>From: sofian pyan <[EMAIL PROTECTED]> >To: [EMAIL PROTECTED] >Subject: [islah-net] Ramadhan terakhir abad ini dan kesinambungan da'wah >Date: Thu, 2 Dec 1999 23:44:13 -0800 (PST) > >Salam`; >Sidang netters; >Beberapa hari lagi kita akan menyambut ketibaan Bulan >Ramadhan yang penuh berkat. Bagi umat Islam kedatangan >Ramadhan menandakan kedatangan rahmat dan berakhirnya >Ramadhan bererti kemenangan melawan hawa nafsu. Namun >agak istimewa untuk kita pada kali ini ialah >kedatangan Ramadhan adalah susulan daripada jerih >payah umat Islam Di Malaysia khususnya dalam >menjalankan sepenuh usaha untuk memastikan kemenangan >Barisan Alternatif dan hasilnya Negeri Terengganu >telah jatuh ke tangan PAS. Tahniah buat semua pejuang >di negeri Darul Iman itu. > >Sidang netters; >Beberapa artikel di beberapa laman web di internet >telah menyatakan bahawa kedatangan tahun 2000 kali ini >sesungguhnya jatuh pada bulan Ramadhan dan kemungkinan >berada di malam kesepuluh yang terakhir. Bagi >masyarakat Barat khususnya sedang kita sibuk >menunaikan ibadah dan bermuraqabah dengan Allah SWT >mereka pula sedang sibuk membuat pelbagai persiapan >untuk menyambut kedatangan suatu tarikh yang di anggap >keramat iaitu pada 1 January 2000. Namun bagi kita >sebagai dua't ianya tidak akan bererti sekiranya >kedatangan tarikh yang dianggap keramat tersebut tidak >diisi dengan pelbagai amalan yang dapat mendekatkan >diri kepada Allah. > >Sidang netters; >Saya dapat merasakan bahawa pastinya di saat ini >tedapat individu2 yang kecewa dengan kekalahan Barisan >Alternatif untuk mewujudkan kepimpinan alaf baru di >Malaysia. Namun sebagai seorang du'ah yang mempunyai >jiwa yang besar mereka seharusnya membuang perasaan >sebegitu daripada menyeliputi diri mereka. Bukankah >dawah Rasul SAW adalah jauh lebih sukar daripada apa >yang kita alami di waktu ini? Bukankah Rasul SAW >pernah di baling dengan batu2 sehingga menyebabkan >tubuh baginda yang mulia itu tercedera lantaran >sahabat baginda Zaid Bin Harithah berkata bukankah >engkau ini Rasulullah? Begitulah sukarnya perjuangan >Rasul SAW di kala mana dakwahnya tidak diterima oleh >masyarakat di Taif. > >Saudara sidang netters; >Sesungguhnya perjalanan da'wah itu terlalu panjang. >Saudara tidak akan boleh mengukurnya dengan umur yang >singkat. Al Imam Hassan Al Banna pernah mengatakan >bahawa antara kejayaan da'wah ialah dengan anda >berjaya membina individu2 yang dapat mengamalkan Islam >dengan sempurna. Tegakkanlah Islam di dalam diri >saudara nescaya Islam akan tertegak di atas pelusuk >bumi. Itulah yang pernah diperkatakan oleh seorang >pejuang tulen Al Ikhwan iaitu Al Imam Hassan Al >Hudhaibi. > >Saudara sidang netters; >Kedatangan alaf baru juga menandakan umat Islam >seharusnya bekerja lebih kuat untuk menegakkan Islam. >Saudara Saari Sungib di dalam artikelnya "CRISTIAN >MILLENIUM" pernah menggambarkan pelbagai persepsi dan >rancangan jahat musuh2 Islam untuk menghapuskan Islam >dari tertegak. Akhirnya, kesimpulan daripada penulisan >ini ialah kedatangan alaf baru sesungguhnya menuntut >anda yang bergelar mukmin untuk bekerja dengan lebih >kuat dan faham bagi menegakkan Islam di muka bumi. >Ilalliqa'. > >Ana dhaif; >SOFIAN BN ALIAS >UNIVERSAL PHARMACEUTICAL >RESEARCH AND DEVELOPMENT 1 >CHEMICAL COMPANY MALAYSIA > >__________________________________________________ >Do You Yahoo!? >Thousands of Stores. Millions of Products. All in one place. >Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com > >------------------------------------------------------------------------ >///// JIM-IT: Jaringan Informasi Masyarakat http://www.jim.org.my >////////////////////////////////// > >Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan >Jamaah >Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian > >Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] >Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] > >Untuk urusan pengiklanan, sila hubungi: Aris Sipan "[EMAIL PROTECTED]". > ______________________________________________________ Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
Click Here