*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



 SEREMBAN, 16 Dis (Bernama) -- Pergerakan Pemuda Umno Bahagian
 Seremban hari ini mengadakan mesyuarat tergempar dan membuat empat
 keputusan termasuk menyokong penuh kepimpinan Ketua Umno Bahagian
 itu Datuk Ishak Ismail.

 Ketua Pemuda Umno bahagian Othman Mohamad membacakan keputusan
 mesyuarat itu pada persidangan berita selepas mesyuarat berkenaan di
 pejabat Umno Bahagian Seremban di sini lewat petang ini. Kenyataan itu
 ditandatangani beliau.

 Tiga lagi keputusan mesyuarat itu ialah menyatakan kesal terhadap cara
 Menteri Besar Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad memilih calon-calon
 pilihan raya yang lepas yang tidak mengambilkira pandangan Umno
 Bahagian, kesal dengan pemilihan anggota exco kerajaan negeri dan
 tersinggung dengan kenyataan akhbar Mohamed Isa yang memperkecilkan
 kewibawaan Ketua Umno Bahagian Seremban.

 Beliau berkata mesyuarat itu telah membincangkan isu yang melibatkan
 pemilihan calon pilihan raya lepas, pemilihan anggota exco kerajaan negeri,
 isu tindakan keluar istana oleh Ishak semasa istiadat penyerahan watikah
 Menteri Besar dan mengangkat sumpah jawatan exco kerajaan negeri Isnin
 lepas, kenyataan akhbar Mohamed Isa terhadap Ishak, dan mengkaji laporan
 akhbar hari bahawa Pejabat Peguam Negara mengesahkan Badan
 Pencegah Rasuah (BPR) akan mengemukakan dua lagi tuduhan rasuah
 terhadap anggota exco Datuk Waad Mansor.

 Ketika istiadat penyerahan watikah Menteri Besar dan mengangkat sumpah
 jawatan exco negeri di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Isnin lepas,
 Ishak yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng
 membantah pelantikan semula Waad sebagai exco dengan bertindak keluar
 daripada istiadat itu sebaik nama Waad diumum mengangkat sumpah.

 Othman berkata beliau memang mengetahui bahawa pelantikan exco
 merupakan hak mutlak Menteri Besar, tetapi menurutnya Pemuda Umno
 Bahagian itu berhak mengemukakan pandangan.

 -- BERNAMA



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke