>From: "Al Kedahi" <[EMAIL PROTECTED]> >To: [EMAIL PROTECTED] >Subject: Fwd: [abimlink] Analisa pilihanraya ke-10 >Date: Fri, 03 Dec 1999 09:13:16 GMT > > > > >>From: Angkatan Belia Islam Malaysia <[EMAIL PROTECTED]> >>Reply-To: [EMAIL PROTECTED] >>To: [EMAIL PROTECTED] >>Subject: [abimlink] Analisa pilihanraya ke-10 >>Date: Mon, 29 Nov 1999 22:44:41 -0800 >> ______________________________________________________ Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
********************************************************************** " ABIM : MENEGAK KEBENARAN DAN KEADILAN "
DIHARAP AHLI-AHLI DAPAT MEMATUHI PERATURAN TIDAK MEMBENARKAN MEMANJANG ('FORWARD') MAIL DARI JARINGAN LAIN **********************************************************************
Bismillah ir Rahman ir Rahim
Assalamualaikum wa rahmtullah
0630 am , 30/11/1999
Apa Ertinya kemenangan BN dalam pilihanraya kali ini?
1. Kemenangan besar PAS di Kelantan dan Terenggganu serta saingan sengit Parti Keadilan, DAP dan PRM menggambarkan bahawa potensi Barisan Alternatif menyaingi Barisan Nasional adalah suatu realiti untuk politik nasional masa depan.
2. Pilihanraya kali ini juga jelas menggambarkan bahawa undi Melayu adalah kepada Barisan Alternatif(BA) dan undi Cina, India kepada BN. PAS khususnya telah menempa kejayaan besar di Kelantan, Terengganu, Kedah dan juga Pahang.
3. Polarisasi undi mengikut kaum ada kaitannya dengan strategi dan propaganda BN yang menakut-nakutkan kaum Cina dengan isu Negara Islam, serta mengancam orang Melayu dengan isu 'hak keistimewaan' Melayu yang akan hilang sekiranya BA menang dalam pilihanraya kali ini. Apa yang nyata masyarakat CIna begitu termakan dengan propaganda ini, sedangkan masyarakat Melayu tidak mempedulikannnya lantaran angin perubahan yang
begitu kencang.
4. Isu DS Anwar Ibrahim ternyata memberi kesan besar kepada masyarakat Melayu memandangkan tindakan Dr. Mahathir terhadapnya adalah begitu 'unmalay' dan 'unislamic'. Justeru itu tidaklah memeranjatkan sikap tokoh ulama UMNO yang membisu dan membutakan mata terhadap kezaliman yang
dilakukan keatas Anwar, telah dihukum oleh orang Melayu. Kesemua 'ulama UMNO' telah tewas kali ini seperti Dato' Seri Wan Mokhtar, Dato' Yusuf Noor, Dato' Zainal Abidin Kadir dan Dato' Abdul Hamid Othman.
5. Kekuatan UMNO telah merosot begitu banyak sekali dan kemenangan BN banyak bergantung kepada undi Cina dan undi dari Sabah dan Sarawak. Dr.Mahathir sudah hilang kredibiliti di mata Melayu dan kemenangan Datin Seri
Wan Azizah di Permatang Pauh, Azmin Ali di Hulu Kelang membuktikan orang Melayu tidak dapat menerima cara Dr. Mahathir menangani isu Anwar. Ini
jelas apabila tokoh-tokohyang terlibat dalam konspirasi ini seperti Dato' Seri Megat Junid dan Dato' Ibrahim Ali tewas. Turut dihukum lantaran membisu seolah-olah merestui tindakan Dr. Mahathir selain dari ulama-ulama UMNO tadi termasuklah Dato' Annuar Musa, Dato' Mustafa Mohamad, Dato' Idris Jusoh, Dato Tengku Mansor, Dato' Fuad Hassan dan Dato' Ibrahim Saad.
6. Pengundi Cina ternyata amat takut dengan isu Negara Islam lantas menolak DAP yang dianggap turut mendokng isu ini melalui BA. Lim Kit Siang dan Karpal Singh menjadi korban kali ini.
7. Namun demikian, tahniah harus diberikan kepada BA kerana sememangnya pilihanraya ini tidak ditandingi secara 'gentleman' oleh BN. 3M - Machinery , Money & Media - digunakan sewenang- wenangnya tanpa memperdulikan undang-undang dan etika. Pastinya BN tidak boleh berbangga dengan kejayaan yang ditandingi secara tidak adil ini.
Generasi Baru
********************************************************************** Tulisan-tulisan selain kenyataan rasmi ABIM, yang terdapat dalam ABIMLINK tidak sama sekali gambarkan sikap dan pendirian ABIMLink mahupun ABIM dalam isu-isu yang dibincangkan. Dengan itu, ABIM tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tulisan yang tersiar mahupun insiden yang timbul ekoran daripadanya. Halaman ABIM Online : http://www.abim.com Email ABIM : [EMAIL PROTECTED] ABIMLINK Mailing List: [EMAIL PROTECTED] ********************************************************************* _____________________________________________________________ What's hot at Topica? Sign up for our "Best New Lists" newsletter and find out! http://www.topica.com/t/8
