*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kerana terlampau murka kepada Sanusi Junid, maka Sultan Kedah telah
berangkat ke Bangkok, Thailand dengan alasan pergi 'bercuti' sehingga
11/12/99 untuk menunjukkan rasa protes dan tidak perkenan baginda jika
Sanusi Junid dilantik semula sebagai Menteri Besar Kedah setelah BN
memenangi pilihanraya baru-baru ini. Tidak pernah ada dalam sejarah Kedah
mahupun Malaysia seorang Sultan lari meninggalkan negerinya ketika saat-saat
pilihanraya apatah lagi ketika pembentukan kerajaan negeri hendak dilakukan
pada malam atau sebaik saja keputusan pilihanraya diumumkan. Ini menunjukkan
yang Sultan Kedah sekali-kali tidak bersetuju sekiranya Sanusi berkeras juga
untuk terus memegang jawatan Menteri Besar Kedah.
Sultan Kedah memang sudah lama bencikan Sanusi yang berketurunan Aceh ini.
Begitu juga dengan sebahagian besar pemimpin-pemimpin UMNO Kedah
dan rakyat Kedah yang sudah begitu meluat dengan gelagat dan kelakuannya
sepanjang menjadi Menteri Besar Kedah.
Sultan Kedah mendapati Sanusi Junid cuba menerapkan 'nilai-nilai' dan
'style Acheh' atau Indonesia dalam pentadbiran Kedah yang mana pada
pendapatnya akan menggugat nilai-nilai kebudayaan dan sejarah Kedah. Sultan
Kedah tidak akan dapat menerima atau melupakan sejarah nenek-moyangnya
bagaimana Kedah pada abad ke-17 telah dijajah oleh Acheh di mana Iskandar
Muda Mahkota Alam telah menyerang Kedah dan menawan keluarga di-Raja Kedah
untuk dibawa balik ke Aceh. Beribu-ribu rakyat Kedah telah menjadi tawanan
dan hamba abdi di Acheh.
Percubaan untuk menculik seorang puteri Kedah yang terkenal dalam sejarah
Kedah sebagai 'Puteri Lindungan Bulan' masih lagi diingati baginda
sehinggakan puteri tersebut terpaksa disembunyikan di kota bawah tanah di
Kota Siputeh,Kubang Pasu pada masa itu untuk mengelakkan dari diculik oleh
tentera Acheh yang mendapat cerita kononnya puteri ini berdarah putih.
Sanusi Junid, seorang keturunan Acheh yang cuba berlagak pandai telah
ditolak mentah-mentah oleh UMNO Kedah ketika keputusan Mahathir untuk
melantiknya menjadi Menteri Besar pada tahun 1997 dahulu dimana 22 orang
wakil rakyat Kedah telah menunjukkan protes kepada Mahathir diatas
perlantikan Sanusi Junid.
Sanusi Junid dikatakan menjadi punca kekalahan teruk BN dalam sepanjang
sejarah pilihanraya di Kedah di mana BN telah kalah di 8 kerusi Parlimen dan
12 kerusi Dun. Sikapnya yang berlagak dan enggan menerima pendapat atau
cadangan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain menyebabkan mereka merancang
stratergi untuk menyingkirkan beliau sebagai Menteri Besar Kedah. Beliau
juga seorang pengecut kerana hanya berani bertanding di Langkawi dan tidak
ditanah besar Kedah. Beliau menyedari yang beliau pasti akan kalah jika
beliau bertanding dimana-mana pun Dun di tanah besar kerana beliau akan
diboikot oleh bahagian dan ahli-ahli UMNO di situ.
Jika Sanusi berkeras juga untuk terus memegang jawatan Menteri Besar, maka
kedudukan BN Kedah akan tergugat dan kemungkinan besar wakil-
wakil rakyat dari UMNO akan melompat sebagai wakil rakyat bebas dan
mengadakan coalition dengan PAS yang menyebabkan BN Kedah tumbang.
Setelah pemimpin-pemimpin UMNO Kedah menyedari Sanusilah yang menjadi punca
kemerosotan pengaruh BN di Kedah maka mereka mengambil kesempatan ini untuk
menggulingkan beliau dengan mendesak Mahathir supaya menyingkirkan Sanusi
dan menggantikan dengan calon UMNO yang lain. Dr.Mahathir yang menyedari
akan kemarahan pemimpin-pemimpin UMNO Kedah yang tidak tertahan-tahan lagi
akhirnya terpaksa akur dan tunduk dengan kehendak pemimpin-pemimpin UMNO
Kedah.
Maka jatuhlah seorang lagi pemimpin UMNO/BN dalam arena politik negara
kita...
- Wasallam -
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Kedah Langkasuka" <[EMAIL PROTECTED]>