*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semasa upacara angkat sumpah ADUN di sebuah negeri di tengah
semenanjung, seorang ustaz didatangi oleh beberapa orang kerabat Diraja
"Ustaz, kami pangkah PAS, Ustaz!"  Kemudian datang pula pegawai-pegawai
istana menemui sang Ustaz, "Ustaz, kami pangkah PAS, Ustaz".  Kan sedap
bunyinya tu?  Bila orang istana juga pangkah bulan.  Dengar-dengar
cerita Raja yang memerintah negeri yang ada 9 daerah tupun tak suka
memanda menteri ya?  Entah-entah mereka semuanya pangkah bulan.


--- [EMAIL PROTECTED] wrote:
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>   Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> 
> 
> Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, Baginda Sultan Terengganu memang
> dikenali
> rakyat sebagi seorang raja yang gemar mempelajari agama.  Telah
> menjadi
> perbualan sekian rakyat jelata bahawa Tuanku Sultan Mizan gemar
> membaca Al
> Qur?an dan tekun mengerjakan sembahyang tepat pada waktunya.
> 
> Banyak juga diperbualkan oleh sekian kakitangan kerajaan bahawa
> apabila
> sesuatu majlis yang dihadiri sendiri oleh Tuanku, majlis tidak
> menyediakan
> jamuan kerana Tuanku dikatakan berpuasa.  Memang Tuanku diberitakan
> gemar
> berpuasa.
> 
> Di akhir-akhir pentadbiran Wan Mokhtar sebagai MB, beliau dikatakan
> mengalami
> sedikit kesukaran dengan Baginda Tuanku.  Antaranya ialah pemilihan
> SUK yang
> sebelum ini.  Baginda Tuanku memang sudah tidak memperkenan dari awal
> lagi.
> Malah kerap kali senarai penganugerahan pingat dan kebesaran tidak
> dipersetujui oleh Baginda Tuanku.  Baginda kerap mempersoalkan
> kredibiliti
> bakal penerima pingat yang dicadangkan oleh Wan Mokhtar.
> 
> Dengan kemenangan parti PAS dan pemerintahan yang menjuruskan prinsip
> Islam,
> Baginda diberitakan amat gembira. Semasa mesyuarat pemilihan MB di
> kalangan
> pimpinan PAS negeri, berlaku suasana yang tidak pernah berlaku di
> kalangan
> pimpinan BN/UMNO.  TG Ustaz Hadi, Dr. Harun Taib dan beberapa lagi
> pimpinan
> dikatakan sama-sama menolak dari dicalonkan sebagai MB.  Pelbagai
> alasan
> diberikan oleh mereka.  Setelah keputusan tidak dapat dicapai, maka
> Baginda
> Tuanku diberitakan meminta TG Ustaz Hadi menjadi MB.
> 
> Kegembiraan Baginda Tuanku tergambar ketika upacara mengadap Baginda
> Tuanku
> dilakukan semasa penyerahan watikah baru-naru ini.  Lihatlah dari
> rakaman
> gambar yang telah disiarkan di dalam TV.
> 
> Baginda Tuanku ketika memasuki balai majlis didapati menunduk kepala
> sedikit
> (sebagai tanda hormat) kepada Us. Hadi walaupun Baginda Tuanku
> sebagai seorang
> Raja yang memerintah negerinya.  Memang perwatakannya yang
> merendahdiri tidak
> dapat disembunyikan Baginda.
> 
> Selepas bersalam, Us. Hadi terus memeluk serta mencium pipi kanan
> Baginda
> Tuanku.  Belum pernah seorang rakyat memeluk seorang Raja untuk
> bersalaman.
> 
> Terpancar di wajah Baginda Sultan kegembiraan dengan terukirnya
> senyuman.
> 
> Ini merupakan suatu permulaan restu dan kerjasama yang erat bakal
> dilalui oleh
> Kerajaan PAS dengan Istana.
> 
> Sepanjang Ramadhan ini, Baginda seperti setiap tahun melakukan solat
> Taraweeh
> setiap malam bersama rakyat.
> 
> WalLahu ?Alam.
> 
> Abdul Aziz Shukri
> Subang Jaya
> 
> 
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: [EMAIL PROTECTED]
> 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://messenger.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke