Isa Samad Menunggu Hari Untuk Tumbang

"Kan den dah kobar, tak lamo Waad botahan..." seru seorang sumber MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020, berikutan perletakan jawatan YB Datuk Waad Mansor daripada jawatan Exco Kerajasan Negeri.

Akibat tindakan ADUN Lenggeng Datuk Ishak Ismail dan seruan bertalu-talu daripada ramai lagi pimpinan UMNO Negeri Sembilan, akhirnya Waad kecundang.

Turut mendesak agar Waad digugurkan ialah bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Abu Zahar Datuk Andika Ujang dan Ahli Parlimen Kuala Pilah sekarang iaitu Datuk Napsiah Omar.

Waad, budak peliharaan Isa yang turut bertanggungjawab menyembunyikan wang rasuah berpuluh juta ringgit bagi pihak Menteri Besar itu akhirnya terpaksa juga meletak jawatan.

Namun, pihak kami difahamkan Isa masih belum serik dan bercadang melantik semula Waad ke jawatan Exco jika dia dapat meyakinkan Mahkamah Tinggi untuk melepaskan Waad atas tuduhan rasuah.

Isa tahu jika Waad sabit kesalahan, Isa juga tidak akan dapat lama bertahan sebagai Menteri Besar kerana kes rasuah Waad turut melibatkan dirinya. Waad adalah proksi untuk Isa dalam sebuah syarikat yang turut mengandungi isteri Isa, Puan Seri Hazizah Tumin dan anak sulungnya, Najib Isa sebagai ahli lembaga pengarah.

Ramai pimpinan UMNO Negeri Sembilan sedang menunggu masa untuk menjatuhkan Isa, tambahan lagi mereka disokong oleh Yang di-Pertuan Besar dan Undang Yang Empat.

Turut berdendam ialah Datuk Napsiah yang pernah dijanjikan oleh MAHAFIRAUN jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan, tetapi dibohongi dan kini menganggur tanpa jawatan walaupun menjadi Naib Ketua Wanita UMNO.

Antara kumpulan yang menaruh dendam termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Rais Yatim (bekas Menteri Besar Negeri Sembilan), Bendahari UMNO Tampin Datuk Mokhtar Hashim (bekas Menteri Belia dan Sukan) dan Datuk Dermataksiah Abdul Jalil (bekas ADUN Ampangan).

Sama-samalah kita lihat percakaran UMNo Neger

Kirim email ke