*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bukan hanya setakat solat, puasa...
EMPAYAR Soviet Union musnah pada 1991. Rusia sebagai republik terbesar
dan paling berpengaruh daripada 15 republik Soviet Union, secara
automatik dianggap pewaris negara komunis itu.
Sekalipun begitu, Rusia yang diterajui oleh Presiden Boris Yeltsin,
sudah menjauh-kan diri daripada fahaman komunis. Yang tinggal hanya
Parti Komunis yang sekali-sekala menggugat Yeltsin.
Sesuai dengan kecenderungannya kepada sistem Barat, Rusia juga memberi
kebebasan beragama kepada rakyatnya. Moscow tidak lagi sezalim
pemerintah era komunis yang menyebabkan lebih 50 juta orang Islam
Soviet Union hidup tertekan.
Mereka terpaksa menunaikan suruhan agama secara sembunyi-sembunyi.
Moscow juga tidak lagi menutup masjid dan menjadikannya stor seperti
dibuat oleh pemimpin Kremlin dari zaman Vladimir Lenin hingga ke era
Mikhail Gorba-chev.
Sebaliknya selepas kejatuhan komunis, semakin banyak masjid muncul di
Moscow - ada dibangunkan semula selepas dimusnahkan oleh pihak
komunis. Salah sebuah masjid yang terkenal di Moscow yang menjadi
tumpuan diplomat negara Islam beribadat ialah Masjid Tartar.
Ringkasnya orang Islam di Rusia kini bebas untuk beribadat. Mereka
kini boleh sembahyang, puasa, menunaikan zakat dan haji secara
terang-terangan dan bukan secara bersembunyi-sembunyi seperti pada
zaman komunis dulu.
Jika kebebasan beragama ini sudah ada, mengapa pula orang Islam Rusia
melancarkan jihad seperti yang berlaku di Chechnya, Tartarstan,
Dagestan dan beberapa wilayah lain dalam Rusia?
Akhir-akhir ini Rusia bertindak semakin kejam bagi menangani
kebangkitan umat Islam di Chechnya dan Dagestan. Laporan terbaru
menyatakan tentera Rusia sudah mengepung ibu kota Chechnya, Grozny dan
siap sedia menyembelih sesiapa saja yang berada di bandar itu jika
mereka tidak meninggalkannya.
Tentera Rusia memberi amaran bandar Grozny akan dibom dari udara dan
akan menjadi padang jarak padang terkukur. Demikian, betapa zalimnya
musuh Islam terhadap orang Islam, malangnya orang dan negara Islam
seluruh dunia hanya membisu.
Persoalannya mengapa orang Islam Chechnya, Dagestan dan Tartarstan
bangkit menentang Rusia sedangkan mereka boleh sembahyang, puasa atau
menunaikan haji tanpa gangguan.
Jawapannya, pejuang ini mahu lebih daripada itu. Islam bukan hanya
bermakna menunaikan kewajipan individu tetapi mencakupi seluruh bentuk
penghidupan, daripada sistem pemerintahan sehinggalah perkara
sekecil-kecilnya. Ringkasnya Islam itu adalah ad-din.
Jika pejuang Chechnya, Dagestan dan Tartarstan sanggup menggadaikan
nyawa bagi menegakkan Islam sebagai ad-din, apakah kita di sini boleh
tersenyum dan yakin akan memasuki syurga dengan hanya solat, puasa
atau naik haji?
Ke Laman Utama
<harakah>
----------------------------------------------------------------
Get your free email from AltaVista at http://altavista.iname.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]