampir-hampir menyinari Perlis dan Kedah...Tentu sekali Mahathir dan kuncu-kuncunya cemas. Mungkin mereka juga telah bersiap sedia untuk membakar kelambu (rusuhan dalam negara) demi menyelamatkan diri mereka dari gigitan nyamuk (Parti Alternatif)...Allah SWT Maha Mengetahui...Kalau BN jatuh, akan berperang dan berbunuh-bunuhanlah rakyat Malaysia, simpanan wang rakyat di bank-bank akan disonglap, merebaklah api permusuhan kaum dan agama...Sesungguhnya Allah SWT telah mengkabulkan shalat hajat rakyat Malaysia yang beriman yang tidak mahu melihat berlakunya rusuhan sebegini rupa di negara kita. Buat kali ini cukuplah untuk Allah SWT menganugerahkan negeri Terengganu pada hamba-hamba yang dikasihiNya Mudah-mudahan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat dan agama dapat memahami dan mengambil pelajaran dengan melihat keindahan Islam di negeri itu nanti InsyaAllah. Sama-sama kita nantikan syiar dakwah Islam yang akan terpancar dari bumi Terengganu. Jikalau syiar Islam dari Kelantan itu bulan, Terengganu adalah matahari...Allah SWT telah mempersiapkan dan memperindahkan Terengganu untuk pelancung-pelancung seluruh dunia. Kalau dahulu mereka yang ke Terengganu akan balik menceritakan keindahan panorama negeri itu, kini mereka akan pulang dengan membawa khabar keindahan pemerintahan kerajaan Islam negeri itu. InsyaAllah orang-orang BN sekalipun yang tak pernah sampai ke Kelantan (kecuali Ibrahim Ali, Annuar Musa dan Tengku Razaleigh) dan yang selama ini bercuti di Terengganu akan sama-sama mengecapi nikmat hembusan angin perubahan di sana. Rancangan Mahathir menemui jalan buntu...rancang hendak buat rusuhan, gagal...rancang penyelewengan dalam pilihanraya untuk menang besar-besaran (walaupun mulutnya kata macam lain), gagal...Orang-orang Melayu mula menolak sifat ketuanan Mahathir kerana sedar akan "ke-tua-an" beliau. Dan yang masih menyokong Mahathir majoritinya adalah orang Cina dan India. Kalau macam ini nampaknya Mahathir kena masuk MCA atau MIC...Sebab Mahathir berada dalam situasi "diludah mati anak, ditelan mati bapa". Mahathir kononnya mewakili satu parti yang memperjuangkan nasib orang Melayu, tetapi mendapat sokongan dari golongan Cina dan India. Apa Mahathir nak buat sekarang? Sekiranya dia hendak memenangi hati orang-orang Melayu, yang mana orang-orang Melayu yang menentangnya pun sudah semakin cenderung pada penghayatan hidup cara Islam (golongan professional pulak tu), maka the only way is to be more Islamic himself (TV 3 kenalah tayangkan secara langsung aksi Mahathir shalat 5 waktu setiap hari...). But doing so will hurts his Indian and Chinese voters, nanti hilang undi pulak!!! Banyak lagi yang perlu dilakukan ie, beri biasiswa pada pelajar Bumiputra, perubatan percuma (sooner or later going to be privatized!!!), settle masalah Felda, masalah perumahan setinggan, kos hidup yang semakin menekan orang Melayu etc. Tetapi, mana hendak cari wang untuk semua perkara yang melibatkan kebajikan orang Melayu? And again, bagaimana perasaan orang India dan orang Cina? On the other hand to give in to the Indian and Chinese demand will make the situation even worse for Mahathir... Pening...pening...Dalam pada itu telah sedia ada 650,000 hingga 800,000 pengundi baru yang tak sabar-sabar lagi nak mengundi untuk tahun 2004. Dalam 5 tahun yang akan datang ini pula akan ada beratus ribu pengundi baru yang nak mendaftar, yang nak mengundi demi hak-hak dan kepentingan mereka...How to satisfy them? Dengan menara Petronas? Dengan F1 track? Dengan pengswastaan? Pening...pening...Mahathir got a headache...He might hope that the economy will recover fast enough that everyone will forget his doings, but Allah SWT had made Anwar Ibrahim to expose his wrong doings...Whether Anwar will be jailed for another 20 years or not, there is no difference...Mahathir will be haunted by DS Dr. Wan Azizah in parliament for the next 5 years. For most of elderly people 60 years and above, it's time for them to enjoy the fruits of retirement, to relax, to play with their grandchildren, to exchange visit with their long lost school mates, to pray hard to Allah SWT, but for Mahathir his life is going to get tougher. The longer he stays the more will people hurl and curse at him for him the biggest liablity to the country. Allah SWT had shown Megat Junid the way out (hope Anwar Ibrahim will forgive him and he repent to Allah SWT for all of his wrong doings)...but Mahathir brave on the raging fire which he had created himself... Kasihan Mahathir kerana tidak nampak azab Allah SWT yang sedang menimpanya...Apa boleh buat kalau Mahathir steps down, masuk penjaralah dia. Nak tak nak, kenalah bertahan sampai mati. The dust of election starts to settle down...PAS dan KeADILan kenalah muhasabah diri. Yang menang jangan takabbur, nanti pasti kalah manakala yang tewas jangan putus asa dari rahmat Allah SWT. Menang kalah adat bertanding, sedang hakikat sebenar kemenangan atau kekalahan itu ialah apabila kita serahkan takdir kita pada Allah SWT. Yang kalah kalau dia redha maka sesungguhnya dia menang di sisi Allah SWT. Syurga balasannya. Tapi kalau dia keluh-kesah, dengki dengan orang yang menang, sumpah-seranah etc maka di dunia dia gagal dan di akhirat pun dia gagal. Sekali tewas dalam perjuangan bukan bererti tewas selama-lamanya dan yang menang pun begitu juga. Periksalah diri kita sebab apa kita tewas, sebab apa Allah SWT tidak pilih diri kita? Mungkin kita tidak ikut tertib perjuangan Rasullullah SAW? Mungkin kita turut nafsu dan terikut-ikut rentak lawan? Mungkin kita belum layak menjadi pemimpin sebagaimana yang Allah SWT kehendaki? Jadi periksalah diri...Kekalahan juga bertujuan untuk membasuh lagi musuh dalam selimut sebab orang yang bermuka-muka sudah tentu akan meninggalkan kita sendirian. Yang akan masih bersama dengan kita itulah teman seperjuangan yang hakiki. Dalam perjuangan kena bawa sifat Sahabat RadhiAllahuanhu seperti sifat ta'at pada pemimpin, zikir (ingat Allah SWT sentiasa), fikir (merancang, berusaha etc), sabar (dalam apa juga keadaan, kalah pun kena sabar), redha, yakin (kepada kebenaran perjuangan), kasih sayang (dengan musuh sekalipun), ikhlas, mesti ada ilmu, mesti ada amal dan mengikut landasan syariat Islam dan sunnah Rasullullah SAW. Firman Allah yang mafhumnya: " Sekiranya kamu bantu agama Allah, PASTI Allah akan membantu kamu dan (Allah) akan tegakkan kaki kamu terhadap musuh-musuh kamu ". Pada yang menang, jangan sekali-kali ingat yang kita menang sebab strategi kita yang hebat, atau kepandaian kita berkata-kata dll, tetapi ingatlah yang menangkan kita ialah Allah SWT semata-mata dan yang menang kenalah takut dan risau kalau-kalau tidak dapat menunaikan amanah yang Allah SWT anugerahkan. Firman Allah SWT yang mafhumnya: Bila datang pertolongan dari Allah dan kemenangan, Kamu lihat manusia berbondong-bondong memeluk agama Allah, Maka bertasbihlah dan memujilah pada Tuhan mu serta mohonlah keampunan, Sesungguhnya Dia Maha menerima taubat. Bila mendapat kemenangan, hendaklah kita banyak memuji Allah SWT serta beristighfar sebab sewaktu dalam perjuangan mungkin ada hukum-hukum Allah SWT yang kita langgar atau kita rasa diri hebat, kita kutuk orang lain dan sebagainya. Bukan sambut kejayaan dengan buat majlis maksiat, bercampur lelaki-perempuan bukan muhrim, bermegah-megah, joget, dangdut dsb. Jadikan kemenangan ini sebagai mukaddimah untuk berusaha ke arah kejayaan yang lebih besar lagi. Ingatlah bahawa perjuangan hidup ini bukan sekali, bukan sehari...selagi Allah SWT berikan kita rezekiNya, wajib kita "menegakkan yang ma'ruf dan mencegah yang munkar" Hari ini, bahang "kemenangan" BN semakin sejuk tetapi di sudut setiap hati terasakan suatu kehangatan baru...kehangatan perjuangan yang tidak mengenal erti menang atau kalah...perjuangan keadilan sejagat demi untuk membentuk peribadi umat berakhlak murni dan diredhai Allah SWT. Tiada satu pun kejayaan yang haq dan kekal melainkan kejayaan di kala memasuki jannah Allah SWT. Semoga kita menjadi hamba pilihan Allah SWT untuk mendiami jannahNya, Amin Ya Rabbal A'lamin. Wassalam... Abdullah. --------------------------- ONElist Sponsor ---------------------------- GRAB THE GATOR! FREE SOFTWARE DOES ALL THE TYPING FOR YOU! Tired of filling out forms and remembering passwords? Gator fills in forms and passwords with just one click! Comes with $50 in free coupons! <a href=" http://clickme.onelist.com/ad/gator4 ">Click Here</a> ------------------------------------------------------------------------ [EMAIL PROTECTED] - Interaksi di alam siber. To sub : send a blank email to [EMAIL PROTECTED] To unsub : send a blank email to [EMAIL PROTECTED]
