*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ZAKARIA UGUT TAMPAR TENG - Akhbar Harian Metro memilih tajuk ini ketika
mengupas kehangatan persidangan DUN Selangor.
Akhbar itu melaporkan, Zakaria Md. Deros (BN-Selat Klang),mengugut mahu
menampar Teng Chang Kim (DAP-Bandar Klang) setelah berlaku pertikaman lidah
antara kedua-dua ahli dewan itu.
Teng yang mencelah ketika Mesrah Selamat (BN-Jeram) sedang membahaskan
Belanjawan 2000, telah diherdik dan ditengking oleh Zakaria supaya duduk.
�Duduk!� Sergah Zakaria. Bagaimanapun Teng membalas dan menyuruh Zakaria
pula yang duduk. Mereka saling mengarah antara satu sama lain supaya duduk.
�Saya ni ada penyakit. Kalau orang tak mahu duduk, saya takut tangan saya
naik ke muka,� kata Zakaria sambil berjalan ke arah Teng yang duduk selang
dua kerusi daripadanya.
Bagaimanapun, Zakaria kembali ke kerusinya apabila Timbalan Speaker, Salamon
Selamat mengarahkannya duduk dan diikuti oleh Teng.
Ketika berdebat dengan Teng sebelum itu, Zakaria dengan lantang berkata, �
Ya, saya memang samseng!� selepas Teng menuduhnya berkelakuan seperti
samseng.
Emmm. Inilah calon yang dipangkah oleh penduduk Selat Klang. Belum kering
cap jari, dah pandau nak debig orang. Jika mata Teng Lebam, tidak mustahil
ada orang akan mengatakan wakil Bandar Klang itu sengaja menghantuk mukanya
ke meja Dewan.
MAWAR BERDURI
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]>