Mustapa dakwa Pas tipu rakyat

JELI, Ahad - Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Mustapa Mohamed, menyifatkan pengakuan Barisan Nasional (BN) yang tidak mungkin dapat menunaikan semua janjinya dalam manifesto pilihan raya umum lalu, di Kelantan, jelas menunjukkan parti itu bukan berjuang bagi kepentingan rakyat.

Beliau berkata, sikap BN yang sering menipu rakyat itu memang sudah diduga sejak dari awal lagi.

Katanya, kini rakyat Kelantan tertipu sekali lagi berikutan pengakuan yang didedahkan oleh pemimpin BN sendiri.

"Jadi rakyat sudah nampak tembelang BN kerana awal-awal lagi menyatakan mereka tidak boleh melaksanakan semua manifesto seperti dijanjikan.

"Sehubungan itu, saya penuh yakin dalam tempoh beberapa bulan, rakyat akan bangkit menentang kerana sudah melihat muslihat BN," katanya selepas mengadakan mesyuarat bersama jawatankuasa tiga peringkat Umno bahagian Jeli, di Kompleks Umno, dekat sini hari ini.

Kirim email ke