*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Exco Terengganu isytihar harta kepada umum
Ng Boon Hooi

2pm, JUM: Semua anggota majlis mesyuarat kerajaan
(exco) Terengganu diwajibkan mengisytiharkan harta
masing-masing kepada orang ramai dan bukannya kepada
menteri besar sahaja seperti lazim diamalkan oleh
negeri-negeri di bawah kerajaan Barisan Nasional. 

Menteri Besar Terengganu, Abdul Hadi Awang, dalam satu
kenyataan kepada malaysiakini tengah hari ini
memberitahu peraturan berhubung hal itu akan
dikuatkuasa tidak lama lagi. Langkah mengumumkan harta
exco kepada orang ramai merupakan usaha yang tidak
pernah diamalkan walaupun di peringkat kerajaan
persekutuan. Di peringkat kabinet persekutuan, semua
menteri mengisytiharkan harta masing-masing kepada
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. 

Menurut Hadi lagi, memandangkan kerajaan negeri masih
di peringkat penyusunan semula pentadbiran, tarikh
akhir bagi setiap exco berbuat demikian belum
ditetapkan lagi. 

"Proses untuk mengisytiharkan harta juga akan turut
dikaji," katanya. 

Selain langkah terbaru itu, Hadi turut menjelaskan
bahawa kerajaan pimpinannya akan mewujudkan
jawatankuasa hisbah – peranannya sama dengan
jawatankuasa penilaian (ombudsman) yang biasa
diamalkan di negara-negara Barat – bagi menerima
aduan-aduan orang ramai berhubung salah laku
pegawai-pegawai kerajaan. Beliau berkata, bekas Ketua
Hakim Negara Tun Salleh Abbas telah dilantik untuk
mengetuai jawatankuasa itu. 

"Jawatankuasa itu akan bertindak berdasarkan
aduan-aduan dari orang ramai berhubung amalan salah
guna kuasa wakil-wakil rakyat dan pegawai-pegawai
kerajaan," jelasnya. "Aduan itu termasuklah terhadap
menteri besar sendiri." 

Ditanya apakah langkah ini boleh disifatkan terulung
di negara ini, Hadi menjelaskan bahawa Badan Pencegah
Rasuah sepatutnya bertindak sedemikian tetapi BPR
tidak berkesan di bawah pengaruh Perdana Menteri
sekarang. 

"BPR tidak bebas daripada pengaruh campur tangan orang
politik," tegasnya. 

Presiden Ketelusan Antarabangsa Malaysia, Tunku Abdul
Aziz, berkata sistem hisbah yang diperkenalkan oleh
kerajaan PAS itu merupakan langkah yang bijak dan
sepatutnya diikuti oleh kerajaan-kerajaan negeri yang
lain. 

"Tahniah kepada Terengganu kerana pertama kali
memperkenalkan langkah itu. Pejabat hisbah sewajarnya
menjadi satu unit penting pentadbiran kerajaan,
khususnya di peringkat persekutuan," jelasnya. 

Menurut Abdul Aziz, organisasi pimpinannya yang selama
ini berusaha menentang korupsi telah beberapa kali
menggesa kerajaan persekutuan agar melaksanakan
langkah mengumumkan harta anggota-anggota kabinet
kepada rakyat. 

"Anggota-anggota kabinet sepatutnya mengisytiharkan
harta mereka kepada sebuah jawatankuasa bebas di
peringkat Parlimen. Tidak sesuai mengisytiharkan harta
kepada Perdana Menteri sahaja. Perdana Menteri hendak
isytiharkan harta kepada siapa pula?" tanyanya. 

Sementara itu, Pengerusi DAP Lim Kit Siang berkata
Perdana Menteri harus mempelajari isyarat dari
kerajaan Terengganu. 

Beliau menjelaskan, beberapa idea yang Mahathir boleh
pelajari termasuklah mensyaratkan semua menteri
kabinet mengumumkan harta masing-masing kepada orang
ramai dan menubuhkan jawatankuasa hisbah di peringkat
kebangsaan atau melantik suruhanjaya di peringkat
parlimen yang dapat menerima dan menyiasat aduan-aduan
awam berhubung penyelewengan pentadbiran, salah guna
kuasa, dan rasuah dalam perkhidmatan awam. 

Rabu lalu, pemimpin-pemimpin utama DAP mengadakan
pertemuan selama dua jam dengan Hadi Awang dan
anggota-anggota exco kanan di Kuala Terengganu bagi
membincangkan beberapa isu tempatan dan nasional. Satu
daripada isu itu membabitkan pembinaan tempat-tempat
ibadat kaum bukan Islam. 

"Permohonan-permohonan Persatuan Buddha Kuala
Terengganu, Gereja Katolik Kuala Terengganu dan Gereja
Prebysterian Terengganu untuk membaiki dan membina
bangunan baru akan diberikan pertimbangan positif dari
Menteri Besar," jelas Kit Siang. 

Permohonan-permohonan ini pernah diserahkan kepada
kerajaan Barisan Nasional yang lalu tetapi tidak ada
sebarang kelulusan diberikan. Hadi menjelaskan beliau
belum menerima permohonan-permohonan tersebut tetapi
menegaskan akan memberikan pertimbangan secukupnya
apabila ia diterima. 

Menurut Kit Siang, menteri besar itu turut berjanji
akan mempertimbangkan cadangan dari DAP agar
Terengganu menjadi kerajaan negeri pertama yang
menyediakan bantuan kepada sekolah-sekolah rendah
Cina. 

Terengganu exco to publicly declare assets
Ng Boon Hooi

2pm, FRI: All members of the Terengganu PAS-controlled
state exco must declare their assets to the public and
not exclusively to the menteri besar as in the case
with other Barisan Nasional-led state governments.

Terengganu Menteri Besar Abdul Hadi Awang told
malaysiakini this afternoon that the state government
would enforce the new rule soon. The move to declare
state councillors’ assets to the public will also be a
marked departure from the current practice in the
federal government where Cabinet ministers declared
their assets only to Prime Minister Mahathir Mohamad.

Hadi Awang added that given the state government was
still busy with the process of restructuring its
administration, the deadline for exco members to
declare their assets had not been determined yet.

"The process in which the assets are declared is also
being examined," he said.

In addition, Hadi Awang said his state government
would establish a hisbah portfolio - a post similar to
that of an ombudsman - to receive public complaints on
wrongdoings by government officials. He said that
former Lord President Tun Salleh Abas had been
appointed to head the portfolio.

"The portfolio will act on complaints from the public
regarding the abuse of power of wakil rakyat (state
assemblymen) and other government officials," he said.
"This include the menteri besar."

Asked whether this would be the first ombudsman-style
system to be implemented in the country, Hadi Awang
said that the Anti-Corruption Agency was meant to play
that same role but it had been ineffective under the
current Prime Minister.

"The ACA is not independent and free from political
intervention," he stressed.

Transparency International Malaysia president Tunku
Abdul Aziz said the hisbah system was an excellent
idea and should be followed by all state governments.

"I congratulate them for being the first. The office
of ombudsmen should be a feature of every government
administration, particularly at the federal level," he
explained.

He added that his organisation, which campaigns
against corruption, had been urging the federal
government to openly declare the assets of all Cabinet
members.

"It is important to declare their assets to an
independent parliamentary committee. It is not good to
declare to the prime minister only. Who does prime
minister declare his assets to?" he asked.

Meanwhile, DAP chairman Lim Kit Siang said the Prime
Minister should take his cue from the new government
in Terengganu. 

He said some ideas that Mahathir could adopt include
the requirement for all Cabinet ministers to publicly
declare their assets and the establishment of a
national ombudsman or a parliamentary commissioner to
receive and investigate public complaints about
maladministration, abuses of power and other
malpractices in the public service.


On Wednesday, DAP leaders had a two-hour meeting with
Hadi Awang and other senior state exco members in
Kuala Terengganu to discuss a number of local and
national issues. One of them involved the construction
of non-Muslims’ places of worship.

"The applications by the Kuala Terengganu Buddhist
Association, Kuala Terengganu Catholic Church and the
Terengganu Prebysterian Church for renovation or
construction of new buildings would be given positive
consideration by Hadi Awang," said Lim.

The applications were submitted to the previous state
government but no approval had been given. Hadi said
that he had not received the applications but he would
give them positive consideration when the requests
come before him.

According to Lim, Hadi Awang also promised that he
would consider the proposal from DAP for Terengganu to
be the first state government to support Chinese
primary schools with a fixed and regular grant.


--------------------------------------------------------------------------------



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Comb attt <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke