*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SENATOR USTAZ HASSAN SHUKRI HEBAT
Hari ini (27 Disember 1999) bermulalah persidangan
Dewan Negara pertama bagi Parlimen Penggal Ke sepuloh
dan yang pertama selepas pilihan raya ke sepuloh
baru-baru ini. Dan hari ini juga merupakan sejarah
bagi Ahli-ahli Dewan Negara yang memulakan sidangnya
bagi persidanagna yang dijadualkan berlangsung selam
dua hari (27 & 28 Disember 1999).
Dewan Negara hari ini membehaskan empat Rang
Undang-undang daan pada hari ini perbahasana dimulakan
dengan upacara mengangkat sumpah jawatan Senatorbaru
dilantik ternmasuk dua wakil PAS dari Terengganu
termasuk Ustaz Hassan shukri. Saya tak ingin mengulas
upacara mengangkat sumpah. Apa yang hendak dimaklumkan
kepada reformis semua ialah kehebatan Ustaz (Senator)
Hassan Shukri yang dicalonkan oleh PAS Terengganu
sebagai ahli Dewan Negara amat tepat, hebat dan
berkarisma.
Jika di Dewan Rakyat parti Alternatif mempunyai 45
wakilnya tapi di Dewan Negara walaupun hanya sekadar
mempunyai4 wakil (2 Kelantan dan 2 Terengganu) tapi
dengan perlantikan Ustaz Hassan Shukri sahaja telah
lebih dari mencabar kewibawaan ahli-ahli Dewan Negara
dikalangan BN.
Apa yang hebatnya ingin saya ceritakan ialah kebolehan
Senator Hassan Shukri menyanggah segala hujah-hujah
bodoh dari ahli-ahli yang mewakili Kerajaan. Semasa
membahaskan Rang Undang- undang Perbekalan Tambahan
1999 (No.2)Tahun 1999. Rata-rata perbahasan yang
ditonjolkan oleh ahli-ahli dari BN tidak begitu bernas
atau cerdik, rata-ratanya memuji-memuji Kerajaan BN
yang hampir tenat dan ada dikalangan mereka memuji
PM agak begitu melampau walaupun ahli tersebut pernah
kalah dalam pilihan raya yang lepas (Senator Rusl).
Hampir sepuloh orang ahli membahaskan Rang
Undang-undang tersebut tapi semuanya hambar dn
menjadikan Dewan Negara agak hambar dan tiada apa yang
boleh dibanggakan.
Kebanyakan ahli mengambil kesempatan mengutuk PAS
termasuklah isu-isu semasa yang berkait dengan PAS dan
pemerintahan Kerajaan PAS Terengganu seperti isu
Kharaj, Akhbar Harakah, Isu
Lebuh Raya Pantai Timur dan isu fitnah yang kononya
PAS memainkan peranan utama.
Tetapi apabila tiba giliran Senator Hassan Shukri
bangkit untuk turut membahaskan Rang Undang- undang
tersebut. Dewan menjadi sunyi sepi. Sepi bukan kerana
bahasanya hambar, tapi sepi kerana kagum dengan
kebolehan beliau menyanggah segala isuyang
dibangkitkan oleh ahli-ahli yang
terdahulu membuat perbahasan.
Dalam isu kharaj, Senator Hassan Shukri menyanggah
dakwaan ahli dari BN yang mengatakan kononya PAS
Terengganu cuba membuat kesusahan kepada kaum bukan
Islam, sebaliknya beliau menjelaskan Kharaj sebenarnya
tidak ada isu, yang menjadikan isu ialah orang Islam
sendiri yang tidak faham akan konsep Kharaj. Oleh itu
beliau menasihatkan Ahli-ahli Dewan agar mempelajari
dan memahami terlebih dahulu apa itu konsep Kharaj,
sebelum membuat bangkangan. Begitu juga isu HARAKAH
yang dikatakan membuat fitnah dan meracuni pemikiran
rakyat, beliau dengan mudah menyanggah dakwaan
tersebut bahawa, kehebatan media-media lain yang
dikawal oleh Kerajaan juga banyak membuat penyiaran
yang indah dan menarik yang mungkin dapat menarik
sokongan rakyat (beliau tidak mahu menggunakan
perkataan meracuni) tetapi masih juga tidak
dapat mempengaruhi keseluruhan rakyat Malaysia. Ini
pada pendapat mereka ialah kerana rakyat sekarang
sudah berubah dan telah pandai menilai mana intan
mana kaca. Oleh itu tidak timbul soal HARAKAHA
meracuni pemikiran rakyat. Rakyat kata beliau telah
berubah dan dapat menilai mana racun dan mana madu.
Beliau tidak setuju dengan dakwaan bahawa HARAKAH
telah meracuni pemikiran rakyat, kerana apa yang
disiarkan oleh HARAKAH ialah apa yang benar
semata-mata, oleh itu terpulanglah kepada takyat untuk
menerima atau menolaknya, kerana rakyat pada masa ini
tidak sepertimana rakyat dtahun-tahun 60han dulu.
Sementara itu Senator HAssan Shukri juga menyangkal
dakwaan bahawa Kerajaan Terengganu tidak bersetuju
dengan tol lebuh raya pantai timor. Ini juga
diperjelaskan satu persatu oleh beliau, bahawa perkara
ini tidak menjadi isu jika pihak-pihak yang berwajib
tahu akan tanggung jawab mereka dan komitmen mereka
kepada rakyat. Kerajaan Terengganu tidak pernah
menghalang
projek tersebut, yang menjadikan isu ialah Kerajaan
sendiri yang membesar-besarkan isu tol, walhal PAS
sendiri menyokong projek tersebut.
Begitu juga apabila ada Ahli Dewan yang mendakwa
kononya Kerajaan Terengganu mengainaya kaum Cina di
Terengganu dengan isu Kharaj, beleiau menyatakan
bahawa kebanyakan penduduk Cina di Terengganu telah
faham dan menyambut baik akan pelaksanaan Kharaj,
kerana ia adalah lebih baik daripada lain-lain cukai
yang dikenakan pada masa ini oleh Kerajaan BN. Malahan
kata
beliau Kerajaan terengganu telahpun membenarkan
perternakan Babi dijalankan di Terengganu setelah
dibekukan oleh Kerajaan sebelum ini buat kesekian
lamanya. Kerana kata beliau, Islam sendiri
membenarkan kaum bukan Islam memelihara babi dengan
syarat-syarat yang jelas telah digariskan oleh Islam.
Suasana Dewan menjadi tumpuan apabila Senator Hassan
Shukri terus berhujah satu persatu, dari sola ekonomi,
sosial dan politik negara. Apa yang menarik, beliau
sedikitpun tidak memburuk-buruk kan hujah-hujah yang
dibawa oleh Ahli Dewan sebelum ini, sebaliknya beliau
berhujah menyangkal
satu persatu hujah-hujah Ahli-Ahli dewan sebelum ini
dengan teratur dan jelas. Lantaran itu walaupuan ada
yang mengganggu ucapan beliau, beliau tetap menerima
sebagai satu teguran dan lantas diperjelaskan lagi
agar Ahli-ahli Dewan terutama yang dilantik mewakili
BN faham dan jelas kedudukannya. Kehebatan Senator
Hassan Shukri juga terserlah apabila beliau sedikitpun
tidak menunjukkan rasa gentar dan takut berhadapan
degan Ahli-ahli yang lain walaupun buat kali pertama
beliau berada di Dewan Negara.
Esok adalah hari kedua dan terakhir Dewan Negara
bersidang dan masih ada dua lagi Rang Undang-undang
akan dibahaskan iaitu Rang Undang-undang Cukai
Pendapatan (Pindaan) (No.2)Tahun 1999 dan Rang
Undang-undang Cukai Jualan (Pindaa) 1999. Oleh itu
saya berharap Senator HAssan Shukri akan turut
mengambil bahagian dan menyangkal dakwaan-dakwaan
Ahli-ahli dari BN dengan isu-isu yang berkaitan dengan
cukai pendapatan dan cukai jualan.
Akhir kata saya merasakan Dewan Negara juga akan
menjadi medan persidangan yang hebat sepertimana Dewan
Rakyat yang mana kita telah sedia maklum dihari
pertama persidangan telah timbul isu-isu yang
mengincangkan kewibawaan Ahli-ahli dari BN. Walaupun
diwakili oleh segelintir wakil dari PAS di Dewan
Negara, saya rasa dengan kehadiran Senator Hassan
Shukri di Dewan Negara pada kali ini, ianya akan
membuatkan Ahli-ahli dari BN tidak menang duduk dengan
pelbagai sanggahan dan nasihat yang agak bernas yang
akan diluahkan oleh Senator Hassan Shukri nanti.
Dengan kata lain pemilihan Senator Hassan Shukri untuk
mewakili PAS terengganu di Dewan Negara amat tepat
sekali.
Pegawai Bertugas Dewan Negara.
Lawan Tetap Lawan
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://messenger.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Comb attt <[EMAIL PROTECTED]>