*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam,

Bagi saya, sarban bukanlah faktor kemenangan pas di K/tan & T/Ganu. FAktor yg
pertama & utama ialah Aqidah yg shohih.

Bilamana aqidah seseorang atau jamaah atau sekelompok manusia atau masyarakat
di sesebuah negeri itu shohih, insyaAllah ia akan membuahkan ibadah yg shohih
lagi murni, akhlak yg mulia, amal yg yg bernilai disisI Allah. 

Jika aqidah seseorang shohih, walaupun ia beramal sedikit, insyaAllah, 
timbangan amalnya berat di sisi Allah. Jika aqidah seseorang itu rosak,
walaupun amalnya banyak sehingga berbekas dahinya, timbangan amalnya tidak
bernilai disisi Allah - seperti debu2 yg berterbangan.

Faktor kedua ialah ibadah yg shohih lagi benar iaitu ibadah yg tidak bercampur
baur dgn bidaah. 

Dll faktor yg diredhai Allah.

sekian adanya, wslm. 


Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Serban : Faktor Kemenangan PAS
> 
> Assalamualaikum wbt,
> 
> Tanpa disedari kemenangan PAS di Kelantan dan
> Terengganu itu telah diketuai oleh dua orang pemimpin
> mereka yg komited dgn sunnah Rasulullah saw termasuk
> dlm bab berpakaian.
> Saya merasakan bahawa faktor jubah dan serban ini
> telah menjadi salah satu faktor besar [secara
> tersirat] yg membantu kemenangan PAS sehingga
> tertubuhnya kerajaan dikedua-dua negeri tersebut. Utk
> itu, marilah kita sama-sama meninjau maksud-maksud
> hadis spt berikut:
> 
> 1. �Sentiasalah umatku itu di atas fitrah (tabiat)
> ugama Islam selama mereka memakai serban di atas
> songkok� [Riwayat Imam ad-Dailami]
> 
> 2. �Perbezaan antara kita (umat Islam) dgn org musyrik
> ialah memakai serban di atas songkok,� [Riwayat Abu
> Dawud]
> 
> 3. Nabi saw suatu hari (hari Ghadir Khum) telah
> memanggil Saidina Ali krw dan memakaikannya serban yg
> mempunyai ekor diantara dua belikat, kemudian baginda
> bersabda:
> �Macam inilah kamu memakai serban, kerana serban itu
> sebagai lambang (tanda/syiar) Islam dan serban juga yg
> membezakan diantara org Islam dgn org musyrik,�
> [riwayat Imam Abu Naim]
> 
> Seterusnya, mari kita lihat apa peranan serban ini dlm
> membantu kemenangan pejuang Islam:
> 
> 4. �Serban itu ketenangan org mukmin dan kemenangan
> org Arab (Islam). Apabila org Arab membuang serban
> mereka, maka bererti mereka telah membuang kemuliaan
> dan kemenangan mereka,� [riwayat Ibnu Laal dan sanad
> oleh daripada sahabat Amran bin Hussin]
> 
> 5. �Serban itu mahkota org Arab (Islam), apabila
> mereka menanggallkan serban bererti mereka telah
> menanggalkan kemuliaan dan kemenangan mereka,�
> [riwayat Ad Dailami]
> 
> Berkenaan dgn dua hadis ini, Al Alamah Mufti Brunei,
> Hj Ismail bin Omar Abd Aziz berkata:
> 
> �Ini adalah mukjizat Nabi saw kerana serban itu adalah
> pakaian org Arab (Islam). Tiadalah terfikir bahawa org
> Arab akan membuangkan serban mereka.� [Kitab Peribadi
> Org Muslim]
> 
> Seterusnya kita lihat realiti kejatuhan Empayar
> Othmaniah, di mana sultan-sulatan yg kemudian telah
> menukarkan serban pakaian Muhammad al-Fateh kpd
> tarbus-tarbus. Akhirnya tarbus-tarbus ini akhirnya
> hilang langsung dan terus menggondolkan kepala.
> Pertukaran-pertuakaran dari serban kpd kopiah semata,
> kpd tarbus dan seterusnya kpd gondol tanpa sebarang
> penutup kepala adalah selari dgn kelemahan iman dan
> taqwa para sultan, pembesar, ulama dan rakyatnya. Ini
> diikuti pula oleh kelemahan pentadbiran sehinggalah
> Turki terjajah oleh org Barat.
> 
> Begitu juga realiti keadaan Islam dan para pejuangnya
> di merata dunia. Tiada satupun jemaah yg menonjol dan
> dihormati lawan jika sunnah serban ini tidak diamalkan
> oleh jemaah tersebut esp para-para pucuk pimpinan. 
> 
> Saya cuba mengetengahkan isu ini dahulu, tetapi telah
> mendapat reaksi sinis drp bbrp netters. Ada yg
> berhujjah bahawa Hassan al-Banna tidak berserban, Arab
> Quraisy pun berserban, Yasser Arafat pun berserban.
> Jadi utk menjawab semua itu, renungilah kembali lima
> hadis yg dibawakan di atas. Adakah sama serban Yasser
> Arafat dan serban budaya umat Arab kini dgn serban yg
> disunnahkan daripada Rasulullah?
> 
> Utk itu juga, saya mencadangkan agar para pucuk
> pimpinan PAS di Perlis, di Kedah, di Selangor dan esp.
> Johor agar menjadikan pakain jubah dan serban ini
> sebagai pakaian harian mulai sekarang. Ini pun jikalau
> PAS berhasrat ingin merampas negeri-negeri tersebut
> dari tangan BN. Jika tidak, mungkin kemenangan PAS
> akan ditangguhkan lagi.
> 
> Begitu juga, selari dgn perbincangan tentang Pemuda
> Bani Tamim yg diketuai oleh Arjuna Armada sekarang
> ini, maka pemimpin dan ahli-ahli PAS juga sepatutnya
> berebut-rebut mengejar jawatan Pemuda Bani Tamim itu
> dgn cara mengkaji ciri-ciri dan watak-wataknya yg
> telah disebutkan. Dan salah satu drpnya, saya yakin
> dan pasti, Pemuda Bani Tamim itu mestilah berjubah dan
> berserban. Andai hal ini terus diabaikan oleh pihak
> PAS, maka  sudah pasti bahawa bakal Pemuda Bani Tamim
> itu tidak hadir dari kalangan Parti PAS.
> 
> Wassalam.


____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://webmail.netscape.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ibnu muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke