*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ A,kum, Di bawah saya forwardkan artikel sdr [EMAIL PROTECTED] yang minta saya poskan ke hizbi. Wassalam. >From: "ZAINI AZIZI, FINANCE" <[EMAIL PROTECTED]> >To: 'mawar berduri' <[EMAIL PROTECTED]> >Subject: TOLONG POSTKAN KE HIZBI >Date: Tue, 14 Dec 1999 10:47:03 +0800 > >Assalamualaikum, > >alhamdulillah kerana kita dapat bertemu kembali dengan bulan Ramadan >al-Mubarak 1420 Hijrah dan hari ini ialah hari keenam kita berpuasa. Hari >Jumaat lepas bersamaan 10hb Disember 1999, khutbah Jumaat di Masjid Subang >Airport telah disampaikan oleh Ustaz Shobri Arshad. Pengajaran/nasihat dari >khutbah tersebut ingin saya kongsi bersama sahabat-sahabat. > >Khutbah dimulakan dengan Khatib berpesan kepada diri khatib sendiri dan >kepada semua makmum/jemaah agar bertaqwalah kepada Allah dengan >sebenar-benar taqwa. > >Seterusnya khatib membaca surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud, >"Wahai orang-orang yang beriman! >Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang >dahulu >daripada kamu, supaya kamu bertakwa." > >Sesungguhnya Allah mulakan ayat tersebut dengan menyeru kepada orang-orang >yang beriman kerana hanya orang yang beriman sahaja yang mahu mendengar >seruan Allah. Jelas disini sekiranya seseorang itu tidak mahu menunaikan >syariat islam yang diwajibkan oleh Allah maka mereka ini bukan termasuk >dalam golongan orang-orang yang beriman. (Bagaimana kewajiban "hudud" dalam >islam??) > >Kemudian Allah mewajibkan ibadah puasa kepada semua orang yang beriman >sebagaimana orang-orang yang terdahulu. Jelas menunjukkan bahawa puasa >adalah suatu ibadah yang amat mulia dan telah dilaksanakan oleh rasul, nabi >dan orang-orang yang beriman sebelum umat nabi Muhammad s.a.w. > >Akhir sekali Allah jelaskan tujuan puasa diwajibkan atas orang-orang yang >beriman. Sekiranya seseorang yang beriman menunaikan ibadah puasa dengan >sempurna, insyallah, mereka akan menjadi orang yang bertaqwa/taat kepada >Allah. > >Sesungguhnya bulan Ramadan ini adalah umpama sebuah >sekolah/kolej/institusi/universiti untuk mendidik kita. Oleh itu hendaklah >kita keluar dari "universiti" ini pada 1 syawal dengan memegang segulung >ijazah yang bernama "TAQWA" agar kita benar benar mendapat manafaat darinya >sebagaimana yang di firman oleh Allah dalam Surah A-Baqarah ayat 183. >Janganlah apabila habis sahaja bulan Ramadan ini, kita meninggalkannya >tanpa >mendapat apa-apa kebaikan atau penambahan ketaqwaan dalam diri kita, kerana >pada saat itu kita akan termasuk dalam golongan orang orang yang rugi. > >Sempena bulan Ramadan ini kita sebagai umat islam jangan sekali-kali lupa >kepada peristiwa yang berlaku pada 17 Ramadan, dimana berlakunya peperangan >Badar al-Kubra. Bagaimana umat islam terpaksa berperang dalam keadaan lapar >dan dahaga semata-mata kerana mempertahankan islam. >Alhamdulilah para sahabat-sahabat berjaya melaluinya dengan kecemerlangan >semata-mata dengan bekalan keimanan & ketaqwaan. >Persoalannya, mampu ke umat islam pada saat ini yang berlapar-dahaga dan >merasai kepanasan matahari mencari kecemerlangan dalam menunaikan ibadah >puasa dengan penuh keimanan & ketaqwaan. > >Abu Dzar salah seorang sahabat-sahabat besar Rasulullah pernah berkata >kepada Rasullulah, >"Wahai Rasulullah, aku suka kepada tiga perkara, aku suka kepada LAPAR, aku >suka kepada SAKIT dan aku suka kepada MATI". > >Rasulullah bertanya; "Wahai Abu Dzar kenapa kau suka kepada perkara perkara >yang amat di benci oleh kebanyakan manusia?" > >Insyallah akan di sambung.. > >Wallahualam.. > ______________________________________________________ Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]>