*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

salam,

kesimpulannya syaikh Ghazali, syaikh QArdhawi berpendapat bahwa gaji (yg cukup
nisab) perlu di zakat secara bulanan (5%)walaupun belum cukup hawl (cukup
setahun)akan tetapi syaikh2 lain tidak berpendapat begitu.

Imam mazhab yg 4 pun tak pernah menfatwakan begitu sedangkan pada zaman mrk
sudah wujud makan gaji.

Terpulanglah mana nak ikut...

Kalau nak bayar zakat bulananpun, pastikan tuan2 tidak membayarnya pada k'jaan
sekular.

Allahu a'lam



"Dr. Tanpa Nama 98" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Assalamualaikum warahmatullah,
> 
> Masalah nisab zakat pendapatan dapat dirujuk kepada beberapa kitab
terutamanya
> tulisan Yusuf Al-Qardhawi dalam kitabnya Fiqhuz Zakah.
> 
> Zakat satu-satunya rukun Islam yang banyak menggunakan kaedah qiyas. Cuma
yang
> berbeza di antara mazhab, ada yang meluas ada uang menggunakan dengan cara
yang
> sempit melalui satu 'illat(sebab) yang tertentu sahaja.
> 
> Contoh qiyas berdasarkan satu 'illat ialah seperti harta pendapatan dalam
bentuk
> matawang yang hanya dikenakan zakat sama dengan zakat emas dan perak dari
syarat
> hawl dan kadar-kadar nisab dan bayarannya, kerana berdasarkan 'illat uang
sama,
> iaitu pendapatan itu dalam bentuk matawang, tanpa mengambil kira dengan
cara
> kemasukkannya iaitu pendapatan melalui pekerjaan atau perusahaan bebas
seperti
> hasil pertanian. Syeikh Al-Ghazali dan Al-Qardhawi berpendapat bahawa zakat
> pendapatan pekerjaan adalah tunduk kepada zakat yang sama dengan zakat
pertanian
> iaitu tanpa syarat hawl  dan kadarnya ialah 5% hingga 10% bergantung kepada
> kepayahan pekerjaan tersebut. Manakala pandangan lain pula menyamakan zakat
> pendapatan bebas itu dengan matawang tetapi tidak sepenuhnya bahkan dari
segi
> kadar bayaran sahaja iaitu 2.5% tanpa syarat hawl apabila cukup nisab yang
sama
> dengan nisab iaitu nilai 85 gram.
> 
> Pekerjaan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu sekumpulan yang tidak
berkaitan
> dengan kerajaan seperti kedoktoran, jurutera, peguam, tukang jahit, tukang
kayu
> dan lain-lain pekerjaan swasta. Sekumpulan lagi ialah pekerjaan yang
berkaitan
> dengan kerajaan seperti institusi-institusi dan syarikat-syarikat sama ada
yang
> umum atau yang khusus di mana pegawainya diberi gaji bulanan. Gaji yang
> diperolehi oleh orang yang makan gaji dengan kerajaan ataupun dari swasta
> disebut oleh ahli fiqh sebagai "al-Mal al-Mustafad" (harta perolehan)--Sila
> rujuk Fiqhuz Zakat karangan Yusuf Al-Qardhawi (boleh didapati di pasaran
> malaysia).
> 
> Ditetapkan dalam mazhab empat bahawa "al-Mal al-Mustafad" tidak dikenakan
zakat
> sehinggalah ia mencukupi nisab dan genap hawl. Ulama' selain mazhab Syafi'i
> mengatakan seluruh harta yang disimpan hendaklah dikeluarkan zakat jika
cukup
> nisab walaupun pada saat akhir sebelum habis hawl.
> 
> Sebagai kesimpulan, dapat dikatakan bahawa zakat al-Mal al-Mustafad ialah
wajib
> sebaik sahaja diterima walaupun tidak genap hawl. Ini berpandukan pendapat
> sebahagian sahabat (Ibn 'Abbas, Ibn Mas'ud dan Mu'awiyah), pendapat
sebahagian
> tabi'in (al-Zuhriy, al-Hasan al-Basri dan Makhul), pendapat Umar bin 'Abdul
> Aziz, pendapat al-Baqie, al-Sadiq dan al-Nasir serta pendapat Daud
al-Zahiriy.
> Kadar wajib ialah 2.5% iaitu berdasarkan nas yang mewajibkan zakat wang
iaitu
> 2.5% (rubu' al-'Usyur), tidak kira sama ada genap hawl atau tidak. Apabila
gaji
> atau al-Mal al-Mustafad itu telah dikeluarkan zakat pada hari penerimaannya
maka
> ia tidak dikeluarkan sekali lagi ketika tamat hawl.
> 
> Maka dengan itu samalah antara orang yang makan gaji atau orang yang
memperolehi
> pendapatan daripada kerja bebas dengan para petani yang wajib mengeluarkan
zakat
> tanaman sebaik sahaja menuai.
> 
> Masalah: Kepada siapa yang harus diagihkan wang zakat?
> Ini merujuk kepada rukun zakat. Jumhur ulamak berpendapat bahawa rukun
zakat
> ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang mencukupi nisab dengan
> menamatkan kuasa pemilik ke atasnya dan memberi milik kpeada orang
miskin(fakir)
> serta menyerahkan kepadanya ataupun diserahkan kepada orang yang mewakili
> pemerintah ataupun pengutip zakat (al-jabi').
> 
> Dalil yang mengatakan zakat disalurkan kepada pemerintah/wakilnya:
> Firman Allah:
> ...Dan amil-amil yang yang menguruskannya (Surah At-Taubah: ayat 60)
> 
> Diperkuatkan lagi dengan ayat berikut:
> Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat)...(Surah
> At-Taubah: ayat 103)
> 
> Dalil yang mengharuskan zakat disalurkan terus kepada orang yang berhak:
> FirmanNya:
> Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan
menjadi)
> hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri
(daripada
> meminta). (Surah Az-Dzariyat: ayat 19)
> 
> Berdasarkan dalil-dalil tadi, ulamak menggariskan secara terperinci
bagaiman
> pengagihan zakat:
> 1. Jika harta zakat itu tersembunyi (batin) seperti emas, perak atau harta
> perniagaan dll, maka harus pemiliknya mengagihkannya sendiri ataupun
memberikan
> kepada pemerintah.
> 2. Jika harta zakat itu harta yang zahir seperti binatang ternak, tanaman,
dll,
> maka menurut kes ini menurut fuqaha hanafi dan maliki wajib diserahkan
kepada
> pemerintah. Jika tuan harta mengagihkannya sendiri, maka apa yang
dikeluarkan
> itu tidak dikira. Imam As-Syafi'ie dalam qaul jadidnya mengatakan
"pengeluar
> zakat boleh mengagihkannya harta  zakat yang  zahir sama seperti harta
zakat
> yang batin." (Al-Muhazzab)
> 
> Istilah:
> ~Hawl bermaksud 12 bulan dalam bab zakat, ini merupakan ijmak ulamak. Hawl
> adalah satu syarat seseorang yang mampu mengeluarkan zakat dari harta
bendanya
> yang sudah sampai satu nisab.
> ~Nisab pula membawa maksud batas ukuran atau timbangan atau bilangan harta
> benda/perdagangan yang wajib dikenakan zakat.
> 
> Rujukan:
> Fiqhuz Zakat , Syeikh Yusuf Al-Qardhawi
> Al-Fiqh Islami wal Adillatuhu, Dr. Wahbah Zuhaili
> Zakat: bbrp masalah semasa dan penyelesaianya, Prof. Madya Dr. Abdullah
Ibrahim
> 
> Wallahua'alam.
> 
> Faqir Fillah wrote:
> 
> >
> >
> > Saya nak menyampok bukannya tentang kadar nisab, tapi hal lain - mintak
maaf
> > ye. Dicadangkan sahabat2 yang saya kasihi, kalau nak keluarkan whatever
> > zakat, lebih baik pi bayar kat Baitul Mal Kelantan ke, Terengganu ke,
atau
> > mana2 pihak yang secara langsung patut menerimanya spt anak yatim,fakir
> > miskin, madrasah2 Ilmu dsb.
> >
> > Saya khuatir, kalau pi kat Pejabat Zakat Negeri, depa pi labur kat
projek2
> > kroni sedangkan maslahah Umum tak terbela.
> >
> > Contohnya, bertapa MERANAnya jawatankuasa sekolah agama kutip derma rumah
ke
> > rumah dan begitu juga bila nak buat Masjid/Madrasah - riuh cari sponsor
> > sedangkan bantuan yang mudah bukankah sepatutnya datang drp PEJABAT ZAKAT
> > NEGERI ???
> >
> > Wassalam
> >
> > >From: Mohd Sabri Mohd Noor <[EMAIL PROTECTED]>
> > >To: "'[EMAIL PROTECTED]'" <[EMAIL PROTECTED]>
> > >Subject: H-Net* kadar nisab zakat pendapatan.
> > >Date: Tue, 21 Dec 1999 09:13:54 +0800
> > >ada sesiapa yang tahu  kadar nisab zakat pendapatan & harta bagi selangor
&
> > >WP untuk tahun ini..
> > >
> > >Wa ilal Liqo'
> >
> > >Pengirim: Mohd Sabri Mohd Noor <[EMAIL PROTECTED]>
> >
> >
> > Pengirim: "Faqir Fillah" <[EMAIL PROTECTED]>


____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://webmail.netscape.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ibnu muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke