*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Nampaknya, perbincangan mengenai pembentukan kabinet baru ini mendapat liputan yang 
begitu meluas dalam diskusi-diskusi net ini. Semuanya nampak begitu serius, kerana itu 
kali ini saya nak minta tumpang mencelah, cuba nak ulas sikit dari sudut yang agak 
berbeza. Minta maaf kalau ada yang tak kena.

Okaylah, apa kata kalau kita sembang sikit pasal  Menteri-menteri  dalam kabinet alaf 
baru Dr Mahathir ini.

Rais Yatim: Hmm, tengok nama Rais Yatim, teringat saya kepada kisah Memali Memali; apa 
tidaknya, masa kerajaan BN siarkan videoa footage Memali sekitar 1985/86 dulu, yang 
jadi pengacara atau juru ulas siaran itu ialah Rais Yatim. Bukan main bersemangat dia 
mengulas, yg buat kita baranya bila ditunjukkan dalam video tu mayat al-syahid ustaz 
Ibrahim Libya berseluar pendek; nak tunjuk kata  Tok Guru apa macam ini pakai seluar 
pendek, sedangkan hakikat sebenarnya Ustaz Ibrahim cuma pakai seluar pendek  dalam 
kain sarungnya saja.

BUSUK HATI SUNGGUH MANUSIA-MANUSIA SEKULAR MACAM DEPA INI - BUKAN SAJA ORANG HIDUP, 
ORANG MATI YANG DAH JADI MAYAT PUN DEPA SANGGUP BUAT FITNAH!!

Pun begitu, kepada Datuk Rais, kita nak nasihatkan: since Datuk telah diberi peluang 
kedua dalam career politik Datuk, ada baiknya kalau sebagai langkah pertama, Datuk pi 
jumpa balu-balu dan anak-anak yatim Memali itu pi minta maaf. Ada baiknya juga kalau 
Datuk cuba ajak Musa Hitam pi sama. Kalau tak mau minta maaf pun, pi ajelah jumpa depa 
tanya khabar. Kalau Datuk nak tau, di musim-musim hujan la ni, depa terpaksa berikat 
perut. Apa tidaknya, balu-balu Memali ini boleh dikatakan kesemuanya, walau pun dah 
tua-tua dan sakit-sakit, tapi terpaksa bergagah juga turun menoreh. Antara yang masih 
menoreh ialah Ratna Che Lit (46), Zainab Salleh (42), Asma Ibrahim (49) dan Siti 
Aishah Ahmad (47). Kalau gamaknya Datuk rasa segan nak pi sorang-sorang, bolehlah kot 
ajak Datuk Sepie (bekas wakil rakyat UMNO di Baling) pi sama, tahun lepas saya dengar 
cerita Datuk Sepie pi jumpa keluarga Ustaz Ibrahim secara peribadi, pi tanya khabar .

Persoalannya: 

Mampukah Rais Yatim berbuat demikian, atau pun beliau terpaksa terus berjuang dalam 
politik negara dengan segala kenangan silam terus menghantui beliau dari belakang?

WALAU PUN DALAM BANYAK HAL, TERMASUK DALAM ISU POLITIK SEMASA, RAIS YATIM CUBA 
DITUNJUKKAN SEBAGAI BERSIKAP TERBUKA - TAPI KITA JANGAN LUPA, SUATU KETIKA DULU BELIAU 
PERNAH TERLIBAT DALAM PAKATAN FITNAH TERHADAP AL-SYAHID USTAZ IBRAHIM LIBYA!!

Nazri Tan Seri Aziz: Hmm, yang ini secara ikhlas saya nak tulis bahawa, dalam 
banyak-banyak yang tak berjenis dalam UMNO hari ini, beliau adalah yang paling saya 
respect dan hormati. Walau pun mungkin dari segi ideologi, beliau berbeza dengan kita 
dari PAS dan mungkin dari segi prinsip, beliau berbeza dengan bekas kawan-kawannya 
dalam BA, tapi secara peribadi saya melihat Nazri Tan Seri Aziz ikhlas dalam 
perjuangannya untuk menegakkan ketuanan Melayu.

Saya masih ingat, ada sekali dalam perjalanan hidup saya, saya pernah ditakdirkan 
berbual one to one dengan beliau. Dalam perbualan itu, saya kemukakan pertanyaan 
mengenai isu Melayu Cina, pasal apa kerajaan terlalu memberi muka kepada Cina dan 
lain-lain isu sensitif yang saya tak boleh tulis di sini  (saya akui saya ketika itu 
adalah Malay Ultranasionalist). Kata Nazri:

"Memang di luar orang tak tau, tapi dalam kabinet kita fight. Saya sendiri hari itu 
lawan debat sakan dengan sorang Menteri Cina yang komplen pasal ada sorang anak cina 
ada berkelulusan SPM/STPM sama seperti kawan baik budak itu berbangsa Melayu, tapi 
sebab dia cina, dia tak dapat masuk U sedangkan budak Melayu tu dapat. Saya kata kat 
dia, cerita you tu cuma satu dalam seribu, sedangkan kat kampung2 sana nu ramai lagi 
budak2 Melayu yanmg tak dapat masuk U sebab miskin dan tak mampu" - ini pasal quota 
lah ini. 

Itulah Nazri Tan Seri Aziz; kita harap di portfolio barunya sebagai Menteri 
Pembangunan Usahawan ini, beliau akan dapat berbuat sesuatu untuk membantu 
usahawan-usahawan Melayu tanpa mengambil kira latar belakang politik atau perjuangan. 
Kalau ditakdirkan beliau dah berubah sifatnya dah jadi macam Mahathir dan rakan-rakan, 
nanti sama-samalah kita gasak dia, sampai dia padam.

Saya puji Nazri ini pun bukan dapat apa pun, tapi dok ingat yang betul kena kata 
betul, saya tulis jugaklah.

OKAYLAH TU, SEKURANG-KURANGNYA OTAK BELIAU MASIH BERCHAP MELAYU, TAK MACAM OTAK 
KEBANYAKAN PUAK-PUAK INI YANG WALAU PUN NAMA MELAYU TAPI SUDAH DIBUBUH CHAP NAGA!!

Hamid Othman: Dok pikir-pikir sekali, awat lah Mahathir berkenan sangat dengan Tok Mid 
sorang ni?
Banyak lah kot sebabnya; satu mungin sebab PM nak habag kat orang2 Sik kata:

"Alah, hangpa ingat undi hangpa tu besaq sangat ka? Hangpa tendang Tok Mid pun tak apa 
aih, aku yang ada kuasa nak lantik dia, bukannya hangpa!!"

Atau pun mungkin sebab dia dok ingat, kalau tak ada Tok Mid, siapa pulak yang nak jadi 
penyambut tetamu kalau ditakdirkan ada Tok-Tok Arab nak mai buat lawatan rasmi ke 
Malaysia nanti.  Atau pun mungkin juga sebab ipar Mahathir, Datuk Razali mai pujuk 
mintak ambik balik Tok Mid sebab Tok Mid banyak tahu 'perjalanan'  Tabung Haji. Atau 
pun mungkin jugak sebab Mahathir memang betul-betul ikhlas nak ambik balik Tok Mid 
sebab dia tahu selain dari beliau (Mahathir), ramai lagi ahli kabinet yang tak boleh 
baca Quran tulisan jawi. Semuanya serba berkemungkinan, cuma satu saja yang pasti:

"KALAU DITAKDIRKAN TERKEJUT TERGEMPAR MAHATHIR 'PI DULU' DULU NANTI, KALAU TAK ADA 
ORANG NAK BACA TALKIN, INSYAALLAH TOK MID BOLEH JADI PENGGANTI!!"

Sammy Vellu: Aduih, tak tau pasal apa, telinga saya naik terpacak bila sebut nama 
Sammy Vellu ini. Bukannya apa, semalam (13/12/99), dalam perjalanan ke tempat kerja 
saya dengar berita radio, Sammy Vellu kata lebuhraya melalui Terengganu akan dikaji 
semula sebab kononnya kerajaan Terengganu nak hapuskan Tol. Yang kita tak puas hati 
tu, menyediakan kemudahan jalanraya yg sempurna adalah tugas kerajaan, apa pulak yg 
sangkut paut dengan tol ini. Kalau tak mau bina lebuhraya di Terengganu sebab majoriti 
org Terengganu pilih PAS, habag terus terang, kan senang!!

LEPAS TU, BOLEHLAH RAKYAT JELATA SELURUH TERENGGANU PAKAT RAMAI-RAMAI BOIKOT JANGAN 
BAYAR INCOME TAX, ROAD TAX, CUKAI JALAN DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA!!

[Ya lah, tak guna bayar income tax kalau kerajaan tak mau bagi pembangunan kat depa]

Sammy Vellu ini memang celupar kelas satu; tahun lepas dia jugak mulut celupar pi kata:
"Siapa-siapa yang tak mahu bayar itu tol, boleh lalu jalan lain!!"

Sikit, sikit tol, tarak kerja lain ka kementerian kerjaraya ini?

KERANA ITU, ADA BAIKNYA KALAU KEMENTERIAN KERJARAYA INI DITUKARKAN NAMANYA KEPADA 
KEMENTERIAN KERJARAYA DAN TOL!!

Suleiman Mohamed: Terkejut besar saya sebab Dr Sulaiman ini boleh menang dalam p/raya 
baru2 ini; dah tu dijadikan Timbalan Menteri Kesihatan pulak. Bukannya apa, kerajaan 
selalu dok kempen 'Don't Drink and Drive'. Tak taulah macamman Sulaiman Brandy nak 
bawa diri kalau ditakdirkan beliau dijemput merasmikan kempen 'Don't Drink and Drive' 
kat mana-mana hospital kerajaan nanti!!

Hishammuddin Tun Hussein: Menteri Belia dan Sukan
Tak pasti pulak pasal apa Hishamuddin diletakkan di sini, mungkin sebab PM nak tunjuk 
kat Mahfuz kata Hisham bukanlah kaum lembut atau pondan macam yang Mahfuz selalu 
katakan tu, dia jugak boleh bersukan!!

JANGAN TERKEJUT KALAU SETAHUN DUA INI, TIBA-TIBA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN 
MENGANJURKAN SUKAN ORANG-ORANG LEMBUT SEMALAYSIA!!

[Ini lawak aje nie]

Tan Sri Musa Mohamad: Hmm, yang ini, dah puas saya cungkil ceritanya dari orang-orang 
sebelah Penang; takat ni bersih. Banyak cerita-cerita bagus yang saya dengar pasal 
beliau; antara yang melekat di telinga ialah cerita seorang kawan berasal dari Penang. 
Kata dia:

"Musa ini seorang Patriotic Melayu - masa dia kat USM dulu, dia cukup ambik berat 
pasal budak2 Melayu hinggakan  USM waktu tu orang panggil 'Untuk Simpan Melayu'!"

Banyaklah cerita-cerita positif pasal Musa ini; yang negetif cuma satu saja, beliau 
dikatakan membawa diri keluar dari USM sebab ada orang dok spread rumours waktu tu 
kononya beliau menerima rasuah drpd kontraktor2 yg dapat kontrak buat bangunan2 kat 
USM. Betul ke tidak rumours itu, wallah hu aklam - dunia ini penuh dengan fitnah, saya 
tulis itu pun sekadar maklumat saja.

HARAP-HARAP DENGAN SEMANGAT PATRIOTIC MELAYU YG ADA DALAM DIRINYA INI, MUSA AKAN 
BERJAYA MEMBAWA ANAK-ANAK KITA CEMERLANG KE ALAF BARU.

Pun begitu, perlu juga saya tulis di sini, dalam interview dengan Mingguan Malaysia 
12/12/99, apabila ditanya bentuk penekanan yg perlu diberi dalam sistem pendidikan 
negara, Musa dipetik sebagai berkata:

"Sudah tentu ada fikiran-fikiran kritis tentang apa yang sedang berlaku dalam 
pendidikan negara kita, tetapi saya hanya melihatnya dari luar. Beberapa kemajuan yang 
telah berlaku amat menggalakkan terutama dalam pendidikan  "SWASTA" dan usaha negara 
menjadikan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Serantau amat penting dan patut dibanggakan"

LA, NAK KORPORATKAN UNIVERSITI KE NI???

2 x 5, 5 x 2 juga nampaknya kawan kita ini; kita dok harap dia akan berbuat sesuatu 
mengenai Akta Pendikan Negara, tiba2 awal bismillah dah cakap pasal pengwastaan!!

Aziz Samsuddin: Timbalan Menteri Pendidikan.

Saya tak nak komen apa-apa pasal dia, sebab kesian tengok dia kat muka depa akhbar 
hari itu; terpaksa naik kereta pengusung. Cumanya saya dok heran pasal apa PM pi pilih 
dia jadi Timbalan Menteri Pendidikan? Itu saja.

CUMA TERFIKIR, MUNGKIN PM PIKIR DENGAN PRESTASI KERJA AZIZ  "TEMPOH HARI", BELIAULAH 
SATU-SATUNYA CALON YANG PALING LAYAK UNTUK  'MERAMPAS' KEMBALI SEKOLAH2 AGAMA RAKYAT 
DARI TANGAN PEMBANGKANG!! 

Harap-harap PM tak fikir macam tu lah kot. Kesian si Aziz tu, tak pasal-pasal kena 
accident.

Walau pun begitu, walau pun aci boleh saya tak mau komen pasal Aziz Samsuddin, tapi 
sebab dah tulih nak kena tulih jugaklah. Bila saya tengok gambar Aziz Samsuddin buat 
pertama kalinya di muka depan akhbar tempatan tempoh hari; dengan bentuk muka dan 
badannya yg bulat itu, terus teringat saya kepada salah satu watak utama dalam cerita 
Enam Jahanam arahan allahyarham Tan Seri P.Ramlee...:-)

Tammat


---------------------------------------------------
Get free personalized email at http://www.iname.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke