*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
wa'alaikumussalam...
perkara ini jadi isu mungkin kerana tidak berapa jelas kedudukannya. tapi kini
alhamdulillah, apa pun keadaan pn aisyah jelas memerlukan bantuan kita. apakah
kita perlu bertekak kerana amal jariah pada bulan yang mulia ini? ayuh sdra/sdri
muslimain muslimat yang dirahmati Allah, marilah sama-sama kita hulurkan
sumbangan kita kepada pn aisyah dan keluarga. nak bayar zakat pun boleh, ini
perkara baik taka perlu banyak red tapes. biarlah baitulmal wilayah dan selangor
dengan berbagai red tapesnya, jangan kita. saya berasal dari kelantan. semasa
bertugas dengan kerajaan dahulu, saya berpindah randah dari satu negeri ke negeri
yang lain. bermula di melaka. kemudian kelantan. kemudian negeri sembilan.
kemudian kuala lumpur. kemudian pulau pinang. saya membayar zakat di semua
negeri-negeri ini. apa saya tidak layak menerima bantuan baitumal jika saya
memerlu kerana saya anak kelantan? inilah bahaya meniru-niru sistem divide and
rule, sistem persempadanan barat yang memang bertujuan untuk menghancurkan sistem
Islam. apa kita buat? hanya ikut? alhamdulillah kini saya tidak lagi bayar zakat
kepada mana-mana ppz. sya berpuashati membayar zakat kepada mereka yang berhak
tanpa mahu mendapatkan resip untuk pelepasan cukai!!! kita semua dar Allah dan
kepadaNya kita akan kembali. kalau Islam mentadbir saya yakin pembayaran zakat
dapat diselenggarakan oleh pihak kerajaan sebagaimana cukai pendapatan boleh
diuruskan!!! sekalai lagi marilah, pada bulan yang mulia kita sama-sama
menyumbang kerana semata-mata mengharapkan redha Allah baik kepad pn aisyah, anak
yatim, sekolah agama, keluarga yang ditimpa kemalangan, adik yang tidak dapat
belajar kerana kemisikinan dan banyak lagi yang sangat memerlukan sumbangan dari
kita... janganlah hal-hal keagamaan sebegini hendak dijadikan isu. jangan amal
budaya umno yang hanya dapat survive kerana isu lantaran ketiadaan isu/isu tak
laku tengok apa sudah jadi dengan umno? kepada yang berusaha untuk mendapatkan
bantuan buat pn aisyah ini, teruskan perjuangan suci sdra/sdri. semoga Allah
memberi ganjaran kepada usaha-usaha sdr-sdr yang ikhlas itu. yakinlah ia adalah
saham besar di akhirat nanti. well, after all we are not concern with now in as
far as hidup beragama is concerned! i've taken note of the BIMB a/c no. thank you
once again. wallahu 'alam. wassalam
Shafinaz Mohd Saad wrote:
> assalamualikum,
> ini ada mail dari saudari kita yg pergi ke baitulmal W.P.
> ============================================
>
> Sebenarnya yang saya pergi ialah ke Baitul Mal Wilayah dan Baitul Mal Selangor
> dihubungi oleh Cik Zarina. Pada mulanya saya bercakap dengan Ustaz Zainal
> Abidin. Beliau telah meminta saya datang mengambil borang bantuan.
> Bila saya ke sana saya telah berjumpa dengan kerani di bahagian bantuan. Beliau
> meminta saya mendapatkan dari sham perkara-perkara berikut:
>
> 1. salinan degree
> 2. salinan convert Aishah
> 3. salinan surat nikah
> 4. salinan passport semua anggota keluarga
> 5. surat permohonan bantuan dari Shamalisham
>
> Kemudian kerani tersebut tanya saya asal kelahiran Sham, saya katakan Kelantan,
> terus dia merujuk kepada Ustaz Nasharuddin. Dengan wajah yang sedih ustaz
> Nasharuddin meminta saya meminta dari Baitul Mal Kelantan terlebih dahulu.
> Kerana terlalu kecewa saya tak sempat jelaskan bahawa Ustaz Zainal Abidin yang
> meminta sya datang mengambil borang. Saya terus keluar dari pejabat Baitul Mal
> Wilayah dengan hati yang longlai kerana saya sudah lama berada di pejabat itu
> dan dah banyak kali saya ulangi cerita Pn Aishah yang panjang itu. Tambahan
> pula di bulan puasa, saya penat, tanpa
> bercakap banyak saya terus pulang.
>
> Sekian.
> =====================================================================
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Ahmad Chukari <[EMAIL PROTECTED]>