*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wa'alaikumussalam.

Nampaknya masih ramai yang tidak faham isu "kulit mahakhinzir" nih. Saya 
nasihatkan perkara ini jangan dikaitkan sangat dengan jenama produk, tetapi 
sebaliknya sahabat-sahabat Muslimin dan Muslimat harus tahu caranya untuk 
mengenalpasti kulit al-bab.

Kemungkinan besarnya, kasut-kasut yang berharga RM200 ke atas ada 
menggunakan kulit al-bab. Namun, jangan pula terlalu berkeyakinan bahawa 
semua kasut berharga bawah RM200 tidak menggunakan kulit al-bab.

Biasanya, bukan keseluruhan kasut (atau produk kulit lain) terbabit 
diperbuat daripada kulit al-bab. Hanya bahagian-bahagian tertentu produk 
tersebut sahaja yang menggunakan kulit al-bab. Bahagian yang biasa 
menggunakan kulit al-bab adalah bahagian dalaman produk terbabit. Misalnya, 
bahagian dalam kasut dan beg. Begitu juga tali pinggang. Kekadang tapak 
kasut pun ada yang menggunakan kulit al-bab. Ini tidak kira jenama, samada 
produk berjenama atau tidak berjenama.

Malah terdapat juga sarung pisau yang diperbuat daripada kulit menggunakan 
kulit al-bab. Semasa zaman sekolah dahulu, saya dapati pisau yang dibekalkan 
kepada pengangkap adalah menggunakan kulit al-bab.

Selain daripada itu, berhati-hati juga dengan topi kulit. Terdapat juga topi 
jenis "baseball cap" yang menggunakan kulit al-bab. Pendek kata, bila-bila 
masa sahaja anda terserempak dengan produk yang menggunakan kulit di 
mana-mana bahagian, maka berhati-hatilah.

Jadi, sebaik-baiknya kita belajar untuk mengenali kulit al-bab nih. Kulit 
al-bab agak mudah dikenalpasti melalui kehadiran lubang roma kulit yang 
berkelompak tiga-titik.

Sebenarnya, isu kulit al-bab ini adalah ceria lama. Entah mengapa, 
masyarakat kita kurang prihatin, kecuali segelintir sahaja. Pada pendapat 
saya, adalah wajar bagi Kementerian Perdagangan untuk membuat suatu tindakan 
supaya produk-produk yang menggunakan kulit al-bab diasingkan dan dilabelkan 
dengan jelas sebagai "Non-Halal".

Isu produk "mahakhinzir" ni bukan terhad kepada kulit sahaja, tetapi juga 
bulu al-bab. Berwaspadalah juga dengan produk menggunakan bulu. Bulu al-bab 
biasa digunakan untuk berus melukis. Biasanya berus melukis yang menggunakan 
bulu putih tu adalah diperbuat daripada bulu al-bab. Berus gigi atau apa-apa 
berus lain yang bertandakan "Pure Bristle" ada kemungkinan menggunakan bulu 
al-bab.

Tidak kurang pula kehadiran lemak al-bab didalam produk-produk kegunaan 
harian tertentu. Sabun mandi misalnya, banyak yang berjenama import ada 
menggunakan lemaknya. Ubat gigi daripada barat pun ada menggunakanya. 
Sepanjang ingatan saya ketika belajar di USA dalam tahun 80an dulu, produk 
Amway rata-rata boleh dikatakan menggunakan bahan-bahan "mahakhinzir". 
Tetapi hairan pula, di Malaysia nih dapat sambutan tanpa was-was.

Dalam perubatan pula, sarung ubat kapsul biasannya diperbuat daripada 
gelatin. Para pengguna Muslim patut peka mengenai gelatin jenis apa yang 
digunakan untuk sarung kapsul ini. Dan juga, ubat Insulin untuk pengidap 
Kencing Manis biasanya diperbuat daripada enzim organ al-bab. Malah 
dikatakan, Insulin yang diperbuat daripada organ al-bab ini adalah ubat 
Insulin terbaik berbanding dengan Insulin yang diperbuat daripada haiwan 
lain. Kalau diperhatikan botol Insulin yang dberikan kepada pesakit Kencing 
Manis, biasa doktor akan menghitamkan sebahagian label botol tersebut. Ini 
adalah untuk mengelakkan daripada pesakit Islam mengetahui jenis Insulin 
yang diberi itu.

Kemudian, ada pula isu produk yang menggunakan tulang al-bab. Terdapat 
pinggan-mangkuk yang diperbuat daripada bahan ini. Jadi, nak dikirakan 
"mahakhinzir" nih agak 'multi-purpose' jugaklah. Mungkin, ini amat 
bersesuaian dengan zaman serba "maha". Pandai-pandailah kita menyelamatkan 
diri daripada produk "mahakhinzir" ni.

Sekian, diharapkan dengan penjelasan serba ringkas ini dapat memberi lebih 
kefahaman kepada anda.



----------------------------------------------
>From: "mohd rizal" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* hush puppies -kemusykilan
>Date: Sun, 19 Dec 1999 22:47:25 PST
>
>
>Assalamualaikum w.b.t
>
>Rakan-rakan hizbi...
>
>Saya terdapat satu kemusykilan...berkenaan kasut berjenama Hush Puppies..
>
>Saya telah membeli sepasang kasut berkenaan 2 hari yang lalu...
>Dan pada hari ini...ada orang menyatakan bahawa kasut berkenaan dibuat
>menggunakan kulit babi.
>
>Saya ingin mendapatkan kepastian dari rakan-rakan sekelian mengenai hal
>ini...
>Jika benar ianya dibuat dari kulit yang non-halal...Tolong beritahu saya
>sumber maklumat tersebut di ambil...
>
>Terika kasih...wassalam
>______________________________________________________

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke