*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam~

o.klah... berbalik kita kpd 'Fisabilillah" dlm konteks asnab zakat.

Ulama2 4 mazhab menyatakan bahwa "fisabilillah" dlm asnab zakat adalah utk
tujuan PERANG. Malah ada yg dgn keras melarang menggunakannya w/pun dgn tujuan
utk membuat Benteng Pertahanan Perang. Begitu sekali strictnya.

Jika peruntukan fisabilillah itu digunakan utk benda lain spt sekolah etc2,
mana pula peruntukan utk para mujahidin membeli senjata dan membuat senjata
dlm usaha2 mempertahankan diri dari di serang Kapir samada Rusia, Pilipine,
India dll? Mana pula peruntukan utk memerangi golongan murtad, kepala2 murtad,
perancang2 murtad, organisasi2 murtad?.

itu lah sebabnya kita tidak suka usaha2 memalingkan pengertian Jihad atau
fisabilillah yg sepatutnya ditakrifkan menurut takrif syarie yg bererti
PERANG.

alright. Dlm konteks kita di M'sia yg tiada perang, bagaimana?. Bukankah bumi
umat islam itu satu jua. Maka tuan2 tentu saja boleh menyalurkan kpd
pertubuhan2 yg mengutip derma utk Jihad yg berlaku di muka bumi ini.

Jika tuan2 tidak jumpa tempat utk disalurkan bermakna tuan2 lebih banyak tidur
dari jaga, tidak sirius dlm deen tuan2 sendiri, panjang angan2 dan langsung
tidak memikirkannya. Tapi tak pa, krn tuan2 belum terlambat.

Dlm konteks tiada jihad krn tiada kesedian atau kemampuan maka "I'IDAD"
menjadi wajib pula. Oleh itu tuan2 boleh salurkan kpd gerakan2 Islam yg
menjadikan JIHAD sebagai Jalan, yg menjadikan I'dad sebagi sebahagian dr
programnya. TApi saya kira pembaca2 net net ramai yg miskin dr yg kaya. miskin
harta & jiwa -:). 


"Dr. Tanpa Nama 98" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Definisi Fisabilillah:
> Mereka ialah pejuang Islam yg memasuki medan pertempuran sedang mrk
> mempunyai hak dlm daftar tentera (diwan al-jund) kerana kalimah sabil
> disebutkan secara mutlak adalah bermakna peperangan. Firman Allah S.W.T:
> "Sesungguhnya Allah mengasihani org yg berjuang utk membela agamaNya,
> dalam barisan yg teratur rapi..." (Surah As-Saff: ayat 4)
> 
> "Dan perangilah kerana menegakkan dan mempertahankan agama Allah..."
> (Surah Al-baqarah: ayat 190)
> 
> Ibnu Al-Athir berkata: "Ia (fisabilillah) boleh digunakan dalam pelbagai
> makna tetapi terhad." Riwayat daripada At-tabarani menyokong apa yg
> dikatakan oleh Ibnu Athir tadi.
> 
> Pada suatu hari, para sahabat berada bersama Rasulullah S.A.W dan mereka
> telah melihat seorang pemuda yg gagah lalu mereka pun berkata: "Kalaulah
> mudanya dan kegagahannya digunakan untuk jalan ALlah (yg mereka maksudkan
> ialah utk jihad dan menolong agama Allah)." (Al-Munziri dlm At-targhib
> menulis: ia diriwayatkan oleh At-Tabarani dan periwayat2 lain)
> 
> Pendapat pendapat ulamak mazhab hanbali dan sbhgn drpd ulamak mazhab
> hanafi, mengerjakan haji adalah termasuk di dlm fisabilillah.
> 
> Drpd Ibnu Abbas r.a:
> "Bahawasanya seorang lelaki telah memberi seekor unta utk digunakan di
> jalan Allah (fisabilillah), lalu isteri lelaki itu hendak mengerjakan
> haji. Maka Nabi S.A.W bersabda kpdnya: "Tunggulah unta tersebut sbb haji
> termasuk fisabilillah." (Riwayat Abu Daud)
> 
> Fatwa Al-Qardhawi berdasarkan dalil-dalil di atas:
> "Walaupun konteks sabilillah tidak luas namun ia merangkumi semua
> kebaikan dan masalah. Tetapi aku tidak menyempitkannya dan ia tidak
> terhad kpd jihad tentera shj. Kadangkala jihad juga boleh dilakukan dgn
> pena dan lidah, pedang dan tombak, pemikiran, pendidikan, sosial,
> ekonomi, politik ataupun tentera. Yg penting ialah melaksanakan semua
> syarat asasnya, iaitu hendaklah fisabilillah iaitu bererti menolong agama
> Islam dan meninggikan kalimahNya di muka bumi. Yg dimaksudkan dgn jihad
> ialah mengutamakan jln Allah.
> 
> Al-Qardhawi meluaskan lagi makna jihad bersandarkan kpd dalil tertentu:
> 1. "Seafdal jihad ialah berkata benar di hadapan pemerintah zalim"
> (Riwayat Imam Ahmad, AN-nasa'ie, al-baihaqi daripada Tariq bin Syihab)
> 
> 2. "Berjihadlah kamu terhadap musyrikin dgn harta, diri dan lidah
> kamu."(Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'ie, Ibnu hibban dan
> hakim drpd anas. Anas berkata hadith ini sahih)
> 
> 3. Diriwayatkan olh imam Muslim drpd Ibn Mas'ud, bahawa Rasulullah S.A.W
> bersabda:
> "Tidak ada seorang nabi diutuskan ALlah kpd sesuatu umat sblm aku
> melainkan dia mempunyai pesuruh dan org yg mengamalkan sunnahnya serta
> mengikut arahannya. Kemudian setelah bbrp lama, mereka mengatakan apa yg
> tidak mereka lakukan serta melakukan apa yg tidak percayai. Maka sesiapa
> berjihad menentang mereka dgn kuasanya, dia beriman. Yg berjihad dgn
> lidahnya juga beriman. Dan yg berjihad dgn hatinya juga beriman. Selain
> drpd itu tidak sedikit iman pun."
> 
> Al-Qardhawi menambah lagi, dalam fiqh zakat, qias banyak digunakan. Tidak
> ada satu mazhab pun yg tidak menggunakannya.
> 
> Imam Rasyid Reda yg mana beliau meminta agar zakat diberikan kpd ahli2
> agama:
> "Wajib bagi kita menjaga mereka ini dan menampung perbelanjaan mereka krn
> mereka membantu  mengembalikan hukum Islam. Itulah saluran yg baik utk
> berjihad menentang musuh Islam."(Tafsir Al-Manar, jilid 10, m/s 598)
> 
> Dr. Wahbah Zuhaili dlm fiqh Islami,
> "Bagi pejuang yg telah ditetapkan gaji di dalam diwan al-jund, maka zakat
> tidak boleh diberikan krn mereka sudah mempunyai gaji yg mencukupi dan
> tidak memerlukan zakat lagi. Dan wang zakat tidak boleh digunakan utk
> mengupah haji ataupun mengupah org lain mengambil alih tugasnya krn tidak
> ada perintah sedemikian rupa."(spt yg disebutkan dlm email yg lepas)
> 
> Komentar:
> Saya tidak mengatakan bahawa saudara harus mengikut pendapat ini.
> Sekiranya saudara merasakan pendapat lama lebih baik atau merasa tidak
> selesa dgn pendapat ini, maka teruskanlah pendapat yg diyakini itu. Ini
> perkara ijtihad, betul 2 pahala, salah satu pahala. Cuma tugas saya
> menyampaikan ilmu dan meluaskan pendapat-pendapat hukum2 fiqh agar kita
> tidak tertumpu kpd satu2 kitab shj.
> 
> Wallahua'lam
> 
> Rujukan:
> Al-Fiqh Islami Wal Adillatuhu, Dr. Wahbah Zuhaili
> Fiqhuz zakat, Yusuf Al-Qardhawi
> Fatwa Muasirah (I dan II), Yusuf Al-Qardhawi
> Tafsir Al-Manar(10), 'allamah Rasyid Reda


____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://webmail.netscape.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ibnu muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke