*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
wa'alaikumussalam. perkara ini bukan baru. berlaku di mana-mana. ini adalah
salah satu dari wadah perjuangan umno (sekularisme) untuk membendung kebangkitan
Islam. percayalah yang akan mengkhianati Islam di bumi bertuah ini bukan orang
lain tetapi umno! musuh Islam amat mengerti senjata yang paling ampuh untuk
menentang Islam ialah "umat" Islam sendiri.... semoga kita dipelihara Allah dari
terjerumus ke dalam golongan yang sembahyang, puasa, zakat, naik haji tetapi
sia-sia amalan mereka (wal 'iyyazubillah). memisahkan agama dari kehidupan
(sekular) adalah sesat, tetapi berapa ramaikah di antara cerdik pandai/ulama'
yang menyokong kaedah ini? jangan terperanjat suatu hari nanti para artis akan
mengambilalih tempat para ulama'.... sudah berapa ramai di kalangan "umat" Islam
yang lebih rela kepada artis daripada ulama'? kita perlu berusaha agar jenerasi
masa depan kita tidak menerima ujian-ujian berat seperti saudara-saudara kita di
bosnia, kosovo dan chechenya (sekadar mengambil contoh abad ini). wallahu 'alam.
wassalam
Zainol Zainuddin wrote:
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamua'laikum,
> Saya terpanggil untuk menceritakan tentang apa yang telah berlaku di kariah
> ini. Untuk pengetahuan semua, masjid al-hidayah, melawati, telah mendapat
> liputan luas daripada utusan malaysia, pada tahun ini, dengan isu-isu
> khutbah "talibarut syaitan", "gereja lebih banyak dari masjid jika ke
> Melaka", dll.
>
> Pada sabtu lalu, pihak JAIS telah menamatkan khidmat nazir masjid, imam
> serta ustaz Yaakub sebagai AJK masjid.
>
> Saya, sebagai seorang jemaah masjid, amat kesal, dimana tindakan JAIS kepada
> nazir serta rakan2 beliau. Nazir Masjid Al-hidayah, bagi saya, sumbangan
> beliau amat berharga. Dari sebuah surau, kemudian dinaik taraf ke masjid.
> Masjid ini pula dipenuhi oleh majlis ilmu hampir setiap malam. Ustaz Sofian
> dengan kelas tafsir, ustaz Zul Muda, dengan mutiara hadis, ustaz Sarip Adul,
> dengan kelas sirah, ustaz Aznan degan kelas tasauf, hingga kepada Tok Kadhi
> Gombak pun ada, Ustaz Mat Jais Kamus (Fekah). Bagi Jemaah macam saya, yang
> cuma selalu sempat berjamaah Magrib serta Isya' amat happy dengan keadaan
> ni. Dapat jugak menambah ilmu akhirat setelah penat bekerja di siang hari.
>
> As of now, masjid ni tak ada nazir, until such time. Nak tengok orang-orang
> ni berpolitik, tak jugak . Masa time panas dulu tak de pulak dia orang pergi
> berceramah atau nampak dia orang dengar ceramah. Lain le macam salah seorang
> yang tak dipecat, sampai duduk bersama-sama Umi Hafilda dan ada memberi
> ceramah sedikit sebelum Dato' Fuad, Khairuddin and Ummi berceloteh.
>
> Macam ni susah le, sikit sikit nak politik. Pihak JAIS yang ada di HIZBI,
> alamat e-mail saya ada, pls get the right picture. Jangan dok baca akhbar
> yang complain semua dari jemaah mingguan aje. (Jumaat)
>
> Wassalam.
>
> ______________________________________________________
> Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Zainol Zainuddin" <[EMAIL PROTECTED]>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Ahmad Chukari <[EMAIL PROTECTED]>