*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Kuliyyah ini disampaikan Al-Fadhil Ustaz Asri Zainul
Abidin di Masjid Sg Gelugor,P.Pinang.
Firman ALLAH SWT di dlm kitabNya yg mulia yg
bermaksud,"Kami tidak utuskan engkau wahai Muhammad
melainkan sbg rahmat utk sekelian alam."
Muslimin/Muslimat sekelian,tujuan kedatangan Islam
adalah 'rahmat'; dan sampainya Islam ke seluruh
manusia adalah 'rahmat'.Tetapi jika hilangnya Islam
drpd memerintah masyarakat manusia,itu adalah 'bala'.
Oleh krn itu,ALLAH mengutuskan Islam sbg satu
agama "Ma ha rab na fil kitabi shaik".Kata ALLAH,"Kami
tak pernah alfa walaupun sesuatu dari di dlm kitab
(Al-Quran)."
Kita sbg org Islam,tentulah rasa rahmat apabila
kita dengar cerita org ramai pakat mau kpd Islam.Dan
kita tau,itu adalah tanda2 'rahmat' ALLAH SWT.Sbg
cnth,di Chechnya misalnya,org bangkit di atas nama
Islam,kita rasa Alhamdulillah,suara Islam ada di
sana.Dan kalau kita dengar di Acheh pula,yg org
bangkit nak bawa Islam,kita kata bahwa mrk itu adalah
saudara kita.Jadi,sakit mrk,rasa macam sakit
kita.Manakala di M`sia pula,apabila kita dengar adanya
negeri2 yg ingin melaksanakan Islam,itu adalah
'rahmat' utk negara kita.Inilah yg dikatakan pusingan
rahmat.Jadi,kita sbg org Islam,kenalah banyak2
bersabar.Akan sampai pusingannya satu hari nanti,Islam
akan tetap kembali ke tangan org Islam.Bunyinya memang
macam tidak pelikkan? Krn org Islam mahu kpd agamanya
sendiri yakni Islam.Tetapi yg menjadikan suasana ini
menjadi pelik,ialah pihak media massa yg masih
diperkudakan oleh pihak yg tak mau kpd Islam.
Dlm pertarungan sengit pilihanraya baru2
ini,nampaknya generasi muda lebih berminat kpd Islam;
inilah yg membuatkan ramai tokoh2 merasa pelik.Maka
ramailah org yg nak buat kajian : Pasai apa org mula
nak kpd Islam? Kenapa org mula nak laungkan slogan
Islam? Mengapa org muda rasa `izzah apabila disebutkan
pemerintahan Islam dan laungan Takbir
ALLAHUAKBAR?...Ini tidak pellik tuan2,sepertimana yg
disebut oleh seorg tokoh pemikir Islam besar pd masa
kini,Muhammad Qutb,"Apabila kita melihat org Islam nak
kembali kpd agamanya,itu tidak pelik.Krn memang Islam
itu pun agamanya.Tetapi bila kita tengok org Islam yg
tak mau kpd Islam,itu baru sesuatu yg pelik."
Jadi,selama ini telah berlaku sesuatu perkara yg
pelik; dan perkara yg pelik/ganjil
itu,Insya`ALLAH,akan berakhir.Krn org Islam akan
sampai masanya,dia akan balik nak kpd agamanya.Ini
ialah krn kesan drpd pengajian aqidah yg selama ini
diberikan oleh tuan2 guru dlm apa bentuk
pengajian,samada dgn uluhiyah,rububiyah,sifat2 20 etc;
yg pentingnya ia memberikan kesan membesarkan ALLAH
SWT,sehingga kpd peringkat tidak mahu mendaulatkan
apa2 undang2/peraturan2 melainkan peraturan ALLAH
SWT.Inilah yg dikatakan : ALLAH bangkitkan agama Islam
ini utk menjadi rahmat sekelian alam.
Kemudian ust kata,"Kerja org Islam ni,hanya satu
shj." Ucapan ini ustaz ambil drpd kenyataan Rubi`i bin
Amir,yg merungkai dlm satu rangkap,"ALLAH lah yg telah
membangkitkan kami; utk kami mengeluarkan manusia drpd
mengabdikan diri sesama hamba,kpd mengabdikan diri kpd
ALLAH; drpd kekejaman agama2 lain,kpd keadilan Islam;
drpd dunia yg sempit,kpd keluasan dunia &
akhirat.Islam datang utk itu."
Alhamdulillah,la ni ramai dah org Islam yg
sedar.Kita rasa seronok bila kita dengar adanya MB yg
sebut,"Kita akan laksanakan Islam."....TAKBIR
!!!.....ALLAHUAKBAR !!!!!.....Kenyataan seperti inilah
yg kita nak dengar drpd pimpinan Islam.Buat dasar
Islam dulu.Bukan pi kata dasar basmi kemiskinan dulu
ka; buat apa nama dulu ka; tarak punya; buat Islam
dulu krn dlm Islam semuanya ada sekali.Sbg cnth
terbaru,ialah negeri T`ganu kitalah tuan2; dapat2 saja
T`ganu,hari yg pertama saja,kutipan tol jambatan
Sultan Mahmud dihentikan.Inilah yg dikatakan pemimpin
yg diberikan amanah,lalu melaksanakannya sepertimana
ALLAH perintahkan. Seperti firman ALLAH yg
bermaksud,"Sesungguhnya ALLAH memerintahkan kamu
supaya memberikan amanah kpd yg layak."
[ Nampak tak tuan2,bila MB T`ganu dapat kuasa,kesannya
hari pertama dah kita nampak. ]
"Dan apabila kamu memerintah di kalangan
manusia,hendaklah kamu memerintah dgn adil."
[ Dapat saja kuasa,MB T`ganu kata : Kita tak dendam
dgn sesiapa pun.Ini bermakna Islam tak berdendam dgn
sesiapa,mahupun dgn org kafir sekalipun. ]
Inilah yg nak menunjukkan bahwasanya,Islam ini
'boleh'.Islam ialah agama ALLAH,yakni bukan dipinjam
oleh sesiapa.Islam agama ALLAH; oleh itu bila semua
org yg bercakap mengenai Islam,hendaklah bercakap kpd
hak empunyaNya.ALLAH lah yg memerintahkan kita semua
bercakap utk Islam.ALLAH lah yg memerintahkan supaya
kita mendidik anak2 dgn cara Islam.ALLAH lah yg
memerintahkan supaya kita mendirikan solat; melakukan
puasa; dan ALLAH yg sama itu juga memerintahkan supaya
kita mentadbir negeri/negara berdasarkan kehendak
ALLAH/ RasulNya s.a.w.
Alhamdulillah,atas kesedaran org Islam,ALLAH
menunjukkan kekuasaanNya; mana2 org yg mengampu dgn
menggunakan agamanya,ALLAH tumbangkan satu persatu.
Perkara seperti ini perlu disentuh oleh sanubari
org Islam.Krn tidak ada yg lebih gembira utk kita
lihat dlm hidup ini,apabila kita mendengar org
menyatakan bahwa dia nak kpd Islam,apatah lagi dia
dari kalangan org2 besar.
Dlm kesempatan ini,ustaz nak menyentuh satu
perkara yg paling mustahak utk kita renung
bersama.Dari keputusan pilihanraya yg baru lepas,kita
telah melihat satu fenomena yg ada di dlm negara kita
M`sia menunjukkan bahwasanya golongan bukan Islam
sangat takut kpd bbrp istilah Islam....Hah ! yg ni
kita kena fokus betoi2.Yg ada di dlm negara
kita,menunjukkan org bukan Islam sangat takut dgn
cerita2 Islam,apatah lagi apabila mrk dengar kata nak
buat negara Islam.Sebab apa mrk takut,kita kena
kaji,pasai apa?...Sebab,kalau dlm cerita nak bentuk
negara Islam secara pemilihan begini,memang agak sukar
utk mendapat sokongan kalau golongan non-muslim ni
takut pd Islam; melainkan dgn cara yg lain.
Lalu ustaz menceritakan bahwa dlm sejarah
Islam,memang org bukan Islam tak pernah kata rasa
takut/terancam bila berada di bawah kerajaan
Islam.Ceritanya bermula bilamana tentera2 Islam sampai
ke Syam,yg pd ketika itu dikuasai oleh kerajaan besar
Rom yg beragama Kristian bermazhab Roman Katholik.Dlm
kristian pun ada bbrp aliran,seperti aliran
Orthodoksi; kemudian apabila berlaku percanggahan di
kalangan kristian,muncul pula mazhab 'Protestant' yg
memprotes kpd bbrp pegangan katholik yg mrk tak puas
hati ; selepas drpd itu,muncul pula bbrp golongan
lagi,diantaranya ialah 'modenism',yakni salah satu
drpd kelompok2 yg cuba membuat pembaharuan di dlm
kristian.La ni kita berbalik kpd kristian di
Syam,yakni mrk adalah mazhab orthodok.
[ Kebanyakan org kita faham yg perkataan 'orthodok'
itu bermaksud 'kuno'.Tapi,yg sebenarnya,ia bukan
bermaksud 'kuno'; perkataan 'orthodok' itu adalah
gabungan antara perkataan Inggeris & Latin,yakni
'ortho' & 'doksi',yg bermaksud 'aqidah yg betul'.Sbb
itu bila kita membaca penulisan barat mengenai
golongan Islam orthodok,yakni yg dimaksudkan oleh mrk
ialah golongan 'Ahli Sunnah' yg mrk anggap mempunyai
aqidah yg betul. ]
Kemudian bila Islam sampai saja ke Syam di bawah
kepimpinan Abu Ubaidah Al-Jarrah,Islam akan seru org
supaya menganut Islam di atas dasar "La ikh ra ha
fiddin",yakni tidak ada paksaan di dlm berugama.Tapi
ketika itu,penduduk Syam tidak mahu juga menerima
Islam,lalu tentera2 Islam meminta jizyah drpd penduduk
Syam.Maka penduduk Syam pun memberi jizyah,krn tunduk
kpd tentera2 Islam yg lebih kurang 40k yg masuk ke dlm
negeri mrk.Apabila selesai saja Abu Ubaidah mengutip
jizyah,terdengar pula khabarnya bahwa kerajaan Rom
telah menghantar bala tenteranya utk menyerang
Syam.Lalu Abu Ubaidah pun menghantar perisik utk
membuat 'ricky' ttg kekuatan tentera Rom.Dan didapati
kekuatan tentera Rom ialah melebihi 200k,yakni
berlipat2 kali ganda.Jadi apabila dikaji,tentera2
Islam sangat berkurangan dr segi material dan kekuatan
fizikal.Maka,Abu Ubaidah,general tentera Islam
mengarahkan jizyah dibagi balik kpd penduduk Syam,krn
beliau tidak jamin boleh menang atau kalah dlm
peperangan yg bakal tercetus nanti.Keadaan ini telah
menghairankan penduduk2 kristian Syam; macamana duit
jizyah ini boleh dikembalikan,sedangkan duit itu sudah
pun berada dlm tangan tentera2 Islam? Apabila
peperangan meletus,ditakdirkan ALLAH,tentera2 Islam
pimpinan Abu Ubaidah berjaya mengalahkan tentera2 Rom
yg jauh lebih besar drpd tentera2 Islam.Ini adalah
salah satu peperangan yg ALLAH SWT izinkan tentera2
Islam yg sedikit,menang bila melawan pihak kuffar yg
banyak.Sebaik shj menang,tentera2 Abu Ubaidah kembali
semula ke Syam utk mengistiharkan Syam di bawah
pemerintahan Islam.Kemudian,keluarlah penduduk2
kristian Syam beramai2 utk melihat tentera2
Islam.Bukan krn mrk nak bayar jizyah,tetapi kali ini
utk mrk ber'syahadah'.Lalu mrk berkata,"Kami tak
pernah tengok adanya satu bala tentera yg
dididik/diasuh begitu amanah; sehinggakan sanggup
mengembalikan harta jizyah yg sudah berada dlm tangan
mrk kpd rakyat yg bukan agama mrk,krn mrk bimbang
tidak dapat menjamin keselamatan rakyat.Jadi,kami nak
masuk agama mrk krn kebaikan yg telah mrk lakukan ke
atas kami,sedangkan puak yg seagama dgn kami telah
berlaku zalim terhadap kami."..Inilah cerita sejarah
Islam yg menggambarkan org bukan Islam duduk di bawah
pemerintahan Islam.Selepas drpd itu,pakat ramailah org
masuk Islam sehingga terbentuknya banyak negara Islam.
Sehinggalah abad ke 20 ini,barulah banyak negara2
Islam telah dirampas secara sistematik.Eg,Rusia yg
apabila cuba melaksanakan sistem komunis dgn
menggabungkan banyak negara termasuklah bbrp negara yg
sebelum ini adalah negara Islam ke dlm kesatuan yg
dinamakan 'Soviet Union'.Mrk telah membunuh hampir
300k lebih tokoh2 Islam,serta membakar kitab2 Al-Quran
dan menutup masjid2; tetapi pd hari ini,penduduk
Chechnya bangkit dgn laungan ALLAHUAKBAR dan perang
jihad ke atas Rusia.Inilah cnth,apa yg dikatakan agama
tak boleh dipaksa dan Islam tidak boleh dibunuh.Satu
cnth lagi yg dikatakan agama tak boleh memaksa org
ialah semasa jatuhnya Islam di Andalus.Pihak Kristian
telah menangkap org2 Yahudi,lalu diberi bbrp
pilihan,samada : dibunuh; lari keluar drpd Andalus;
ataupun masuk agama kristian.Adakah Islam menggunakan
kaedah yg sama dgn kristian ini semasa pemerintahan
Islam ??? Akhirnya puak kristian gagal dgn menggunakan
cara memaksa org masuk agama mrk.
Ustaz kata,beliau tekankan topik "Islam phobia"
dlm masyarakat non-muslim di M`sia ini supaya menjadi
jelas,krn kalau kita tidak memperbaiki keadaan yg
dikatakan "Islam phobia" ini,kita akan
dipertanggungjawabkan di depan ALLAH SWT nanti.Ini
memerlukan post mortem juga,krn Islam yg ALLAH
bangkitkan kpd kita adalah sbg rahmat.
....bersambung.........
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://messenger.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>