*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pemuda Bani Tamim (5)

Assalamualaikum,

Di dalam sebuah hadis,daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW sambil 
memegang tangan Sayidina Ali; baginda berkata: "Akan keluar dari sulbi ini 
seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu 
menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya 
dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi."  
(Hadis riwayat At Tabrani)
Sepatutnya umat Islam meniru sikap para sahabat dan terus mengambil langkah 
dan pendekatan yang sama iaitu berebut untuk menagih janji Allah SWT itu. 
Sepatutnya umat Islam tertumpu ke Timur mencari Pemuda Bani Tamim itu. 
Sekiranya kita menyedari bahawa bukan kita orangnya yang dijanjikan itu 
namun ada alternatif  lain iaitu berhabis-habisan menyumbang apa sahaja 
untuk  membangunkan Islam hingga sampai ke puncak kegemilangan kali kedua.
Bagi umat Islam di Timur khususnya di nusantara dan bangsa Melayu, lebih 
lebih lagi patut bersyukur kerana hadis tersebut mengisyaratkan pemimpin 
zaman ummah kedua itu datangnya dari Timur khususnya alam Melayu ini. Dan 
diisyaratkan orangnya iaitu Pemuda Bani Tamim yang berada di tengah-tengah 
alam Melayu.
Sepatutnya bangsa Melayu bersyukur dan berbangga serta berusaha keras 
berbanding bangsa-bangsa lain. Dengan sebab keinginan dan usaha yang 
bersungguh-sungguh itu moga-moga Allah SWT sudi menerima kita sebagai 
pendokong utamanya yang bergelar Ikhwan.
Sudah sangat jelas kepada umat Islam bahawa pintu kemenangan sentiasa 
terbuka luas sehingga 'figure' yang menjadi faktor kemenangan itu turut 
ditunjuk oleh Allah SWT melalui lidah Rasulullah SAW. Walaupun tidak 
dikhusus kepada sesiapa sekurang-kurang disebut sebagai Pemuda Bani Tamim 
dari sebelah Timur. Ini sama jugalah Rasulullah SAW menyebut tentang 
kejatuhan Konstantinopel oleh pemimpin yang baik, tentera yang baik dan 
rakyat yang baik.
'Figure'nya sudah disebut secara nyata iaitu Pemuda Bani Tamim walaupun 
masih bersifat umum, namun itu juga sebagai isyarat bahawa tapak zaman ummah 
kedua yang bakal terjadi itu, akan berjaya terbina di tangan Pemuda Bani 
Tamim, pendokongnya pula disebut sebagai Ikhwan. Tapaknya adalah sebuah 
Daulah (negara). Sewajarnya umat Islam tidak terlalu menimbulkan banyak 
pertikaian, perbahasan atau polemik. Jangan terlalu banyak pandangan 
negatif, prasangka atau memperlecehkan. Sepatutnya berfikir lebih rasional, 
berlapang dada dan mengambil sikap dan pendirian yang jelas berdasarkan 
isyarat hadis-hadis tersebut. Inilah maksud seruan Rasulullah SAW, agar 
mendatangi mereka dan berbai'ah walaupun terpaksa merangkak di atas salji. 
Dan bukan sebaliknya dengan, melemparkan berbagai tuduhan yang perbuatan itu 
seolah-olah sudah selari dengan musuh-musuh Islam. Musuh-musuh Islam sangat 
bimbang, cemas dan gerun kerana mereka menyakini kedatangan zaman ummah 
kedua bermula di tangan Pemuda Bani Tamim.
Samada dari sumber A-Quran mahupun sumber Hadis, apabila sesuatu perkara itu 
diisyaratkan, maka ianya pasti terjadi. Sejarah telah membuktikan bahawa 
pihak musuh atau penentang sentiasa sahaja berusaha dengan berbagai cara 
untuk menghalangnya. Di antara contoh yang paling masyhur ialah perbuatan 
Firaun membunuh semua anak lelaki setelah ahli nujumnya meramalkan bahawa 
seorang lelaki akan meruntuhkan kekuasaan Firaun. Seorang anak lelaki bukan 
sahaja terselamat daripada kekejaman Firaun itu malah sebaliknya anak lelaki 
itu dibela, dibelai, dipelihara dan membesar di dalam istananya sendiri. 
Allah SWT sendiri telah mempersiapkan segala aspek yang diperlukan demi 
keselamatan Nabi Musa untuk selamat berada di istana tersebut. Begitu hebat 
kekuasaan Allah SWT sehingga seolah-olah Firaun itu sudah dihukum atau 
dipaksa oleh Allah SWT untuk "menyelamatkan"  figur yang bakal berperanan 
memusnahkan kekuasaan Firaun.
Begitu juga terjadi kepada Nabi Isa yang hendak disalib oleh kaumnya 
sendiri.Tetapi Allah SWT telah selamatkan Nabi Isa dan yang tersalib itu 
adalah salah seorang pengikut Nabi Isa yang belot. Pembelot itu sendiri yang 
dihukum oleh Allah SWT sebagai penggalang ganti kepada Nabi Isa yang Allah 
SWT angkat ke langit.
Apabila berulang kali Konstantinopel cuba dikuasai oleh tentera Islam, maka 
pihak Rom semakin memperkukuhkan pertahanan mereka. Ini termasuk pembinaan 
tembok kukuh, gagah yang menurut logiknya tidak berupaya diganggu gugat oleh 
sesiapa saja. Namun melalui isyarat hadis Konstantinopel akan jatuh ke 
tangan pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. Perkara 
yang di luar lojik pula berlaku apabila Muhammad Al Fateh menawan 
Konstantinopel dalam tempoh satu malam.
Oleh itu umat Islam khususnya para pejuang pecinta kebenaran hendaklah yakin 
akan kedatangan Pemuda Bani Tamim dan selepas itu diiringi oleh Al Mahdi. 
Musuh-musuh Islam berusaha keras menghalang kemunculannya. Namun yakinlah 
bahawa Allah SWT Maha Berkuasa. Pasti Allah SWT telah melengkapkan segala 
aspek keperluan yang berkaitan keselamatan Pemuda Bani Tamim dan Al Mahdi 
itu. Kelazimannya berlaku keselamatan itu di luar lojik kerana begitulah 
sifatnya kekuasaan Allah SWT. Ini terbukti setiap apa jua ciptaan Allah SWT 
semuanya aneh. Cuma oleh kerana berlaku di keliling kita dan kita tidak 
memikirkannya lantas kita menganggap perkara biasa.
Allah SWT ada menjelaskan dalam Al Quran, maksudnya "Mereka (orang-orang 
kafir) ingin untuk memadamkan cahaya Allah (agama Allah) dengan mulut-mulut 
mereka. Sedangkan Allah akan menyempurnakan agamaNya sekalipun dibenci oleh 
orang kafir." (At Taubah)
Ertinya musuh-musuh itu bukan sahaja mencabar utusan-utusan Allah SWT dan 
pembawa kebenaran, malah cahaya kebenaran (Islam) yang merupakan milik Allah 
SWT itu pun mereka cuba padamkan. Namun Allah SWT tetap membela dan 
menyelamatkannya.
Rahsia di sebalik semua peristiwa dan kejadian itu ialah agar manusia 
melihat kekuasaan Allah SWT, melihat kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Jumpa lagi, Selamat berpesta ibadah di bulan Ramadhan, Wassalam

Arjuna Armada


______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke