*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

----- Original Message -----
From: <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Monday, December 06, 1999 6:27 PM
Subject: H-Net* sembang-sembang - samb 2

Sembang-sembang (sambungan)

Cakap pasal Terengganu, secara ikhlas saya nak tulih, masa
saya pi Terengganu dua tiga bulan sebelum pilihanraya lalu,
walau pun saya tak berapa nampak poster PAS merata jalan
macam poster BN di Jeli itu; entah pasal apa, saya dapat
agak PAS akan dapat berbuat sesuatu di Terengganu tapi tak
lah sampai score 8-0 macam tu sekali!!

TERKEJUT SUNGGUH SAYA, TENGOK SCORE TU MACAM TENGOK
PESTABOLA MERDEKA MALAYSIA LAWAN BANGLADESH ZAMAN DULU-DULU
(ZAMAN MOKHTAR DAHARI)!!

[Tapi, di zaman Muhyideen Yassin la nie, bukan takat
Bangladesh, silap silap kalau lawan Timor Timor pun belum
tentu boleh score]

Bukannya apa; kalau kita tengok suasana di Terengganu dua
tiga bulan menjelang pilihanraya, kita tak nampak sangat
orang2 PAS boleh tawan Terengganu , apa tah lagi dengan isu
PAS Besut yang menjadi berita utama di TV3 dan Utusan Meloya
hampir setiap minggu.

So, tang mana specialnya cerita politik Terengganu hinggakan
PAS boleh sapu bersih sampai macam tu sekali?

Ini persepktif saya, mungkin sedikit berbeza dengan
tuan-tuan, tapi tak apa, sekadar bersembang; kalau tak tepat
pun mungkin ada kena sipi-sipi.

Sebelum itu saya nak cerita sikit pasal tanggapan saya
terhadap TG Haji Hadi:

Beberapa bulan sebelum p/raya lalu, saya turut hadir dalam
majlis  Perhimpunan Besar-Besaran Rakyat Terengganu di
Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.  Orang nala punya ramai
sampaikan ada yang tak boleh masuk; secara kasar saya kira
melebihi 100 ribu orang. Saya ingat lagi, anak saya yang
tertidur atas riba ajak balik; tapi tak boleh sebab ramai
sangat orang hinggakan ada yang terpaksa berdiri di gigi
ombak.

Antara tetamu malam itu ialah Dr Wan Azizah, Ustaz Fadzil,
TG Haji Hadi, Ust Abu Bakar Chik, Wakil PUM, Presiden ABIM,
Presiden JIM dan beberapa orang tetamu dari NGO. Gamat
sungguh ucapan depa. Pada mulanya saya tak expect orang
ramai sampai macam tu sekali; yang saya pi itu pun sebab nak
tengok Haji Hadi - ya lah, kat sebelah utara ni DS Wan
Azizah dan Ust Fadzil dah biasa sangat dah.Tapi, harapan
saya tak berapa kecapaian apabila tiba giliran Haji Hadi,
dia bagi ucapan ringkas, lepas tu dia cakap:

"Tak apalah, saya berhenti dulu, kita bagi laluan kepada
tetamu-tetamu kita dari luar ini; sebab saya orang sini,
bila-bila pun kita boleh berjumpa dan bercakap lagi!!"

La, frust sungguh saya; bukannya apa - saya cukup tertarik
dengan Ustaz Hadi sejak pertama kali saya mendengar beliau
berceramah di Bandar Bahru, Kedah kira-kira 6 tahun yang
lalu.

MASA TU, SAYA ADALAH HARDCORE UMNO - YANG LA NI DIPANGGIL
ORANG SEBAGAI GENG JACKET HITAM!!

Saya tak pasti kenapa saya ke sana, tapi masih saya ingat,
dalam ceramahnya itu, Ust Hadi ada berkata:

"Kepada tuan-tuan sekalian, terutamanya orang2 UMNO dan
Ustaz-Ustaz UMNO, sila balik semak ayat Quran
(sekian-sekian) - cuba check tengok betulkah apa yang saya
kata ini!!"

Dan, masih saya ingat, di celah-celah lampu flurosent yang
terang gelap itu, saya duduk mencangkung mencatatkan
ayat-ayat yang dimaksudkan beliau. Bila balik, saya terus
cek tengok Al-Quran, hati saya mula berdetak; mulai saat
itu, sedikit demi sedikit hinggalah beberapa tahun kemudian,
akhirnya saya tergerak untuk mengisi borang PAS!

SAYA MENGUNDI PAS BUKAN KERANA FAKTOR ANWAR IBRAHIM, BUKAN
FAKTOR CALON, DAN BUKAN KERANA UNDI PROTES, TAPI UNDI SAYA
ADALAH ATAS DASAR IDEOLOGI PERJUANGAN PAS, YANG JELAS
BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN HUKUM AL-QURAN DAN SISTEM
PERUNDANGAN DAN CARA HIDUP ISLAM DI BUMI MALAYSIA!!

Dan saya yakin, walau pun saya bukan orang Terengganu;
rakyat di sana memilih PAS, salah satu sebabnya ialah kerana
mereka sudah faham tentang konsep kenegaraan Islam yang
telah berjaya diketengah dan diberi kepahaman kepada mereka
oleh TG Haji Hadi Awang dan rakan-rakan.

Pun begitu, secara ikhlasnya juga saya perlu tulis di sini
bahawa lawatan singkat saya ke Terengganu beberapa bulan
menjelang pilihanraya itu, saya dapat melihat bahang
reformasi akibat kes DSAI merebak begitu cepat ke seluruh
Terengganu. Melihatkan kereta-kereta berpelekat ADIL dan
Reformasi yang begitu banyak di bandar Kuala Terengganu
menyebabkan saya jadi termenung sejenak:

"Kenapa di Pulau Pinang yang merupakan negeri asal DSAI,
kehangatan reformasi tidaklah begitu terasa?"

Kerana itu, apabila BA tewas di Pulau Pinang saya tak berapa
nak terkejut, kerana bahang reformasi tak berapa terasa
berbanding dengan Kuala Lumpur atau Terengganu!!

Di Terengganu, sama ada orang PAS suka atau tidak, berani
saya tulis di sini bahawa kemenangan PAS di sana, banyak
dibantu oleh orang-orang UMNO yang sama ada bersimpati
dengan DSAI atau pun mereka-mereka yang tak puas hati dengan
kepimpinan UMNO negeri.

Pertamanya kerana saya mengetahui secara peribadi kenalan
saya di sana, orang UMNO yang mengundi PAS; bukan takat
beliau saja yang mengundi tapi rakan-rakannya yang lain
turut sama berbuat demikian.

Kedua: Lihat data di bawah:

Kawasan: Hulu Terengganu
Ahli UMNO: 27,000 orang
Jumlah yg mengundi UMNO: CUMA 14,649 orang!!

[sumber: Utusan Malaysia]

TU DIA, MAHATHIR JENUH DOK MINTAK SILENT MAJORITY ATAU
'PENGUNDI SENYAP' SUPAYA MENUNJUKKAN SUARA MEREKA.

HA, PILIHANRAYA LALU SILENT MAJORITY DAH TUNJUK SUARA - DI
HULU TERENGGANU SAJA DAH DEKAT 13,000. ITU TAK CAMPOQ TEMPAT
LAIN LAGI!!

[Kesian Mahathir, nala punya teruk dia kempen mintak silent
majority sokong BN, last-last sekali ahli depa sendiri yang
makan diri - undi protes!!]

Opps, berbalik kepada PAS di Terengganu; kalau kita terus
leka dengan kemenangan ini, saya rasa 5 tahun dari sekarang,
Terengganu akan end up jadi macam Arau. Dulu kita menang
Arau sebab undi protes, sekarang bila faktor protes itu
sudah tidak ada, Arau balik ke usul.

Untuk itu, adalah dicadangkan agar Tuan Guru Haji Hadi yang
dihormati, dengan segala pengalaman yang ada beserta bantuan
dari semua pucuk pimpinan, dapatlah kiranya memberi
keutamaan kepada memberi penerangan dan penjelasan yang
sejelas-jelasnya kepada 'pengundi-pengundi protes' ini agar
mereka akan terus bersama kita dalam pilihanraya akan
datang.

Di sini saya ingin memetik kata-kata Najib dalam interview
dengan Utusan Malaysia semalam; yang antara lain Najib
berkata:

"Saya sifatkannya bukan undi kerana hendak kepada Pas tetapi
undi protes orang Melayu kepada UMNO. Dalam konteks ini,
saya melihat sokongan kepada Pas dan keadilan itu tidak
membawa kepada perubahan paradigma dalam erti kata mereka
merupakan penyokong kuat Pas dari segi ideologi. Ia adalah
satu perubahan semasa. Apabila ia perubahan semasa bermakna
kita masih ada harapan untuk membetulkan keadaan ini. Kita
pernah mengalami perkara ini pada tahun 1969 dahulu." [UM
5/12/99]

NAMPAK? - BAGI UMNO, SELAGI PENGUNDI-PENGUNDI PROTES INI
BELUM BERUBAH IDEOLOGINYA, SELAGI ITULAH MEREKA MASIH ADA
HARAPAN UNTUK 'DIPULIHKAN'!!

Kerana itulah, menjadi satu tugas besar kepada PAS khususnya
pucuk pimpinan PAS Terengganu untuk memberi kepahaman yang
mendalam mengenai 'sebab apa saya menganut Islam' kepada
golongan-golongan ini supaya di musim pilihanraya yang akan
datang, mereka akan terus bersama kita.....kini, selamanya
dan sampai ke liang lahad!!

Wassalam,
Pakdin




---------------------------------------------------
Get free personalized email at http://www.iname.com


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body :
SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:
UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
n             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab
          )
 ( Bermasalah? Sila hubungi
t                    )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Concorde" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke