Jzklh di atas penambahan yg dibuat oleh Ibn Muhajir. Apa yg ingin saya perbetulkan kenyataan saudara ialah saya tidak HANYA memberikan pendapat al-qardhawi dlm definisi fisabilillah. Malah saya menyenaraikan semua pendapat ulamak(yg saya ada) tentang makna fisabilillah.*Sila rujuk kembali.
Definisi 1
> Definisi Fisabilillah:
> Mereka ialah pejuang Islam yg memasuki medan pertempuran
sedang mrk
> mempunyai hak dlm daftar tentera (diwan al-jund) kerana
kalimah
sabil
> disebutkan secara mutlak adalah bermakna peperangan.
Firman Allah S.W.T:
> "Sesungguhnya Allah mengasihani org yg berjuang utk membela agamaNya,
> dalam barisan yg teratur rapi..." (Surah As-Saff: ayat 4)
>
> "Dan perangilah kerana menegakkan dan mempertahankan agama Allah..."
> (Surah Al-baqarah: ayat 190)
Definisi 2
> Pendapat pendapat ulamak mazhab hanbali dan sbhgn drpd ulamak mazhab
> hanafi, mengerjakan haji adalah termasuk di dlm fisabilillah.
>
> Drpd Ibnu Abbas r.a:
> "Bahawasanya seorang lelaki telah memberi seekor unta utk digunakan
di
> jalan Allah (fisabilillah), lalu isteri lelaki itu hendak mengerjakan
> haji. Maka Nabi S.A.W bersabda kpdnya: "Tunggulah unta tersebut sbb
haji
> termasuk fisabilillah." (Riwayat Abu Daud)
Definisi 3
> Fatwa Al-Qardhawi berdasarkan dalil-dalil di atas:
> "Walaupun konteks sabilillah tidak luas namun ia merangkumi semua
> kebaikan dan masalah. Tetapi aku tidak menyempitkannya dan ia tidak
> terhad kpd jihad tentera shj. Kadangkala jihad juga boleh dilakukan
dgn
> pena dan lidah, pedang dan tombak, pemikiran, pendidikan, sosial,
> ekonomi, politik ataupun tentera. Yg penting ialah melaksanakan semua
> syarat asasnya, iaitu hendaklah fisabilillah iaitu bererti menolong
agama
> Islam dan meninggikan kalimahNya di muka bumi. Yg dimaksudkan dgn
jihad
> ialah mengutamakan jln Allah.
Dan tidak perlu kita mengatakan ulamak ini dingin terhadap jihad (tak tahulah ulamak mana yg saudara maksudkan--tapi saya rasa saudara merujuk kpd Al-Qardhawi, maaflah kalau tekaan ini salah..:))walhal beliau hanya meluaskan makna tersebut tidak sesekali menafikan makna asal.
Wallahua'lam.
ibnu muhajir wrote:
SAlam~Setelah kita mendengar pendapat Syk Yusof Qardhawi, mari kita lihat pendapat
Jumhur (majoriti) ulama.Segenap ahli Fiqh berpendapat jika disebut kata "Jihad" bererti mengarahkan
kekuatan dijalan Allah, dan jika disebut fisabilillah berarti Jihad. Dan
pemahaman dari perkataan Fisabilillah adalah jihad (perang/qital)Satu pengertian yg tepat dr lafaz fisabilillah yg diakui oleh 4 mazhab dr
hadith Bukhari:"Brgsiapa yg puasa 1 hari fisabilillah, Allah akan jauhkan antara dia & api
neraka 70 musim." (yakni puasa ketika dalam perang)Dan pengertian dari arRasul sendiri bahwa Jihad adalah Perang spt mana
dikeluarkan dalam Musnad Imam Ahmad melalui jalur rijal sholeh bahwa: dr Amru
bin Habasyh Ra"....apakah jihad itu? Hendaklah kamu perangi org kapir jika kamu dapatkan.."
Dan jika yg dikatakan jihad itu dgn pena dan lidah, pedang dan tombak,
pemikiran, pendidikan, sosial,ekonomi, politik ataupun tentera adalah di dalam
konteks PERANG telah bermula, maka segala sarana, infrastraktur, kempen,
logistic yg mengarahkan ke arah perang adalh termaksud dlm konteks Jihad.Sebagai contoh: Ibnu Khatab merakam video perang utk disebarkan ke seluruh
dunia demi mengobarkan semangat org mukmin utk berperang, adalah satu usaha
dlm konteks Jihad sebab Perang telah bermula dan dimulakan.Tetapi kita tidak dapat menamakan dgn pena, lisan, ceramah dan muktamar
sebagai jihad dlm konteks m'sia ni kerana Perang belum bermula. Kita hanya
boleh menamakan usaha2 itu sebagai dakwah dan AMar makruf nahi mungkar.Kerana apa? Kerana Jihad itu sendiri adalah satu ibadah tertentu yg
disyariatkan Allah sebagaimana ibadah2 salat, zakat, puasa .......DAlam hal ini saya sedikit bersetuju dgn si Sani yg menyarankan supaya merujuk
kpd ahlinya iaitu para ulama yg mendalami syariat, iaitu para ulama yg
berperang, krn mereka lebih mengerti. Jika yg dirujuk itu ulama yg dingin
terhadap jihad, maka penafsirannya mengenai jihad dingin juga.Allahu'alam.
"Dr. Tanpa Nama 98" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> ----------
> Definisi Fisabilillah:
> Mereka ialah pejuang Islam yg memasuki medan pertempuran sedang mrk
> mempunyai hak dlm daftar tentera (diwan al-jund) kerana kalimah sabil
> disebutkan secara mutlak adalah bermakna peperangan. Firman Allah S.W.T:
> "Sesungguhnya Allah mengasihani org yg berjuang utk membela agamaNya,
> dalam barisan yg teratur rapi..." (Surah As-Saff: ayat 4)
>
> "Dan perangilah kerana menegakkan dan mempertahankan agama Allah..."
> (Surah Al-baqarah: ayat 190)
>
> Ibnu Al-Athir berkata: "Ia (fisabilillah) boleh digunakan dalam pelbagai
> makna tetapi terhad." Riwayat daripada At-tabarani menyokong apa yg
> dikatakan oleh Ibnu Athir tadi.
>
> Pada suatu hari, para sahabat berada bersama Rasulullah S.A.W dan mereka
> telah melihat seorang pemuda yg gagah lalu mereka pun berkata: "Kalaulah
> mudanya dan kegagahannya digunakan untuk jalan ALlah (yg mereka maksudkan
> ialah utk jihad dan menolong agama Allah)." (Al-Munziri dlm At-targhib
> menulis: ia diriwayatkan oleh At-Tabarani dan periwayat2 lain)
>
> Pendapat pendapat ulamak mazhab hanbali dan sbhgn drpd ulamak mazhab
> hanafi, mengerjakan haji adalah termasuk di dlm fisabilillah.
>
> Drpd Ibnu Abbas r.a:
> "Bahawasanya seorang lelaki telah memberi seekor unta utk digunakan di
> jalan Allah (fisabilillah), lalu isteri lelaki itu hendak mengerjakan
> haji. Maka Nabi S.A.W bersabda kpdnya: "Tunggulah unta tersebut sbb haji
> termasuk fisabilillah." (Riwayat Abu Daud)
>
> Fatwa Al-Qardhawi berdasarkan dalil-dalil di atas:
> "Walaupun konteks sabilillah tidak luas namun ia merangkumi semua
> kebaikan dan masalah. Tetapi aku tidak menyempitkannya dan ia tidak
> terhad kpd jihad tentera shj. Kadangkala jihad juga boleh dilakukan dgn
> pena dan lidah, pedang dan tombak, pemikiran, pendidikan, sosial,
> ekonomi, politik ataupun tentera. Yg penting ialah melaksanakan semua
> syarat asasnya, iaitu hendaklah fisabilillah iaitu bererti menolong agama
> Islam dan meninggikan kalimahNya di muka bumi. Yg dimaksudkan dgn jihad
> ialah mengutamakan jln Allah.
>
> Al-Qardhawi meluaskan lagi makna jihad bersandarkan kpd dalil tertentu:
> 1. "Seafdal jihad ialah berkata benar di hadapan pemerintah zalim"
> (Riwayat Imam Ahmad, AN-nasa'ie, al-baihaqi daripada Tariq bin Syihab)
>
> 2. "Berjihadlah kamu terhadap musyrikin dgn harta, diri dan lidah
> kamu."(Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'ie, Ibnu hibban dan
> hakim drpd anas. Anas berkata hadith ini sahih)
>
> 3. Diriwayatkan olh imam Muslim drpd Ibn Mas'ud, bahawa Rasulullah S.A.W
> bersabda:
> "Tidak ada seorang nabi diutuskan ALlah kpd sesuatu umat sblm aku
> melainkan dia mempunyai pesuruh dan org yg mengamalkan sunnahnya serta
> mengikut arahannya. Kemudian setelah bbrp lama, mereka mengatakan apa yg
> tidak mereka lakukan serta melakukan apa yg tidak percayai. Maka sesiapa
> berjihad menentang mereka dgn kuasanya, dia beriman. Yg berjihad dgn
> lidahnya juga beriman. Dan yg berjihad dgn hatinya juga beriman. Selain
> drpd itu tidak sedikit iman pun."
>
> Al-Qardhawi menambah lagi, dalam fiqh zakat, qias banyak digunakan. Tidak
> ada satu mazhab pun yg tidak menggunakannya.
>
> Imam Rasyid Reda yg mana beliau meminta agar zakat diberikan kpd ahli2
> agama:
> "Wajib bagi kita menjaga mereka ini dan menampung perbelanjaan mereka krn
> mereka membantu mengembalikan hukum Islam. Itulah saluran yg baik utk
> berjihad menentang musuh Islam."(Tafsir Al-Manar, jilid 10, m/s 598)
>
> Dr. Wahbah Zuhaili dlm fiqh Islami,
> "Bagi pejuang yg telah ditetapkan gaji di dalam diwan al-jund, maka zakat
> tidak boleh diberikan krn mereka sudah mempunyai gaji yg mencukupi dan
> tidak memerlukan zakat lagi. Dan wang zakat tidak boleh digunakan utk
> mengupah haji ataupun mengupah org lain mengambil alih tugasnya krn tidak
> ada perintah sedemikian rupa."(spt yg disebutkan dlm email yg lepas)
>
> Komentar:
> Saya tidak mengatakan bahawa saudara harus mengikut pendapat ini.
> Sekiranya saudara merasakan pendapat lama lebih baik atau merasa tidak
> selesa dgn pendapat ini, maka teruskanlah pendapat yg diyakini itu. Ini
> perkara ijtihad, betul 2 pahala, salah satu pahala. Cuma tugas saya
> menyampaikan ilmu dan meluaskan pendapat-pendapat hukum2 fiqh agar kita
> tidak tertumpu kpd satu2 kitab shj.
>
> Wallahua'lam
>
> Rujukan:
> Al-Fiqh Islami Wal Adillatuhu, Dr. Wahbah Zuhaili
> Fiqhuz zakat, Yusuf Al-Qardhawi
> Fatwa Muasirah (I dan II), Yusuf Al-Qardhawi
> Tafsir Al-Manar(10), 'allamah Rasyid Reda
> Pengirim: "Dr. Tanpa Nama 98" <[EMAIL PROTECTED]>
Pengirim: ibnu muhajir <[EMAIL PROTECTED]>
