*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MAHATHIR YAKIN UMNO AKAN SOKONG ABDULLAH
SEBAGAI PENGGANTINYA 
   
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri dan Presiden  Umno Datuk Seri Dr 
Mahathir Mohamad berkata beliau percaya
bahawa Umno akan menyokong naib presiden Datuk Seri Abdullah  Ahmad Badawi sebagai 
penggantinya untuk kepimpinan parti. 

 "Sudah tentu, jika saya bersara (Timbalan Perdana Menteri) Datuk  Abdullah (Ahmad 
Badawi) akan mengambil alih," katanya. 

Dr Mahathir ditanya mengenai pengganti kepemimpinan Umno pada  satu persidangan berita 
selepas melancarkan syiling emas  peringatan alaf baru di Palace of the Golden Horses, 
di sini. 

"Tetapi, saya rasa Umno akan menyokong Datuk Abdullah sebagai  pengganti saya," kata 
beliau. 

Abdullah menjalankan tugas-tugas timbalan presiden parti sejak  September tahun lepas. 

Mengenai sama ada perhimpunan agung Umno akan dipercepatkan  daripada pertengahan 
tahun depan kepada suku pertama tahun  depan, Dr Mahathir berkata ia masih terlalu 
awal untuk  dipertimbangkan. 

 "Mereka belum menimbangkan apa-apa langsung. Saya rasa  mereka ada banyak masa... 
kita tidak perlu terburu-buru," kata  beliau. 

Bank Negara hari ini memperkenalkan syiling edisi terhad yang  diperbuat daripada emas 
padu 999.9 yang mempunyai nilai sah  sebanyak RM500. 

Syiling itu, yang direkabentuk dan dikeluarkan oleh Mariwasa  Kraftangan, akan hanya 
dijual sebanyak 10,000 unit spesimen  pada harga RM2,000 setiap satu di bank-bank 
terpilih atau di  syarikat itu. 

 -- BERNAMA 
   

 




Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Imam B" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke