*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamu'alaikum
Apa kah dlm sejarah awal pemerintah Islam, dizaman
pemerintahan Saidina Abu Bakar ra. Saidina Umar ra.
dan seterusnya, apabila negara Islam semakin membesar
tiada perternakan babi?, Saya ada terbaca buku
mengenai khinzir ini yg ditulis oleh akhie Abdul
Rahman Baghdadi yg khusus membicarakan bab babi, dan
sejarah perternakkan babi di dlm negara islam.
Menurut penulis tersebut, babi mula ada dlm sejarah
pemerintah Islam wujud di zaman pememerintah Saidina
Umar R.A, apa tindakan yg diambil Saidina Umar R.A dlm
hal ini, menurut penulis, Saidina Umar R.A memerintah
agar babi2 yg diternak oleh mereka2 yg belum Islam di
bunuh/dimusnahkan dan menjadi kewajiban kepada
kerajaan Islam membayar ganti rugi sebab membunuh babi
tersebut. Malah penulis menegaskan, tindakan Saidina
Umar tidak ditentang oleh sahabat2 yg lain, Namun
penulis tidak pula menyatakan apakah Saidina Umar
membenarkan babi ini diternak secara kecil-kecilan
sekadar utk makan sendiri, itu pandangan penulis yg
memetik dari kisah sejarah pemerintah Saidina Umar,
mungkin dlm Hizbi-net ada sahabat2 yg arif tentang
sejarah pemerintahan islam.
Walaubagaimana mungkin Tuan Guru Haji Abdul Hadi
lebih mengetahui kenapa dan mengapa beliau
mencadangkan babi dibenarkan.
Wallahu'alam
--- Abdullah Ahmad <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> Maka, apa pula masalahnya ??? Persoalan yang saya
> fikirkan selama ini,
> wajarkah sesebuah kerajaan Islam yang memerintah
> sesebuah negeri berbilang
> agama di mana penduduk Islam adalah majortitinya.
> Patutkah kerajaan Islam itu
> mengharamkan arak, judi, penternakan babi, pembelaan
> anjing, budaya
> masyarakat bukan Islam dan sebagainya kepada
> penduduk bukan Islam sebagaimana
> yang diharamkan ke atas penduduk Islam. Jika
> kerajaan Islam mengharamkan
> juga, bukankah ini bercanggah dengan keadilan dalam
> Islam ?? Apa pandangan
> Sani pula ?
>
> Manakala jika dibenarkan pula, adakah ini akan
> mengganggu masyarakat Islam
> pula ? Ya ! sudah tentu syarat-syarat akan
> dikenakan. Apakah syarat-syarat
> yang patut dikenakan ? Syarat-syarat ini telah
> dijelaskan dalam akhbar
> Harakah, Isnin 20 Disember 1999 di ms 19. Antaranya,
> penternak hendaklah
> memastikan bahawa :
> - ladang mereka bersih dan bebas dari penyakit
> - dan ladang mereka hendaklah ditempatkan di kawasan
> tertentu yang tidak
> mengganggu umat Islam
> - penternakan babi adalah untuk menampung keperluan
> penduduk bukan Islam di
> Terangganu sahaja (bukan bagi tujuan komersil
> seperti di N9).
>
> Syarat ini adalah umum, mungkin kita perlu dapatkan
> penjelasan dari kerajaan
> negeri untuk maklumat lanjut. Sebagai tambahan, saya
> mencadangkan :
> - penternakan babi dilesenkan, tetapi duit kutipan
> lesen itu hanya dimasukkan
> dalam tabung kabajikan untuk masyarakat bukan Islam
> Terangganu dan tidak
> menjadi sumber pendapatan negeri sebagaimana yang
> dilakukan oleh N9. Lesen
> ini dikenakan untuk mengawal penternakan babi
> sahaja. Jika mana-mana
> penternak yang melanggari syarat-syarat itu,
> lesennya ditarik balik, ladang
> babi itu perlu ditutup, penternak didakwa di
> mahkamah di bawah akta alam
> sekitar atau mana-mana akta yang berkaitan, saki
> baki babi-babi diladang
> perlu dihapuskan atau dibuang negeri atau dengan apa
> cara sekali pun dan
> apa-apa tindakan yang perlu.
>
> Mengenai bala JE tahun ini. Memang tidak dinafikan
> penternakan babi ini
> mencemarkan alam sekitar. Kenapa bala JE & Nipah di
> turunkan di N9 dan di
> negeri-negeri di bawah kerajaan BN tetapi tidak di
> Kelantan padahal di
> Kelantan juga terdapat ladang kecil penternakan
> babi. Apa yang menjadi
> perbezaan di sini, di Kelantan babi diternak secara
> kecil-kecilan di
> perkampungan orang bukan Islam untuk keperluan bukan
> Islam. Sebaliknya di
> negeri-negeri lain babi menjadi sebahagian dari
> pendapatan negeri. Tak salah
> kalau saya kata : "Terangganu kaya dengan minyaknya,
> Negeri kaya dengan
> babinya". Orang-orang melayu sebelum itu tidak kisah
> dengan maruah mereka
> dimain-mainkan oleh pemimpin mereka, kini baru peka
> sikit dengan perkembangan
> semasa. Dah terhantuk baru tergadah. Itu pun masih
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://messenger.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: =?iso-8859-1?q?hisham=20ahmad?= <[EMAIL PROTECTED]>