*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Dua tiga hari ini, riuh orang bersembang sana sini pasal barisan kabinet baru negara.
Macam-macamlah komen yang kita dengar, tapi dah puas dah kita pasang telinga sana
sini, setakat ini komen-komen yang diterima biasa-biasa saja, tak adalah sampai macam
komen Datuk Abu Hassan Omar, MB S'ngor ini:
"Pembentukan kabinet baru ini adalah hasil kepakaran istimewa dan klasiknya PM"
[Mingguan Malaysia 12 Dis 99]
BAGI ORANG YANG TAK BIASA DENGAN "BAHASA AMFUSANA-AMFUSINI" MACAM INI, BOLEH TERMUNTAH
DIBUATNYA OII!!
Fikir-fikir sekali apalah salahnya kalau cakap elok-elok kata:
"Kita tidak seharusnya mempersoalkan perlantikan barisan kabinet baru ini, kerana sama
juga seperti tindakan memecat, meng-affidavit dan melebamkan mata Anwar tempoh hari,
itu adalah hak-hak istimewa seorang Perdana Menteri!!"
HA, KAN SENANG - SEMUA ORANG BOLEH TERIMA; LAGI PUN KALAU MANA-MANA AHLI PARLIMEN YANG
JAWAB MACAM TU, INSYAALLAH AKAN NAIK PANGKAT SEBERAPA SEGERA MACAM DATUK TAJUL ROSLI,
MB PERAK YANG BARU TU!
Berbalik kepada isu perlantikan kabinet baru; saya secara individu, sebagai seorang
pembayar setia income-tax negara, tak ada apa nak komen sebenarnya. Bagi saya,
letaklah siapa saja pun kat barisan kabinet tu, hatta kalau letak tunggul kayu sekali
pun, kata pemutus bukan ada kat tangan menteri-menteri ini. Depa ini cuma boleh
bercakap saja (itu pun kalau ada teloq nak bercakap), tapi yang punya kata putus ialah
si PM, Dr Mahathir.
ALAH, KALAU HANGPA TAK CAYA, CUBA TANYA HAMID OTHMAN; INSYAALLAH DIA BOLEH CERITA
PANJANG!!
Kalau hangpa malas nak jumpa Tok Mid pun, cuba hangpa belek suratkhabar2 lama, cuba
check tengok; masa gawat isu Tol dulu, dan masa gawat kes barangan keperluan tak cukup
dulu, sapa yang jadi tukang cakapnya; bukankah PM? Mana perginya menteri-menteri yang
bertanggungjawab di kementerian-kementerian berkenaan waktu itu? Sammy Vellu dan Megat
Junid tentu dah lupa, tapi rakyat jelata macam kita ini, sampai bila-bila pun kita
ingat.
TAK GUNA ADA MENTERI, KALAU MAHATHIR SEORANG YANG CONTROL SEGALA-GALANYA!!
So, kalau PM yang buat segala keputusan, apa lagi yang kita nak sembangkan pasal
kabinet baru ni?
Jawabnya, saja-sajalah, supaya PM tau kata zaman dia la ni, rakyat jelata macam kita
ini dah tarak hormat dah aih kat Bapak-Bapak Menteri di negara kita ini. Kita nak
habag kata bahawa kita semua dah hilang respect kat depa. Kita rasa bahawa depa duduk
kat situ buat perabih duit rakyat saja, buat menyemak Putrajaya saja. Biar PM pegang
semua jawatan itu lagi bagus.
Walau bagaimana pun, since semua orang pakat dok sembang pasal kabinet baru ini, kita
pun teringinlah juga mencelah sama. Ini pandangan saya, mungkin tak tepat sepenuhnya,
tapi insyaallah adalah kot yang kena sipi-sipi.
Okay, mula-mula sekali kita mulakan dengan Daim Zainuddin. Kita taulah mentaliti
kawan-kawan kita yang join UMNO nak jadi Wakil Rakyat tu; semuanya pasal fulus,
semuanya nak jadi kaya raya. Semuanya kalau boleh nak jadi macam Daim, sekali buka
mulut saham melambung.
HA! - KAN DAIM SEKARANG DAH KAYA , DOK TUNGGU APA LAGI, KASI CHANCE LA KAT KAWAN-KAWAN
KITA ITU PULAK!!
Kalau setakat nak jadi Menteri Kewangan, kita rasa Ku Li pun boleh. Ku Li ini bukan
takat ada pengalaman tapi connection dia dengan business komuniti pun kira okay jugak.
Habis tu, pasal apa Mahathir masih juga nak kekalkan Daim? - itu yang mungkin
menyebabkan rakyat marhain macam kita tak paham-paham nie!
BILA RAKYAT DOK SYAK KATA DAIM DENGAN PM PAKAT BERKONGSI MAKAN HARTA NEGARA, DEPA
MARAH PULA - SIAP KATA RAKYAT INI EMOSI, KONONNYA SUKA SANGAT DENGAR FITNAH
PEMBANGKANG!!
[Sikit, sikit fitnah. Fitnah Taik Kucing!!]
Tak apa lah, nanti kita cerita panjang pasal apa agaknya Mahathir masih nak kekalkan
Daim.
Cakap pasal kabinet ini juga, kita dok dengar rakyat marhain kat bawah-bawah sana dok
sok-sek sok-sek tanya sama sendiri, apa ke halnya dengan bekas MB Melaka dan bekas MB
Perak itu. Patutnya jadi Menteri penuhlah; ini tidak, seorang jadi Timbalan dan
seorang lagi jadi Setiausaha Parlimen. Yang kita
kesiannya kat MB Perak; masa tragedi Talkin UMNO 1987 dulu, Ramli Ngah Taliblah yang
jadi buruan kedua-dua kumpulan, team A dan team B; apa tidaknya, Perak adalah antara
negeri yang punyai paling ramai bahagian-bahagian UMNO kalau nak dibandingkan dengan
negeri2 lain; makna kata, kalau siapa dapat tackle Perak , maka insyaallahlah akan
menang di Perhimpunan Agung UMNO.
ISH, ISH, KESIAN SUNGGUH KAT RAMLI NGAH TALIB - PUNYA LAH SETIA HABIS KAT DR MAHATHIR,
TIBA2 DARI SEORANG MB YANG BEGITU IMPORTANT DALAM PERCATURAN POLITIK UMNO, LAST-LAST
KENA JADI ESCORT LING LEONG SIK!!
[Tak mau komen lebih-lebih, cuma nak tulis kata, bukan saja kita tak paham, tapi kita
juga yakin rakyat marhain kat Perak pun tentu ada yang tak paham pasal apa boleh jadi
macam itu kat ex-MB depa]
Untuk yang tak tahu, Ramli Ngah Talib ada buat kenyataan dalam The Sun 11/12/99. Kata
dia:
"I thought I will get something else"
Tarjamahan: "saya ingat saya akan dapat jawatan lain"
KESIAN, KESIAN!!
Sebetulnya, saya lihat kabinet baru ini lebih merupakan satu gabungan Team A minus
Anwar, Sanusi dan Ghafar dengan Team B minus Kuli. Apasal tidaknya, lihat fakta di
bawah:
Tak beberapa lama sebelum Perhimpunan Agung UMNO 1987, penama-penama berikut dilihat
hadir dalam Perhimpunan Segamat-Gua Musang bertempat di Ulu Kelantan, iaitu apa yang
dikatakan sebagai satu gabungan Musa Hitam & Kuli untuk menentang Mahathir, yang
kemudiannya dicatitkan oleh sejarah sebagai Team B melawan Team A. Antara mereka yang
hadir dalam perhimpunan itu ialah Abdullah Badawi, Rais Yatim, Sharir Abd Samad,
Zainal Abidin Zin, Nazri Tan Sri Aziz, Syed Hamid Albar, dan Kadir Syeikh Fadzir;
sementara mereka yang masih setia dengan Mahathir ketika itu antaranya ialah DSAI, Mat
Rahmat, Sanusi, Rafidah, Daim dan Datuk Najib.
HA, TENGOKLAH BARISAN KABINET HARI INI; TIBA-TIBA SAJA YANG MELONJAK NAIK ADALAH
MEREKA-MEREKA YANG PERNAH HADIR DI ULU KELANTAN ITU SEDANGKAN TEAM A-ASAL, YG TINGGAL
TERKIAL-KIAL CUMA MAHATHIR, RAFIDAH DAN DAIM YANG DIAM!!
Sekarang mungkin kita paham kenapa Mahathir masih mahu mengekalkan Daim, dan macam
sengaja cuba mengenepikan Ku Li; dan kita juga faham kenapa tiba-tiba Najib macam
telah dirancang telah tertolak ke tepi, dan kita jadi lagi paham kenapa secara tak
disangka-sangka Datuk Zainal Abidin Zin yg sudah hampir berakhir career politiknya
itu, tiba-tiba dijadikan Timbalan Menteri dalam Negeri di bawah Datuk Seri Abdullah
Badawi!
SEMUANYA MACAM ADA UDANG DI SEBALIK BATU!!
Ringkasnya, walau pun segala puji-pujian dihamburkan kepada Barisan Kabinet Baru ini,
walau pun nampak gah di luar, tapi di dalam hanya Tuhan yang tahu. Walau pun tekaan
saya mungkin silap, tapi saya yakin kumpulan Team B sedang merancang sesuatu.
TIBA MASANYA, INSYAALLAH KU LI, ANAK RAJA DARI KELANTAN AKAN KEMBALI KE PERSADA
POLITIK NEGARA.
[Lagi pun, itulah satu-satunya harapan untuk UMNO kembali menawan Kelantan dan
Terengganu dalam pilihanraya akan datang.]
Kesian Mahathir, kabinet barunya ini tanpa diduga penuh dengan musang berbulu ayam.
Buat masa sekarang, menteri-menteri kabinet dari Team B ini mungkin memilih untuk
berdiam diri, tapi apabila tiba masanya nanti, jangan terkejut kalau mereka semua akan
berpadu suara disokong pula oleh Najib, Muhyideen dan Ramli Ngah Talib, ramai-ramai
berkata:
"UNDUR MAHATHIR UNDUR!!"
Masanya sudah hampir tiba...
Wassalam,
Pakdin
---------------------------------------------------
Get free personalized email at http://www.iname.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]