*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
....Sambungan....
'Islam phobia' juga memerlukan post mortem,krn
Islam yg ALLAH bangkitkan kpd kita adalah sbg
rahmat.Lalu ustaz memperjelaskan punca2 terjadinya
'Islam phobia' ini :-
i) sebahagian org2 yg mengaku sbg org Islam sendiri
yg menakut2kan org bukan Islam kpd Islam.
[ Yg ni,media2 pro-BN kena bertanggungjawab dlm hal
ini,i.e.UM,BH,TV1,TV2,TV3; termasuklah
wartawan2nya,penyampai2 beritanya & pengedar2nya juga;
krn mrk2 inilah yg pernah memberitahu masyarakat bahwa
sekiranya tertubuh negara Islam M`sia,maka org bukan
Islam akan dipaksa masuk Islam.Inilah yg membuatkan
org bukan Islam takut krn yg kata itupun org yg
mengaku Islam juga.Bila puak2 bukan Islam ni dengar
saja 'negara Islam',mrk perlulah buat rujukan.Pada
siapa mrk nak rujuk?...Jawapannya,mestilah kpd org2
Islam juga.Tetapi org Islam sendiri yg mengatakan kpd
mrk (non-muslim),"Kalau hangpa beri peluang kpd Islam
memerintah,maka hangpa akan dizalimi." ]
Ini semua telah diberitahu oleh Nabi s.a.w. di
dlm hadis riwayat Imam Bukhari mengenai qiamat,yg
bermaksud,"Dekat2 nak qiamat nanti,akan muncul
penyeru2 kpd neraka jahannam.Mrk itu adalah satu agama
dgn kita dan cakap satu lidah dgn kita.Tetapi mrk seru
kpd neraka jahannam."
[ Kadang2 org Melayu cakap dgn org bukan Islam,macam
bagi depa takut saja,"Lu nanti,hah! Kita org nanti
buat Islam,lu org nanti kena wooo !" ]
ii) Di dlm kajian pihak orientalis antarabangsa
(seperti kristian),kenapa Islam antara agama yg
terlalu cepat berkembang? Walhal,sampai ke hari ini
tiada satu kerajaan pun yg menolong Islam berkembang.
[ Kalau kita pernah dengar yg Presiden Muamar Gaddafi
kata yg beliau nak usaha sebar Islam,tapi dlm satu
keadaan lagi,dia pernah berkata yg cakap Muamar
Gaddafi dgn cakap Muhammad s.a.w. adalah sama
saja.Menurut sebuah buku yg ditulis sendiri oleh
Muamar Gaddafi bernama 'Kitabul Akbar' (buku hijau);
beliau mengatakan bahawa cakap Nabi s.a.w. tidak boleh
diterima,yg layak boleh diterima hanyalah Al-Quran.Krn
Nabi adalah org dan Muamar Gaddafi pun org
juga.Macamana Nabi bagi pendapat,begitulah juga Muamar
Gaddafi berhak bagi pendapat,yg mungkin betul dan
mungkin ada yg salah......Jadi,org macam Muamar
Gaddafi ni,tiada pertolongan drpd ALLAH utknya.Dia
lawan Amerika hanya atas dasar bangsa Arab. ]
Tidak ada satu badan/negara yg kuat,yg betul2
memberikan sumbangan utk menggerakkan perkembangan
Islam seluruh dunia; sepertimana yg dibelanjakan oleh
missionary kristian utk menyebarkan agamanya di
seluruh dinia.Tapi,persoalan yg dikaji oleh kristian :
kenapa Islam boleh menjadi satu agama yg terus menerus
berkembang?...Yg ni,kita kena ambik pengajaran.Krn
kata para pengkaji orientalis,bahwa antara sbbnya yg
besar ialah Islam adalah satu agama yg melampaui atau
melepasi batasan2/tradisi2/adat/cara/bangsa/perkauman
tertentu.Sbg cnth,utk Islam,tiada satu fesyen pakaian
yg tertentu yg mesti dipakai oleh org Islam.Lalu ustaz
kata,jubah yg beliau pakai pada malam itupun bukanlah
semestinya org Islam kena pakai.Pakai t-shirt/seluaq
jeans ala barat bila mai kuliyyah pun kira ok dah
tu.Memanglah pakai jubah itu satu sunnah,tapi sunnah
itu pula dikategorikan oleh ulama sbg 'Sunnah
Jibiliyyah',yg membawa makna sunnah di peringkat yg
mana dipakai/dilakukan oleh Nabi s.a.w. di atas dasar
ke'Arab'annya.Jadi,kalau kita buat krn ikut
Nabi,bolehlah pahala kat kita.Tapi dari segi zat jubah
itu sendiri menurut ulama,dia tak dak apa2.Hanya
perbuatan mengikut Nabi s.a.w. itu shj yg membolehkan
kita dapat pahala; krn tidak ada satu Nas pun yg
meminta sangat supaya org Islam pakai jubah.
Begitu jugalah dgn pemakaian serban; krn tidak
ada satu hadis pun yg Nabi s.a.w. menyatakan mesti
pakai serban.Riwayat yg suruh pakai serban memang
tidak ada,tapi yg ada hanyalah cerita berkenaan
Rasulullah s.a.w. memakai serban ketika membuka kota
Mekah.Kemudian ustaz memberitahu satu hadis yg
mengatakan bahwa pakailah serban krn malaikat juga
pakai serban,adalah 'dhaif'.Tapi kalau kita pakai
serban krn ikut tauladan Nabi,maka itu adalah
sunnah.Tetapi,wajibkah kita pakai
serban?...Jawapannya,tidak ada kewajipan memakai
serban.Adakah seorg Islam yg tak pernah pakai
serban,cacat Islamnya?...Jawapannya ialah apapun tak
cacat.
Jadi,kehebatan Islam mengatasi masalah cara
pemakaian ini.Oleh sbb itu,kalau tuan2 nak bawa satu
ajaran Islam,tolong jangan bawa satu fesyen pakaian yg
tertentu,iaitu jangan menyeragamkannya.
Lagi satu cnth ialah Islam melampaui batasan
bahasa.Eg,Islam tak mewajibkan seseorg Islam itu mesti
boleh bercakap bahasa Arab.Adakah seseorg Islam itu yg
tak tau berbahasa Arab sejak dr lahir sampailah hari
dia mati; apakah cacatnya dia nak berjumpa dgn
ALLAH?...Jawapannya,tarak cacat kat mana pun,selagi
mana dia mengamal semua amalan ajaran Islam.
Lagi satu cnth ialah Islam melepasi batasan
bangsa.Diantara punca Islam ni tak boleh
berkembang,ialah krn Islam telah dikaitkan dgn
bangsa.Sbg cnth paling mudah ialah org Melayu kita
sendiri la tuan2.Dimana kita selalu cuba kaitkan Islam
dgn bangsa Melayu,yakni org kata masuk Islam,tapi kita
kata masuk Melayu.Kalau mentality kita macam nilah
tuan2,sorry la; bangsa Cina akan takut nak masuk Islam
krn dia tengok kebanyakkan org Melayu ni
pemalas/penyegan.
Begitu jugalah dgn masalah nama.Kalau seseorg
itu nak menggunakan nama asalnya (yakni nama sebelum
Islam) walaupun sesudah memeluk Islam,ini tidak
mencacatkan Islamnya.Sbg cnth,Omar Al-Khatab,itulah
namanya sebelum/sesudah Islam; dan begitulah juga
Osman bin Affan,yg nama inilah digunakannya
sebelum/sesudah Islam.Tetapi di M`sia ni,mungkinlah
disebabkan masalah hak2 tertentu yg diperolehi org2
bumiputra/Islam,maka ramailah yg tukar nama utk
kepentingan/kebaikannya.
Jadi,di atas agama yg tidak mementingkan
batasan2 yg disebutkan tadi,maka bolehlah Islam
berkembang dlm semua bangsa.Dan inilah kaedah yg
diciplak oleh kristian; dimana seorg yg bernama Mother
Theresa telah berjaya meng'kristian'kan sebanyak 30
juta org di India dgn meniru kaedah Islam ini.Dia
tidak bercakap masalah trinity iaitu 1 in 3 atau 3 in
1,macam syampoo tu kpd org2 India,tapi dia
tinggal/bermesra dgn org2 tempatan dgn begitu lama;
dan apabila dia mendapat duit peruntukkan yg begitu
banyak drpd missionary kristian,dia pun buat
hospital/tempat2 kebajikan sehinggakan ramailah org2
India sayang pdnya dan masuk kristian.
Jadi,org2 Islam pula kena ambik pengajaran dlm
hal ini,khususnya utk jangkamasa panjang,dan
terutamanya kpd org2 Islam P.Pinang.Jangan haraplah
nak jadi macam K`tan/T`ganu,melainkan kena Islamkan
dulu puak2 jahiliyyah yg dok berterabok tu.
Oleh itu,apakah kaedah yg perlu kita guna utk
memahamkan org bukan Islam ttg Islam? Di sini,kita
juga perlu tahu,yg satu pihak lagi,memang kerja mrk
hanya perlu menakut2kan org bukan Islam ttg Islam krn
kepentingan nak mempertahankan kuasa mrk.Tapi, kerja
kita pula ialah utk menghilangkan rasa takut drpd org
bukan Islam itu.Oleh sbb itu,menurut Ustaz :
i) langkah pertama ialah macamana kita nak terang
ttg Islam kpd org bukan Islam? Macamana kalau seorg
Cina mai dekat kita,lalu dia tanya,"Hello Aji,gua ada
dengaq `aaa itu Islam ada baikla.Boleh Aji bagi tau
sama gua,apa itu Islam,hah?...Takkan kita nak bagi tau
dekat dia,"Lu nak tau kalu,lu kena sunat dulu la."
[ Mampuih dia tak masuk Islam punya.]
Kaedah yg macamana perlu kita ambil,iaitu dgn
sekali penerangan shj,dia boleh faham; macamana tu?
Menurut ustaz,ada soalan yg lebih kurang sama juga
telah diajukan oleh Sheikh Ali Tantawi (bukan yg mai
kat M`sia hari tu; yg hari tu nama Muhammad Tantawi)
kpd murid2nya.Soalannya ialah,"Sekiranya anda berjumpa
dgn seorg yg datang dr eropah di airport yg sedang
menunggu utk di transit dlm masa setengah jam lagi;
tiba2 dia tanya : Sdra boleh tolong saya tak? Saya
baru pertama kali singgah di negeri tuan dan saya tak
tau lagi ttg Islam.Boleh tak tuan tolong bagi tau
dekat saya,apa dia Islam tu,dlm masa setengah jam yg
saya ada ni?"...Ada juga murid Sheikh tu bagi
tau,"Islam tak boleh mengaji dlm masa setengah jam
shj,tetapi you kena masuk kelas dan belajar selama 5
thn."
[ Kalau lagu tu punya penerangan,Mat Saleh tu nanti
bagi tau,"Ooooih,kalau 5 thn,habihlah masa
aku.Sorry,banyak kerja lain yg aku nak buat." ]
Lalu menurut Sheikh Ali Tantawi,bahwa ada org pi
jumpa Nabi s.a.w.,kemudian dlm masa tak sampai
setengah jam saja,org tu masuk Islam.
[ Tapi,awat kat kita,sampai nak hurai pun jadi payah
sangat? ]
Kemudian ustaz memberi cnth macamana kita nak
menerangkan ttg Islam kpd org bukan Islam.Pendekatan
yg perlu digunakan,hendaklah menjurus kpd apa yg
membolehkan org tertarik pd Islam.Sepertimana jawapan
yg dijelaskan oleh Ja`afar bin Abi Talib (sepupu Nabi
yg mengetuai org Islam yg berhijrah ke Habsyah) ttg
Islam kpd pertanyaan Raja Najasyi.Tanya Raja Najasyi
kpd Ja`afar,"Hangpa ni ugama apa? Hingga
memecah-belahkan kaum hangpa.Tak masuk kot ugama aku
dan tak masuk kot ugama yg lain2.Jadi,hangpa ni ugama
apa?"...Kita tengok cara Ja`afar jawab hingga
menyebabkan Raja Najasyi berlinangan airmata setelah
mendengar penjelasan drpd Ja`afar.Kata Ja`afar,"Wahai
Raja,kami dahulunya adalah kaum jahiliyyah; sembah
berhala; makan bangkai (binatang yg tak disembelih);
mendatangi benda yg keji2 (yakni zina); memutuskan
hubungan silaturrahim; menyakiti hati jiran; org yg
kuat menindas org yg lemah.Beginilah hidup
kami,sehinggalah Tuhan menghantarkan seorg Rasul kpd
kami; yg mana kami kenal sangat akan keturunannya;
kami kenal akan benar cakapnya; kami kenal akan
amanahnya; kami kenal dia seorg yg tidak tamak pd
harta; dan dia menyeru kami kpd ALLAH utk kami
meng'tauhid'kanNya dan menyembahNya; dia juga minta
kami tanggalkan apa yg kami sembah semenjak turun
temurun,iaitu batu2 berhala; dia perintahkan kami
supaya jangan berbohong,tunaikan amanah dan hubungkan
silaturrahim; dia larang kami dari membuat perbuatan
keji.Lalu kami membenarkannya dan beriman dgnnya,serta
kami ikut apa yg Tuhan bagi kpdnya.Tapi bila puak
jahiliyyah Quraisy tahu; maka mrk azabkan kami;
fitnahkan kami drpd agama kami; paksa kami utk kembali
kpd agma jahiliyyah; lalu kami terasa dianiaya dan
berhijrah ke negeri tuanku krn kami pilih tuanku dan
nak berjiran dgn tuanku."
.....bersambung......
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://messenger.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>