*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Date: Monday, December 27, 1999 6:21 PM
Subject: [PAS] Lancarkan Kempen Boikot Akhbar-Akhbar Harian
Saya amat terkejut dengan tindakan KDN menarik balik Permit PP Detik
pada
Khamis. Keesokan harinya, KDN telah melancarkan operasi Harakah untuk
merampas Harakah di seluruh negara. Bermula di KL, sebanyak 2600
naskah
Harakah telah dirampas.
> >Subject: [parti-keadilan] [PAS] Lancarkan Kempen Boikot Akhbar-Akhbar
> >Harian
> >Date: Wed, 29 Dec 1999 09:00:06 +0800
> >
> >
> >harakah hanya akan menyiarkan sukan yang menutup aurat....bukan macam
> >utusan..
> >kalau boleh semua yang terdedah nak disiarkan.....
> >
> >ayah wan wrote:
> >
> > > aku tetap beli paper utusan...sebab harakah tak der sukan......
> > >
> > > -----Original Message-----
> > > From: anak bujang <[EMAIL PROTECTED]>
> > > To: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>;
> > > [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
> > > Date: Monday, December 27, 1999 6:21 PM
> > > Subject: [PAS] Lancarkan Kempen Boikot Akhbar-Akhbar Harian
> > >
> > > >Saya amat terkejut dengan tindakan KDN menarik balik Permit PP Detik
> >pada
> > > >Khamis. Keesokan harinya, KDN telah melancarkan operasi Harakah untuk
> > > >merampas Harakah di seluruh negara. Bermula di KL, sebanyak 2600
naskah
> > > >Harakah telah dirampas.
> > > >
> > > >TPM, Abdullah Badawi telah menyalahkan pihak Harakah menabur fitnal
dan
> > > >dijual terbuka kepada umum. Adakah ini tindakan kerajaan yang
> >Berwawasan
> > > dan
> > > >Bersepadu seperti yang dinyatakan dalam manifesto BN.
> > > >
> > > >Sejak pemecatan Anwar, rakyat telah memahami erti keadilan dan dapat
> > > >membezakan kezaliman and kebaikan. Rakyat telah bangkit untuk
> >menyatakan
> > > >perasaan mereka. Jesturu itu, mereka dahagakan informasi and maklumat
> > > >alternatif untuk mengetahui keadaan sebenar and kisah-kisah benar
> >isu-isu.
> > > >
> > > >Selepas operasi Lalang pada tahun 1987, semua lidah parti politik dan
> > > >majalah telah dikenakan peraturan yang lebih ketat. Ini telah
> >menunjukkan
> > > >kerajaan ingin menghadkan kebebasan bersuara rakyat. Dan kini, ia
> >menjadi
> > > >lebih melampau lagi. Penarikan permit adalah perkara biasa yang
> >berlaku.
> > > >
> > > >Jika kita ada ambil perhatian, banyak majalah hiburan yang permitnya
> >telah
> > > >luput dan belum diperbaharui masih boleh dilihat di rak-rak akhbar.
> >Kenapa
> > > >KDN mengambil tindakan double standard terhadap ini?
> > > >
> > > >INGAT, DOUBLE STANDARD BUKAN STANDARD.
> > > >
> > > >Sekarang, saya teringat peribahasa cina:
> > > >
> > > >Hanya benarkan pegawai kerajaan menyalakan obor, Tidak benarkan
rakyat
> > > >menyalakan lampu.
> > > >
> > > >Sebenarnya, menyalakan obor dan lampu adalah sama, iaitu untuk
> >menerangkan
> > > >kawasan gelap.
> > > >
> > > >Jika dikatakan menabur fitnah dan menakut-nakutkan rakyat, akhbar
yang
> >akan
> > > >diambil tindakan keras ialah, NST, UM dan BH.
> > > >
> > > >Kenapa apa-apa tindakan tidak dilakukan? Kerana mereka menyalakan
> >"obor".
> > > >Menyiarkan iklan-iklan berunsur memecah-belahkan rakyat di
pilihanraya
> > > >tetapi masih boleh mendapatkan permit.
> > > >
> > > >KDN terutamanya, hendak meneruskan siasatan HARAKAH PALSU dan POSTER
> >PALSU
> > > >WAN AZIZAH. Adakah Harakah palsu tidak menyalahi akta KDN. Kenapa
> >mereka
> > > >dibenarkan diedar berleluasa ke tangan pengundi? Diharap pihak KDN
> >memberi
> > > >penjelasan yang menyeluruh.
> > > >
> > > >Pengundi hantu seperti pengundi pekerja asing telah kian
> >menjadi-menjadi,
> > > >tidakkah ini adalah isu-isu yang lebih penting? Ini berkait dengan
hak
> > > >warganegara kita yang kian terhakis.Selain itu, Reformasi ke atas
polis
> > > >perlu dilakukan.
> > > >
> > > >Berdasarkan perkara-perkara di atas, saya rasa telah tiba masanya dan
> > > alasan
> > > >ini telah mencukupi untuk kita melancarkan kempen memboikot
> >akhbar-akhbar
> > > >harian.
> > > >
> > > >Diharap Gerak, Adil yang telah diam seketika, bergabung tenaga dengan
> >PRM,
> > > >PAS, DAP dan keADILan sama-sama melancarkan kempen memboikot akhbar
> >harian
> > > >mainstream selama satu bulan. Beritahu mereka hak rakyat bersuara
perlu
> > > >dihormati. Pada masa yang sama, kita perlu menggalakkan kita membaca
> >dari
> > > >net.
> > > >
> > > >Jangan beli.................... Biar mereka tahu.
> > > >
> > > >....dari tat kean -(pembaca MRF) 27 December 99
>
>
> Email forward dari somebody..nama dirahsiakan..
>
> Saya merasa terpanggil untuk membongkarkan apa yang telah pendam sekian
> lama.
> Hatta, ianya telah saya ketahui sebelum pilihanraya bermula . Hari ini,
> genap
> sebulan Pilihanraya Umum telah berlalu. Memang saya akui seperti mana
> yang
> diistilahkan oleh Webmaster Laman Reformasi iaitu 'Pilihanraya Orkestra'
>
> memang
> begitu tepat sekali kerana suami saya adalah salah-seorang yang terlibat
>
> dalam
> perencanaan ini. Atas dasar keinsafan dan penuh tanggungjawab, saya rela
>
> membongkar perkara ini walaupun mungkin suami saya sendiri mengesyaki
> saya
> terlibat pendedahan ini.
> Mahathir dan Khalil Yaakob adalah dalang utama dalam sandiwara ini.
> Bayangkan
> jika BN kalah. Sudah pasti Mahathir akan diheret ke Mahkamah dan
> disiasat. Maka,
> untuk menyelamatkan dirinya sekurang-kurangnya dalam tempoh masa 5 tahun
>
> lagi,
> mereka telah merancang suatu perencanaan yang begitu rapi yang turut
> dianggotai
> beberapa ahli termasuklah suami saya.
> Saya akan cuba mengungkapkan satu persatu muslihat-muslihat dan penipuan
>
> yang
> telah dilakukan pada pilihanraya baru-baru ini. Terlebih dahulu, saya
> meminta
> maaf jika apa yang bakal saya perkatakan ini masih tidak boleh difahami
> oleh
> pembaca.
> 1. 'Selective Candidate'
> Pengagihan kerusi telah pun dirancang beberapa minggu sebelum
> pilihanraya. Ianya
> bukan pengagihan kerusi untuk menentukan siapa yang bakal menjadi calon
> tetapi
> penentuan siapa yang akan diberikan kemenangan dan siapa yang akan
> dibiarkan
> menemui kekalahan.
> Senarai Kemenangan
> Ada 3 senarai yang telah ditentukan. Antara calon yang dijanjikan
> kemenangan
> dalam senarai pertama ialah Mahathir sendiri, Pak Lah, Hishamuddin
> Hussein,
> Tajol Rosli, dan Ling Liong Sik.
> Senarai Kekalahan
> Wujud dua senarai : Pertama, senarai untuk BN dan kedua untuk BA.
> Antara calon dari BN : Megat Junid, Hamid Othman dan Wan Mohktar.
> Antara Calon BA : - Semua calon keADILan terutamanya exco Pemuda kecuali
>
> Dr Wan
> Azizah.
> : - Karpal Singh, Chen Man Heng dan Lim Kit Siang
> : - Dr Hatta Ramli dan Dr Dzulkefly (pakar racun).
> Tujuan Kekalahan (BN) :
> Kekalahan Menteri-menteri dan orang-orang besar dalam BN adalah untuk
> mengimbangi keputusan pilihanraya dan di masa yang sama adalah untuk
> menunjukkan
> ketelusan dalam pemilihan kali ini.
> Tujuan Kekalahan (BA) :
> (i) Kekalahan Calon-calon dari keADILan :
> - Untuk menunjukkan bahawa parti ini masih baru dan tidak dapat diterima
>
> oleh
> rakyat.
> - Untuk memalukan nama baik parti ini. Tidakkah kita terfikir ada
> sesuatu yang
> tidak kena apabila kesemua calon keADILan kalah di peringkat Parlimen
> sedangkan
> kita sendiri faham bagaimanakah 'mood' rakyat ketika itu?
> - Untuk memecahbelahkan persefahaman dalam Barisan Alternatif iaitu
> banyaknya
> pengorbanan kerusi oleh PAS dan DAP yang diberikan kepada keADILan dan
> renjatan
> seterusnya untuk memperlihatkan dan menwujudkan rasa kesal atas
> pembahagian
> kerusi yang telah dilakukan. KeADILan yang mempunyai bilangan kawasan
> parlimen
> yang terbanyak akan dipertanggungjawabkan kerana kekalahan calon
> merekalah yang
> menyebabkan BN masih mempunyai majoriti 2/3.
> - Hanya Presidennya, Dr Wan Azizah dibiarkan menang. Jika Dr Wan Azizah
> kalah,
> maka , sedikit sebanyak rakyat akan meragui keputusan pilihanraya kerana
>
> sokongan yang telah diperlihatkan kepada beliau terlalu padu.
> - Mengikut risikan dari Unit Pintar BN, banyak semua negeri yang akan
> jatuh ke
> tangan BN kecuali Johor kerana sokongan rakyat yang padu kepada BA.
> Mahathir
> mengarahkan supaya Kelantan dan Terengganu dibiarkan sahaja untuk
> mengimbangi
> keputusan pilihanraya dan 'mood' rakyat. Kerana wujud sedikit suasana
> kelam-kabut dalam perencanaan mereka, maka mereka terlupakan 4 orang
> calon
> keADILan di dua negeri tersebut. Saya akan memfokuskan Terengganu lebih
> terperinci lagi di bawah.
> (ii) Melenyapkan Suara-suara Berkarisma dan Lantang Di Parlimen
> - Sdr Ezam adalah nama pertama yang paling 'teratas' dalam senarai ini.
> Kita
> sendiri tentu faham akan kelantangan dan karisma yang dimiliki oleh
> beliau dan
> Mahathir mengarahkan agar Sdr Ezam perlu kalah walau apa cara sekalipun.
>
> - Pimpinan DAP : Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Chen Man Heng. Mahathir
>
> memang
> gentar dengan mereka. Pengalaman yang mereka miliki adalah cukup
> berharga bagi
> BA. Bayangkan Sidang Parlimen kali ini, dengan gandingan generasi
> pembangkang
> yang berpengalaman berserta dengan barisan baru yang mantap, sudah pasti
>
> kerajaan BN akan tercabar!
> Turut ditempelkan ialah dengan kekalahan pimpinan DAP, bibit-bibit
> keretakan
> akan wujud dalam persefahaman Barisan Alternatif .
> - Dr Hatta Ramli mempamerkan imej progressif iaitu imej baru dalam PAS.
> Mahathir
> menegaskan bahawa ianya akan menggugat propaganda BN sekian lama kepada
> rakyat
> bahawa PAS adalah parti kolot, parti 'ortodoks' dan parti orang kampung.
>
> Begitu
> juga penerapan imej yang dibawa oleh Dr Dzulkefly yang membongkarkan
> keracunan
> arsenik dalam tubuh Dato' Seri Anwar Ibrahim.
> 2. Isu Terengganu
> Sekali imbas, adalah sesuatu yang bodoh bagi Mahathir jika sengaja
> merancang
> untuk 'menggadaikan' Terengganu kepada PAS. Bayangkan negara yang kaya
> dengan
> hasil minyak itu sengaja dilepaskan? Sebenarnya, bagi Mahathir, ianya
> bukan satu
> persoalan kerana modus operandi Mahathir adalah 'survival' dirinya dalam
>
> masa
> lima tahun. Sekaligus, bagi mereka yang ingin 'memberontak' menafikan
> keputusan
> pilihanraya ini, maka sedikit-sebanyak akan terubat kerana kemenangan
> sebuah
> negeri yang kaya kepada BA.
> Dalam menulis semula senarai kemenangan terbabit, mereka telah
> menyenaraihitamkan hampir kesemua kerusi di Terengganu untuk 'habuan' BA
>
> dan
> mereka terlupakan kewujudan seorang calon Parlimen keADILan di Kemaman
> iaitu
> Pengerusi Perhubungannya, Hj Abdul Rahman Yusof. Sekaligus, mereka telah
>
> terlupa
> motif asal mereka untuk memberikan kemenangan sifar kepada pertandingan
> peringkat Parlimen kepada calon-calon keADILan. Perkara yang sama turut
> berlaku
> terhadap Kelantan.
> 3. Perancangan dan Perlaksanaan Rapi Di Hari Pemilihan
> Pada hari pembuangan undi, tempat-tempat yang telah dipastikan
> kemenangan oleh
> BN diawasi oleh agen-agen tertentu dengan bantuan SPR. Komposisi dan
> keadaan di
> 'pondok-pondok panas' menjadi kayu ukur samada bantuan yang bakal
> diterima
> adalah banyak atau sedikit.
> (i) Undi-undi Pos
> Undi pos adalah suatu faktor yang begitu penting untuk memastikan
> kemenangan BN.
> Kertas ini dicetak tanpa kawalan dan menunggu masa sahaja untuk
> diserapkan ke
> dewan pengiraan undi.
> (ii) Undi Dari 680 000 Pengundi Baru
> Kebanyakan undi ini dipergunakan untuk memangkah BN.Bermaksud, SPR
> mengunakan
> senarai nama yang termutakhir iaitu A99, bukannya A98. Maklumat ini mula
>
> bocor
> pada pukul 9.00 pagi di hari pengundian. Contohnya di sesetengah tempat,
>
> ada
> pengundi yang tidak layak dalam list A98 tetapi dengan menyemak nama
> mereka di
> Pondok Panas BN, mereka akan mendapati nama mereka wujud. Tetapi, bila
> disemak
> dipondok panas BA, nama mereka tidak ada.
> (iii) Bekalan Elektrik Yang Terputus
> Kebanyakan undi pos dimasukkan ke dewan pengiraan ketika bekalan
> elektrik
> terputus di Sarawak.
> Namun, taktik terkeji adalah faktor undi pos. Setelah pukul 8.00 malam,
> maka
> penghantaran undi pos ini giat dipertingkatkan lagi. Lihat sahaja kes
> saudara
> Marina Yusoff, Ezam, Zainur dan ramai lagi. Inilah yang amat ditekankan
> oleh
> Mahathir iaitu undi pos adalah suatu aset kepada mereka.
> Apabila kawasan-kawasan tertentu berada diambang kekalahan, maka
> undi-undi pos
> dihantar dengan segera seperti di Lembah Pantai, Shah Alam dan Gombak.
> 4. Mesej Terselindung
> Mahathir, dalam masa yang sama telah berpakat untuk memberikan mesej
> kepada
> orang-orang tertentu iaitu jangan cuba untuk mencabar beliau. Antara
> yang paling
> nyata ialah Najib Tun Razak. Najib adalah antara pimpinan UMNO yang
> seakan boleh
> berbuat demikian. Harapkan Pak Lah? Jauh panggang dari api. Najib
> sendiri
> dihubungi oleh Mahathir dan diberi peringatan , "I'm the boss. Jangan
> nak besar
> kepala". Perkara ini sebenarnya terjadi kerana kerisauan Mahathir yang
> tidak
> terbatas, takut-takut wujudnya musuh dalam selimut.
> Setelah 'confirm' mereka telah memenangi 2/3 kerusi parlimen, barulah
> pengumuman
> kejatuhan Terengganu dan Kelantan ke tangan BA diumumkan di kaca TV
> sedangkan
> keputusannya telah diketahui dipersekitaran 10.00 malam.
> Seterusnya, Mahathir cuba menggembar-gemburkan isu perkauman dikalangan
> Melayu-Cina. Kononnya saluran undi di kawasan-kawasan Cina adalah punca
> kepada
> kekalahan alternatif. Inilah seterusnya permainan keji lagi terkutuk
> yang
> dimainkan oleh Mahathir. Walhal, pada hakikat sebenarnya adalah tidak
> benar.
> Pengundi Cina banyak yang memangkah BA.
> Penutup
> Perkara yang terpaling penting sekali ialah sebenarnya Barisan
> Alternatif
> telahpun MEMENANGI pilihanraya ke-10 baru-baru ini dari segi teknikalnya
>
> namun
> setelah wujudnya satu 'JENAYAH TERANCANG' dari pihak Mahathir, maka BN
> kembali
> menerajui kerajaan. Sekian sahaja.Rasanya itu sahaja yang ada dalam
> bidang
> pengetahuan saya. Mungkin masih ada perkara besar yang dirahsiakan oleh
> suami
> saya. Kepada pendokong dan pencinta keadilan, jangan putus asa, teruskan
>
> perjuangan ini! Wallahua'lam.
> ikhlas,
>
> Subject: [parti-keadilan] PENTERNAKAN BABI DIBENARKAN SEMULA
>
> Kita sedia maklum bahawa sebelum pilihanraya PAS begitu fanatik kritik BN
tentang isu babi dan cukup anti pembangunan dalam semua ceramahnya.
>
> Sekarang bila berkuasa di terengganu baru nampak rasional sikit dan
berlembut pasal bela babi ini. Jika tidak TPM pun kena kutuk begitu hebat
apabila wabak JE cukup menakutkan terjadi dahulu. Beliau hanya pengerusi
satu jawatankuasa yang melihat wabak ini dari persepektif keselamatan dan
kesihatan rakyat, tetapi PAS nampak lain pulak. Sekarang Fadzil Noor pun nak
bela kaum cina bela babi dengan bangkitkan perkara ini di parlimen.
>
> Dahulu PAS anti pembangunan habis. Sekarang nak sangat Lebuhraya Pantai
Timur dengan alasan pembangunan. Baru sedar dari tidur ke? Itulah bila jadi
Kerajaan baru tahu cakap yang membawa faedah kepada rakyat berbanding bila
jadi pembangkang yang hanya pandai caci dan maki hamun orang sahaja.
>
> wasalam.
>
>
>
> On Fri, 24 Dec 1999 17:11:54 Lobotes Surinamensis wrote:
> >
> >Saya berasa pelik sekiranya membela babi oleh orang Cina dikutuk oleh
PAS.
> >Ini kerana itu memang makanan mereka. Mungkin saudara perlu mengutarakan
> >semula argumen PAS dalam mengutuk orang UMNO kerana saya tidak ingat
> >mana-mana polisi PAS yang mengatakan kita patut mengharamkan penternakan
> >babi oleh orang Cina.
> >
> >Jikalau tak silap, yang menjadi aib kepada orang Islam ialah jika orang
> >Islam memegang kepentingan berniaga dalam industri itu. Umpamanya yang
> >menjadi pemegang saham. Ini adalah haram dan wajar dikutuk. Sama juga
dalam
> >hal arak dan judi. Orang Cina minum arak dan berjudi dibenarkan, jangan
pula
> >orang melayu jual, pegang saham ataupun jadi pengerusi syarikat judi. Itu
> >yang haram; kita panjangkan argumen itu kepada industri ternakan babi.
> >Lagipun, babi itu adalah najis, berjualbeli benda najis adalah haram dari
> >segi syara'. (jika silap, sila betulkan!) Terdapat juga rungutan bahawa
> >penternakan babi secara tidak teratur mengganggu ketenteraman orang
Islam.
> >Saya masih ingat ketika penternakan babi dijalankan di Balik Pulau
(Penang)
> >saya sering bertemu bangkai anak babi hanyut ketika memancing. Perasaan
saya
> >ketika itu : langsung tidak ada rasa gembira. Penternak juga melepaskan
sisa
> >najis ke saliran awam seperti parit dan laut. Itu cerita 8-9 tahun lalu.
> >Sekarang saya tidak pasti kedudukannya.
> >
> >Perkara ini menjadi polisi PAS, kita melihat Kelantan tidak pernah
> >menghalang penternakan judi atau arak. Ia dikurangkan dan dikawal untuk
> >kepentingan awam. Mungkin suatu hari nanti orang Cina akan dengan
sendirinya
> >berhenti dari perbuatan tersebut, mungkin suatu perundangan total boleh
> >dipersetujui bersama, mungkin. Saya tidak percaya PAS akan memaksa mereka
> >melepaskan sesuatu yang belum mereka bersedia. Maklumlah, saya rasa PAS
> >mempunyai kepentingan politik dan perlu menjaga imej Islam dalam
pentadbiran
> >mereka.
> >
> >Pengharaman ternakan babi hanya UMNO Terengganu sahaja yang buat. Atas
> >dasar, dalil dan pertimbangan apa, wallahua'lam. UMNO negeri lain dan PAS
di
> >Kelantan pun tak buat, jadi saya sendiri tak faham kenapa UMNO Terengganu
> >nak buat. Arak di Terengganu ketika UMNO masih dibenarkan, dan orang
Islam
> >tiada masalah meminumnya ketika bawah UMNO. Berapa banyak bar dan karaoke
> >ada di Kuala Terengganu yang dilanggani orang Islam? Ini tidak pula
mendapat
> >perhatian.
> >
> >Jadi pada kesimpulannya, pengharaman ternakan babi sepatutnya dibenarkan
> >kepada orang Cina. Langkah PAS ini saya kira tepat dan tidak
mempertahankan
> >hak semua pihak. Yang kita nak tahu apakah dasar pengharaman asal
ternakan
> >babi oleh UMNO Terengganu.
> >>Subject: RE: [islah-net] Re: [bualbicara] Hadi, Mustafa Kekal Ahli
Parlimen
> >>Date: Thu, 23 Dec 1999 21:07:23 -0800
> >>
> >>A'kum,
> >>Saya tak pasti samada dalam Harakah atau dalam suratkhabar prokerajaan
> >>ada menyebut Haji Hadi akan membenarkan ternakan babi di negeri
Trg(dengan
> >>bersyarat). Saya harap perkara ini tak akan berlaku kerana dulu orang
PAS
> >>bukan main menghina BN seperti taukey babi dll tapi kini PAS pula nak
> >>benarkan ternak babi. Kalau orang Cina nak makan babi, cukuplah sekadar
> >>import dari negeri luar seperti yang dibuat oleh negara Singapore.
Sekarang
> >>ni orang-orang UMNO sibuk perli kami yang sokong PAS ni kerana isu ini.
> >>Saya harap Haji Hadi fikirkan semula hal ini. Jangan kerana nak jaga
hati
> >>kaum lain, hingga sanggup jilat ludah sendiri.
> >>Wassalam.
> >> >>Subject: [bualbicara] Hadi, Mustafa Kekal Ahli Parlimen
> >> >> Hadi, Mustafa Kekal Ahli Parlimen
> >> >>
> >> >>
> >> >>Anggota majlis mesyuarat kerajaan (exco) Terengganu dan juga Ahli
> >>Parlimen
> >> >>Dungun, Mustafa Ali, menafikan laporan
> >> >>akhbar yang menyeb untukan beliau dan Menteri Besar Abdul Hadi Awang,
> >>juga
> >> >>Ahli Parlimen Marang, akan melepaskan
> >> >>kedudukannya sebagai wakil rakyat di dua kawasan itu.
> >> >>
> >> >>Mustafa memberitahu malaysiakini petang tadi bahawa laporan itu tidak
> >> >>berasas sama sekali dan "100 peratus tidak
> >> >>benar." "Kami tidak tahu dari mana akhbar mengambil cerita itu,"
> >>katanya.
> >> >>"Kami masih lagi penat bertanding dalam
> >> >>pilihan raya," tambahnya. "Bagaimana mungkin kami berkempen semula
untuk
> >> >>dua lagi pilihan raya kecil?"
> >> >>
> >> >>Sabtu lalu, sebuah akhbar berbahasa Melayu, Berita Harian, melaporkan
di
> >> >>halaman depan kemungkinan Hadi dan
> >> >>Mustafa meletakkan jawatan ahli parlimen masing-masing bagi
menumpukan
> >> >>perhatian hal-ehwal pentadbiran negeri.
> >> >>
> >> >>Laporan itu memetik sumber-sumber sebagai berkata bahawa PAS
berhasrat
> >> >>mencalonkan tokoh ulama Dr Haron Din
> >> >>bagi kawasan parlimen Marang, sementara bekas pensyarah Universiti
Islam
> >> >>Antarabangsa Dr Badrul Amin
> >> >>menggantikan Mustafa di Dungun.
> >> >>
> >> >>Menurut laporan itu lagi, pemilihan tokoh-tokoh berpendidikan Islam i
tu
> >> >>bertujuan meningkatkan penyertaan ulama
> >> >>PAS di peringkat Dewan Rakyat.
> >> >>
> >> >>Spekulasi tentang hal itu semakin meluas semalam apabila hanya Hadi
dan
> >> >>Mustafa tidak menghadiri sidang pertama
> >> >>Dewan Rakyat dan majlis mengangkat sumpah seramai 193 anggota dewan.
> >> >>Bagaimanapun, sumber-sumber dalam PAS
> >> >>menjelaskan kedua-duanya tidak dapat hadir di sidang itu kerana
terpaksa
> >> >>menghadiri sidang dewan undangan negeri
> >> >>di Kuala Terengganu.
> >> >>
> >> >>Sementara itu, pembentangan belanjawan Terengganu, yang diumumkan
hari
> >>ini,
> >> >>menjangkakan lebihan RM8.475 juta
> >> >>atau 1.22 peratus daripada pendapatan yang dijangkakan.
> >> >>
> >> >>Abdul Hadi yang membentangkan belanjawan itu di sidang pertama Dewan
> >> >>Undangan Negeri di Wisma Darul Iman,
> >> >>berkata hasil pendapatan dari royalti petroleum dan gas adalah sumber
> >> >>terbesar pendapatan kerajaan negeri,
> >> >>sebanyak RM530 juta.
> >> >>
> >> >>"Prospek ekonomi Terengganu bagi tahun 2000 dianggarkan mengalami
> >> >>pertumbuhan sebanyak 5.3 peratus," jelasnya.
> >> >>
> >> >>Hadi juga menjelaskan memandangkan kerajaan Barisan Nasional
> >>meninggalkan
> >> >>beban hutang lebih RM731.334 juta,
> >> >>kerajaan PAS akan menubuhkan satu jawatankuasa hisbah untuk menilai
> >>semula
> >> >>sistem pentadbiran kerajaan negeri.
> >> >>Usaha ini termasuklah menyusun semula peranan dan tugas badan-badan
> >> >>berkanun bagi mengurangkan perbelanjaan.
> >> >>
> >> >>Selain itu, kerajaan negeri jua akan membuka semula permohonan untuk
> >> >>mendapatkan tanah bagi tempat kediaman
> >> >>dan tujuan-tujuan komersial-(pembaca MRF) 22 Dis 99
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Ir. Shahrun Bin Ishak @ Abu Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>