*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Nampaknya akhbar HARAKAH sudah menjadi macam HANTU
JERANGKUNG  yang
menakut lagi menggerunkan  bagi  kesemua hulubalang
UMNO. KDN yang dungu itu pula, kini
bukan merupakan sebuah kementerian yang berwibawa.
Sebaliknya ia menjadi batu jemala yang dipijak oleh
UMNO untuk meneruskan niat jahat
dan dendam kesumat terhadap perjuangan Islam.

UMNO lebih rela melihat akhbar-akhbar seperti NST
misalnya (yang kini  hebat menyiarkan iklan Carlsberg
- A Toast To The Past, A Celebration For The Future:
Introducing Carlsberg 21 st Century Beer ) untuk terus
beroperasi berbanding dengan akhbar Harakah yang
memuatkan tazkirah dari dua orang Tuan Guru dalam
setiap terbitannya. Mata dan hati mereka telah buta.
Lebih buta dari Si Buta dari Gua Hantu. Mereka
sudah tidak mampu lagi untuk membezakan antara intan
dengan kaca.Inilah hakikatnya yang sedang dialami oleh
mereka. Gara-gara memusuhi
Islam mengikut telunjuk Maha-maha dan Lah B.

Perjuangan Islam tak mengenal erti kalah. Kita mesti
tukarkan masalah menjadi peluang ( turn problems into
opportunities). Jika Harakah dihalang dari dijual
secara terang-terang, kita jual secara samar di bawah
cahaya bulan. Kita daftarkan lebih ramai ahli PAS.
Kita buka kaunter di setiap
cawangan dan jual Harakah di kesemua pejabat cawangan
PAS. Jangan risau. Cawangan boleh ditubuhkan di
mana-mana saja. Pondok buruk , bawah pokok,  malah  di
alam siber pun
 boleh jadikan pejabat cawangan. Alamat? Gunakan saja
kemudahan e-mail.  Dalam era IT ini, semuanya boleh ,
kecuali pengesahan pendaftaran pengundi baru.
Bersegeralah. Mari kita tubuhkan PAS cawangan siber
banyak-banyak. . Kalau IT boleh menggalakkan kita ke
arah 'paperless society', dan pembelajaran universiti
secara virtual,
kini kita boleh beroperasi sebagai PAS  cawangan
secara virtual. Bolehlah kita mendaftarkan ahli secara
beramai-ramai secara virtual.  Kalau KDN nak rampas
Harakah yang kita jual di pejabat cawangan, tunjukkan
saja kad keahlian dan alamat e-mail pejabat cawangan
siber PAS.

Ayuh, apa lagi yang kita tunggu. Hari pertama Harakah
diharamkan, kita akan halalkan penjualannya mengikut
lunas undang-undang yang digubal oleh UMNO sendiri.
Biar mata mereka terus terkebil-kebil. Malaysia pasti
milik Parti Islam tahun 2004 nanti.................

SELAMAT MENCUBA (jangan lupa rebut peluang Promosi
Lailatul Qadr)

Wassalam
ENGKU HAMID





__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://messenger.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke