Assalamualaikum warahmatullah,

Masalah nisab zakat pendapatan dapat dirujuk kepada beberapa kitab terutamanya tulisan Yusuf Al-Qardhawi dalam kitabnya Fiqhuz Zakah.

Zakat satu-satunya rukun Islam yang banyak menggunakan kaedah qiyas. Cuma yang berbeza di antara mazhab, ada yang meluas ada uang menggunakan dengan cara yang sempit melalui satu 'illat(sebab) yang tertentu sahaja.

Contoh qiyas berdasarkan satu 'illat ialah seperti harta pendapatan dalam bentuk matawang yang hanya dikenakan zakat sama dengan zakat emas dan perak dari syarat hawl dan kadar-kadar nisab dan bayarannya, kerana berdasarkan 'illat uang sama, iaitu pendapatan itu dalam bentuk matawang, tanpa mengambil kira dengan cara kemasukkannya iaitu pendapatan melalui pekerjaan atau perusahaan bebas seperti hasil pertanian. Syeikh Al-Ghazali dan Al-Qardhawi berpendapat bahawa zakat pendapatan pekerjaan adalah tunduk kepada zakat yang sama dengan zakat pertanian iaitu tanpa syarat hawl  dan kadarnya ialah 5% hingga 10% bergantung kepada kepayahan pekerjaan tersebut. Manakala pandangan lain pula menyamakan zakat pendapatan bebas itu dengan matawang tetapi tidak sepenuhnya bahkan dari segi kadar bayaran sahaja iaitu 2.5% tanpa syarat hawl apabila cukup nisab yang sama dengan nisab iaitu nilai 85 gram.

Pekerjaan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu sekumpulan yang tidak berkaitan dengan kerajaan seperti kedoktoran, jurutera, peguam, tukang jahit, tukang kayu dan lain-lain pekerjaan swasta. Sekumpulan lagi ialah pekerjaan yang berkaitan dengan kerajaan seperti institusi-institusi dan syarikat-syarikat sama ada yang umum atau yang khusus di mana pegawainya diberi gaji bulanan. Gaji yang diperolehi oleh orang yang makan gaji dengan kerajaan ataupun dari swasta disebut oleh ahli fiqh sebagai "al-Mal al-Mustafad" (harta perolehan)--Sila rujuk Fiqhuz Zakat karangan Yusuf Al-Qardhawi (boleh didapati di pasaran malaysia).

Ditetapkan dalam mazhab empat bahawa "al-Mal al-Mustafad" tidak dikenakan zakat sehinggalah ia mencukupi nisab dan genap hawl. Ulama' selain mazhab Syafi'i mengatakan seluruh harta yang disimpan hendaklah dikeluarkan zakat jika cukup nisab walaupun pada saat akhir sebelum habis hawl.

Sebagai kesimpulan, dapat dikatakan bahawa zakat al-Mal al-Mustafad ialah wajib sebaik sahaja diterima walaupun tidak genap hawl. Ini berpandukan pendapat sebahagian sahabat (Ibn 'Abbas, Ibn Mas'ud dan Mu'awiyah), pendapat sebahagian tabi'in (al-Zuhriy, al-Hasan al-Basri dan Makhul), pendapat Umar bin 'Abdul Aziz, pendapat al-Baqie, al-Sadiq dan al-Nasir serta pendapat Daud al-Zahiriy. Kadar wajib ialah 2.5% iaitu berdasarkan nas yang mewajibkan zakat wang iaitu 2.5% (rubu' al-'Usyur), tidak kira sama ada genap hawl atau tidak. Apabila gaji atau al-Mal al-Mustafad itu telah dikeluarkan zakat pada hari penerimaannya maka ia tidak dikeluarkan sekali lagi ketika tamat hawl.

Maka dengan itu samalah antara orang yang makan gaji atau orang yang memperolehi pendapatan daripada kerja bebas dengan para petani yang wajib mengeluarkan zakat tanaman sebaik sahaja menuai.

Masalah: Kepada siapa yang harus diagihkan wang zakat?
Ini merujuk kepada rukun zakat. Jumhur ulamak berpendapat bahawa rukun zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang mencukupi nisab dengan menamatkan kuasa pemilik ke atasnya dan memberi milik kpeada orang miskin(fakir) serta menyerahkan kepadanya ataupun diserahkan kepada orang yang mewakili pemerintah ataupun pengutip zakat (al-jabi').

Dalil yang mengatakan zakat disalurkan kepada pemerintah/wakilnya:
Firman Allah:
...Dan amil-amil yang yang menguruskannya (Surah At-Taubah: ayat 60)

Diperkuatkan lagi dengan ayat berikut:
Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat)...(Surah At-Taubah: ayat 103)

Dalil yang mengharuskan zakat disalurkan terus kepada orang yang berhak:
FirmanNya:
Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta). (Surah Az-Dzariyat: ayat 19)

Berdasarkan dalil-dalil tadi, ulamak menggariskan secara terperinci bagaiman pengagihan zakat:
1. Jika harta zakat itu tersembunyi (batin) seperti emas, perak atau harta perniagaan dll, maka harus pemiliknya mengagihkannya sendiri ataupun memberikan kepada pemerintah.
2. Jika harta zakat itu harta yang zahir seperti binatang ternak, tanaman, dll, maka menurut kes ini menurut fuqaha hanafi dan maliki wajib diserahkan kepada pemerintah. Jika tuan harta mengagihkannya sendiri, maka apa yang dikeluarkan itu tidak dikira. Imam As-Syafi'ie dalam qaul jadidnya mengatakan "pengeluar zakat boleh mengagihkannya harta  zakat yang  zahir sama seperti harta zakat yang batin." (Al-Muhazzab)

Istilah:
~Hawl bermaksud 12 bulan dalam bab zakat, ini merupakan ijmak ulamak. Hawl adalah satu syarat seseorang yang mampu mengeluarkan zakat dari harta bendanya yang sudah sampai satu nisab.
~Nisab pula membawa maksud batas ukuran atau timbangan atau bilangan harta benda/perdagangan yang wajib dikenakan zakat.

Rujukan:
Fiqhuz Zakat , Syeikh Yusuf Al-Qardhawi
Al-Fiqh Islami wal Adillatuhu, Dr. Wahbah Zuhaili
Zakat: bbrp masalah semasa dan penyelesaianya, Prof. Madya Dr. Abdullah Ibrahim

Wallahua'alam.

Faqir Fillah wrote:

 

Saya nak menyampok bukannya tentang kadar nisab, tapi hal lain - mintak maaf
ye. Dicadangkan sahabat2 yang saya kasihi, kalau nak keluarkan whatever
zakat, lebih baik pi bayar kat Baitul Mal Kelantan ke, Terengganu ke, atau
mana2 pihak yang secara langsung patut menerimanya spt anak yatim,fakir
miskin, madrasah2 Ilmu dsb.

Saya khuatir, kalau pi kat Pejabat Zakat Negeri, depa pi labur kat projek2
kroni sedangkan maslahah Umum tak terbela.

Contohnya, bertapa MERANAnya jawatankuasa sekolah agama kutip derma rumah ke
rumah dan begitu juga bila nak buat Masjid/Madrasah - riuh cari sponsor
sedangkan bantuan yang mudah bukankah sepatutnya datang drp PEJABAT ZAKAT
NEGERI ???

Wassalam

>From: Mohd Sabri Mohd Noor <[EMAIL PROTECTED]>
>To: "'[EMAIL PROTECTED]'" <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* kadar nisab zakat pendapatan.
>Date: Tue, 21 Dec 1999 09:13:54 +0800
>ada sesiapa yang tahu  kadar nisab zakat pendapatan & harta bagi selangor &
>WP untuk tahun ini..
>
>Wa ilal Liqo'

>Pengirim: Mohd Sabri Mohd Noor <[EMAIL PROTECTED]>
 

Pengirim: "Faqir Fillah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke