|
Seorang artis yang di sanjung
pemerentah
Dalam lawatan saya ke Langkawi sebagai pemerhati
'LIMA 99' dengan bangga dan sedih sepanjang pameran yang bermula sebelum
mengundi (bagi mereka sebagai
syarikat pemamir dan 'organizer') dan pada hari mengundi 29/11/99 itu telah bermulanya 'LIMA 99' walaupun tidak secara rasmi. Bangganya saya kerana "LIMA 99" tiada banyaknya
sambutan dari luar negeri dan 50% adalah pamiran dari syarikat-syarikat dalaman.
Perasmian "LIMA 99" pada 1/12 sudah semestinya oleh
MAHAFIRAUN yang tidak begitu selesa lantaran tujuan utama kedatangan beliau ke
Langkawi adalah
sepenuhnya untuk tujuan dalam penentuan kabinet yang baru di menanginya (pada pendapatnya.....) Cerita sepenuhnya tentang "LIMA 99" yang begitu
hambar tanpa iklan meluas oleh media begitu menyedihkkan oleh pemerhati "LIMA
99"
Apa yang ingin saya ceritakan disini adalah
berkenaan seorang Penghibur Wanita yang menjadi pujaan kerajaan (UMNO) di kala
ini.
Adapun selalunya pesawat tentera adalah amat sukar
untuk di naiki oleh orang awam. Prosidurnya adalah dimestikan orang awam itu
menjalani pemereksaan
kesihatan yang diakui oleh tentera. Dan lagi orang awam itu hendaklah mendapat kelulusan bertulis dari Panglima Tentera Udara. Apa yang menghairankan ialah tergendalanya lawatan
anggota TUDM (samaada berpangkat rendah atau Pegawai kerana kerosakkan pesawat
CN 235) bagi urusan
LIMA 99. Tetapi ini tidak menjadi halangan bagi perjalanan Seorang Artis berulang alik ke Langkawi dari KLIA dengan pesawat itu. Apakah tujuan artis itu ke Langkawi? Untuk menyambut kemenangan BN agaknya dengan konsert dan ucapan pengganti P***M**. Alangkah mulianya artis ini berbanding perajurit
yang setengah hari tidur dilantai Lapangan Terbang langkawi menunggu pesawat
yang kesian kepada mereka.
Alangkah beruntungnya Artis ini kerana dapat berehat di atas kapalterbang tentera yang bertempat duduk VIP. Siapalah kamu wahai perajurit sedangkan untuk menaiki pesawat pun terpaksa meminta simpati. Maka betapa sedihnya saya sebagai pemerhati melihat Politik dan Kerajaan tajaan manusia ini sanggup memadam undang-undang dan hidup untuk kepentingan mereka ini. Artis wanita itu ialah Siti Nurhaliza dan pemerhati
gelagat ini adalah saya seorang musafir yang inginkan keadilan dan sayangkan
pada sesiapa yang tertindas dan di
pijak-pijak oleh Sebuah kerajaan tajaan Penipuandan Kepentingan setengah manusia sahaja. Oleh keturunan Ajal
yang sayangkan manusia yang bergelar perajurit |
