Antara Zakat dan Kharaj
 

Assalamualaikum wr.wbrkth.
 
Terlebih dahulu saya rakamkan jutaan tahniah atas kemenangan BA ke atas Negeri Terengganu serta majoriti yang meningkat semasa pilihanraya yang baru lepas.
 
Kemenangan tersebut sedikit sebanyak memberikan tamparan hebat kepada BN dan perpecahan antara sesama mereka telah ketara sekarang ini.
 
Namun kemenangan ini hakikatnya adalah dari Pertolongan Allah Taala yang menjadi faktor utama penyumbang kepada kemenangan di
samping beberapa faktor lain seperti:
 
a. Kes SDR ANWAR IBRAHIM serta perjuangan Kak Wan Azizah dan Nurul Izzah.
 
b. Kebangkitan Islam.
 
c. Pendedahan rasuah dan menyalahgunakan kuasa.
 
d. Kebangkitan Islam di Indonesia.
 
e. Kemasukan Ulamak menyokong BA.
 
f. Kenyataan-kenyataan MAHAFIRAUN menentang Islam.
 
g. Kesedaran rakyat.
 
Kemenangan ini perlu dijadikan iktibar untuk kita lebih bertenaga menyusun gerakan Islah / Reformasi bermula dari sekarang. Antara
cadangannya:
 
1. Markaz BA perlu diperkemaskan termasuk menghidupkan ceramah mingguan/bulanan.
 
2. Mengadakan Islamic Cyber di markaz BA.
 
3. Kelas-kelas pengajian di markaz.
 
4. Memperbanyakkan markaz.
 
5. Memperbanyakkan informasi kepada rakyat.
 
Sekarang BN tengah cuba merosakkkan kepercayaan penyokong BA dengan memberikan contoh buruk kepada kepimpinan PAS di Terengganu. Maklumlah orang
dah menang sorak...tapi kampung tergadai...yang dia kejar tak dapat...yang dikendong pula keciciran.
 
Isu terbaru....berkenaan dengan Kerajaan PAS Terengganu yang menghapuskan bayaran Tol serta cukai pintu bagi rumah yang tiada
hasil apa-apa disamping itu Kerajaan Negeri Terengganu telah menukarkannya dengan zakat dan kharaj. Isu tersebut telah diputar
belitkan seolah-olah Kerajaan PAS Terengganu cuba menipu rakyat.
 
Zakat sememangnya merupakan kewajipan setiap individu muslim membayarnya samada zakat fitrah, harta benda, ternakan ataupun
perniagaan. Duit zakat akan digunakan semula untuk lapan asnaf, membantu fakir miskin atau umat Islam yang susah dalam
membangunkan ekonomi, menguruskan kemajuan dan pembangunan untuk mereka.
 
Kharaj pula dikenakan ke atas non-muslim sama seperti zakat dikenakan ke atas umat Islam. Kharaj pula digunakan untuk membantu
membangunkan ekonomi non-muslim, menguruskan kemajuan dan pembangunan untuk mereka serta menjaga kebajikan mereka. Wang
tersebut akan diuruskan oleh Kerajaan Negeri dan bukannya Kerajaan Pusat.
 
Sistem Islam adalah sistem yang adil. Apabila Islam memerintah sesuatu Negeri atau Negara, maka menjadi kewajipan Pemimpin Islam untuk berlaku adil ke atas
semua rakyatnya tanpa mengira kaum dan agama.
 
Rakyat Negeri Terengganu samada yang Islam mahupun bukan amat bertuah kerana berada di bawah kepimpinan Islam PAS yang akan mengambil berat kepada
setiap permasalahan yang dihadapi oleh rakyatnya.
 
PASti ADIL
08 DISEMBER 1999
 
 
 

Kirim email ke