*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam,
err..izinkan patik berbeda pendapat dgn tuan berhubung dgn perlaksanaan
syariat islam khususnya kharaj:
Kharaj dilaksanakan kerana ia adalah dari syariat dan ada contohnya, ada
atsarnya, ada keterangannya yg para sahabat nabi pernah melakukannya.
perlaksanaan syariat tidak mengambil kira "masa yg sesuai", ataupun "Trengganu
sudah kaya dgn minyak", "sensiviti sesuatu kaum", tetapi:
kharaj dilaksanakan krn ia adalah tuntutan syariat. KHARAJ dilaksanakan dgn
maksud mengHINAkan org kafir.
walaupun org terengganu semuanya dah kaya dan tak ada yg berhak menerima
zakat, tetapi kharaj tetap dilaksanakan krn ia adalah syariat yg bertujuan utk
menghinakan dan merendahkan org kafir.
tuan2 boleh mengolah sesuatu dgn teori apa sekalipun, tetapi dlm masalah
syariat Allah, YES or No shj. Hanya shj para ulama menyatakan "MAKSUD" syariat
itu dilaksanakan. Kengkadang alQuran menyatakan maksud/tujuan sesuatu syariat
itu, kengkadang tidak. Hakekatnya ALlah shj yg tahu, kita cuma disuruh
Sameq-na wa Atoq-na.
Wslm
"my" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> TERENGGANU HARUS BERHATI-HATI DULU
>
> Menteri Besar Terengganu yang baru sudah semakin popular disebabkan beberapa
usaha untuk memajukan negerinya. Setiap gerak-gerinya memang menjadi
> perhatian pihak Barisan Nasional yang mencari setiap kesilapan yang mungkin
timbul dari seorang insan yang baru pertama kali memerintah sebuah negeri.
>
> Kita harus mengakui bahawa bukannya mudah mentadbir sebuah kerajaan.
Terutama sekali kalau sebuah negeri yang satu ketika dulu mempunyai segala
peluang
> untuk menjadi kaya raya berdasarkan hasil mahsul yang sememangnya amat
berharga.
>
> Kerana itu kita mesti faham tentu ada muslihat tertentu kenapa YB Menteri
Besar Haji Abdul Hadi Awang mahu memperkenalkan beberapa jenis cukai yang
> mungkin pada mata kasar akan menjejaskan sensitiviti orang-orang bukan
Islam. Mengenakan cukai kepada orang bukan Islam bukannya perkara yang baru.
Di
> zaman junjungan kita dulu beliau pernah juga mengenakan cukai ke atas hasil
tanaman orang-orang Nasrani dan Yahudi. Cadangan Tuanguru Haji Abdul Hadi
> sememangnya mengikut ajaran Islam juga.
>
> Mungkin tidak ramai yang mahu menulis perkara ini secara terbuka kerana
sensitiviti issunya. Apalah yang ada pada penulis ini untuk membincangkan
hukum-hukum
> Islam yang amat mulia itu? Akan tetapi, bagi tujuan mencari ketenangan
fikiran digagahi juga penulisan ini agar ia mencetuskan satu kontroversi
sebanyak mungkin
> dengan harapan penulisannya dapat menarik minat ramai juga.
>
> Saya ingin mencadangkan di sini agar Tuanguru Haji Abdul Hadi Awang
berhati-hati dengan usaha untuk mengenakan cukai ke atas orang-orang yang
bukan Islam.
> Ini bukannya masa yaag sesuai untuk perkara itu.
>
> a) Kerajaan Terengganu baru sahaja dirampas kembali oleh PAS setelah
menunggu begitu lama. Sebarang usaha untuk mengenakan cukai kepada orang yang
bukan
> Islam mungkin boleh ditafsirkan sebagai usaha membalas dendam.
>
> b) Terengganu adalah sebuah negeri yang kaya dengan hasil minyak dan gas
yang sudah mencukupi untuk digunakan bagi pembangunan secara berdisiplin dan
> bersistem;
>
> c) Terengganu adalah sebuah negeri yang masih luas kawasan tanahnya dan
mempunyai banyak ruang perairan, baik di darat mahupun di kawasan persisiran
pantai.
> Semua ini merupakan sumber yang baik untuk dimajukan untuk membolehkan
negeri itu menjadi sebuah negeri yang maju.
>
> d) Jumlah pengundi di Terengganu adalah sekitar 388,000. Jumlah penduduk
sebenar mungkin lebih sedikit dari setengah juta. Ini bererti Terengganu
adalah dua kali
> ganda besarnya daripada jumlah penduduk yang ada di Dubai, sebuah negara
yang kaya dengan gas dan minyak.
>
> e) Mengenakan cukai ataupun kharaj ke atas bisnes orang bukan Islam bukan
semudah yang kita fikirkan, kerana mengikut hukum kita perlu tentukan bahawa
> bidang niaga itu sememangnya diuruskan dan dipunyai oleh orang bukan Islam.
Apa kata kalau bisnes itu diwakilkan kepada orang Islam? Akan bertambahkah
nanti
> syarikat 'Ali Baba' ala tajaan UMNO sejak 42 tahun dulu di bumi Terengganu
yang bertuah itu?
>
ANJAKAN PARADIGMA
>
> Sebagaimana yang kita bincangkan di awal tadi, memang bukan mudah mentadbir
sebuah negeri. Tetapi ia boleh menjadi mudah kalau perencanaannya itu
> dilaksanakan dengan amat teliti. Perencanaan yang baik harus disusul pula
oleh penglaksanaan yang baik serta ikhlas jua. Di tahap ini, sesuatu projek
itu memerlukan
> sumber manusia yang terlatih, cekap dan amanah. Kejayaan yang menyusul pasti
memberikan sinar yang menarik minat orang luar. Dari situ barulah terserlah
kilauan
> kesucian ajaran Islam kerana apabila ia dipraktikkan dengan betul, hasilnya
akan berupa segar sentiasa.
>
> Cukuplah dulu dengan pendapat yang ikhlas ini. Terengganu dan Kelantan
merupakan dua negeri Islam yang akan menjejakkan kakinya ke alaf baru dalam
masa tiga
> minggu dari sekarang. Eloklah kita biarkan hari-hari yang mendatang ini
berlalu secara tenang tanpa banyak kontroversi. Mentelahan pula kita akan
berpuasa ketika
> itu. Biarlah negara ini mengharungi cabaran Y2K yang akan muncul sedikit
hari lagi. Janganlah dibebankan diri kita dengan idea yang akan mencetuskan
ruang bagi
> musuh terus menyerang.
>
> Kita boleh menjangkakan beberapa tekanan kerajaan pusat ke atas Kelantan dan
Terengganu sebagai mendera rakyatnya mengenepikan Barisan Nasional. Modal
> utama kerajaan pusat ialah melecehkan penghantaran dana untuk pembangunan.
Mentelahan pula kerajaan pusat sendiri pun ketandusan sumber wang setelah
> merampok khazanah negara bagi tujuan memenangi pilihanraya. Kerana itu,
kedua-dua kerajaan Islam ini perlu bantuan daripada semua para ilmuan dan
cerdik
> pandai untuk menyediakan dana yang secukupnya untuk menegakkan dua buah
kerajaan Islam yang kukuh dan berwibawa. Insya Allah kita akan berjaya kerana
> bantuan pasti datang dari semua sudut yang mahu turut serta, tidak kira apa
kaumnya dan apa pula pegangan agamanya.
>
> Setiap langkah yang dilakukan oleh Tok Guru Nik Aziz dan juga Tuanguru Haji
Abdul Hadi Awang memang diteropong secara terperinci oleh pemimpin Barisan
> Nasional. Terutama sekali para pemimpin celup dan celupar dan para pemimpin
yang sudah tersingkir dan tersungkur. Mereka yang sudah kehilangan jawatan
> tentunya sudah gian untuk mendapat perhatian media yang berterusan
termasuklah pablisiti yang murahan. Usah beri mereka ruang untuk bersuara
sumbang dulu
> sambil kita berusaha memperkuatkan kubu dan azam kita bersama.
>
> -Jihad 155-
> 7 Disember, 1999
>
>
>
> Back to PEMANTAU
>
>
____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at
http://webmail.netscape.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: ibnu muhajir <[EMAIL PROTECTED]>