*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Bertemu kembali di hari pertama alaf baru.
Berikut adalah sifat-sifat tubuh badan yang terdapat pada diri Pemuda Bani
Tamim. Sesungguhnya, antara cara untuk mengenali seseorang ialah dengan
mengenali sifat tubuhnya. Walaupun bukan mutlak (kerana boleh berubah),
ianya sangat membantu untuk mengenali Pemuda Bani Tamim itu.
Antaranya:
1. Dia bermisai nipis, berjanggut panjang (tetapi tidak tebal) dan
berjambang nipis.
Misainya nipis iaitu tidak panjang sehingga menutup mulut dan tidak tebal
sehingga terbonjol keluar. Beliau sentiasa menjaga agar misainya sentiasa
nipis.
Bermisai nipis adalah sebahagian daripada sunnah Nabi SAW. Dalam Ihya
Ulumuddin oleh Imam al-Ghazali disebutkan, orang-orang warak (suluk) adalah
orang yang bermisai nipis. Maknanya, setiap wali Allah adalah orang yang
misainya nipis. Mempunyai misai nipis adalah tanda orang itu zahid.
Pada zaman ini, orang yang bermisai nipis bukan orang yang zahid melainkan
yang benar-benar meniti di atas sunnah Nabi SAW. Banyak pula yang tidak
bermisai langsung atau mempunyai misai yang tebal.
Para ulama yang sezaman dengan Pemuda Bani Tamim itu sama ada mempunyai
misai yang tebal atau tidak bermisai langsung. Jika ada yang bermisai nipis
pun, sedikit sekali.
Janggut adalah sunnah Nabi SAW dan sunnah sekalian Nabi dan rasul sejak
zaman dahulu kecuali Nabi Adam AS. Ini kerana Nabi Adam AS memang sejak asal
kejadiannya, tidak mempunyai janggut. Janggut itu cuma ada pada anak cucunya
sahaja.
Hari ini, ramai ulama yang tidak mempedulikan soal janggut dan memandangnya
sebagai amat remeh dan tidak perlu diberi perhatian langsung. Malah sudah
pun kedengaran suara-suara sumbang 'ulama' yang berkata janggut adalah adat
bangsa Arab sahaja dan bukannya suatu sunnah Nabi SAW yang mesti dijunjung
tinggi.
Mereka ini mengemukakan pula pendapat bahawa semua hadis yang berkaitan
dengan janggut adalah hadis dhaif yang tidak boleh dijadikan sumber hukum
dalam Islam. Begitulah kata mereka. Dan begitu pulalah jauhnya kesesatan
mereka dari kefahaman ajaran Islam.
Pendapat ini diberikan oleh Imam as-Sayuti dalam kitabnya yang terkenal,
al-Jami'us Soghir. Para ulama terkemudian juga ada menyebutkan hal ini
sebagai penambahan dari keterangan oleh Imam as-Sayuti itu.
2. Dia bertubuh serba sederhana.
Tubuhnya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, bentuk tubuhnya
tidak besar (gemuk) dan tidak kecil (kurus). Tubuh badannya adalah serba
sederhana, sesedap mata memandang. Sifat sedemikian adalah ciri-ciri khusus
yang hanya terdapat pada beliau seorang sahaja.
Jika ada orang yang mengaku dirinya Pemuda Suku Tamim tetapi kelihatan
tubuhnya besar, gemuk, kecil atau kurus, maka ciri-ciri dirinya itu tidak
menepati kehendak dan maksud sebenar Pemuda Bani Tamim.
Ciri-ciri ini ada dikemukakan oleh Imam as-Sayuti dalam kitabnya al-Jami'us
Soghir dan juga berdasarkan keterangan yang turut diberikan oleh Imam Ibnu
Hajar al-Haitami.
3. Kulitnya tidak terlalu gelap dan tidak terlalu putih.
Dikatakan kulitnya berwarna kuning. Maksud kuning di sini hanyalah kiasan
sahaja. Maksudnya ialah, bahawa Nabi SAW menjelaskan bahawa Pemuda Bani
Tamim itu memang bukan berkulit Arab kerana orang Arab lazimnya berkulit
merah atau putih kemerah-merahan.
Hadis ini juga menjelaskan bahawa beliau bukan lahir di negara-negara Arab
atau tinggal membesar di negara-negara Arab. Jika Pemuda Bani Tamim itu
berkulit seperti orang Arab, mungkin Nabi SAW tidak akan menyebutkan warna
kulitnya.
Jika disebut pun, akan dinyatakan bahawa "� kulitnya sama seperti kamu."
Iaitu sama seperti orang-orang Arab. Hadis Nabi SAW itu hanya menjelaskan
secara tersirat bahawa keturunan Pemuda Bani Tamim itu sudah bercampur
dengan bangsa Ajam dan hampir sebati dengan bangsa Ajamnya itu, iaitu bangsa
Timur.
Seperkara lagi, mungkin memang benar-benar kuning warna kulit Pemuda Bani
Tamim itu, untuk menafikan jika ada orang yang cuba-cuba mengaku dirinya
Pemuda Bani Tamim tetapi kulitnya kelihatan 'agak gelap', maka pengakuannya
itu secara automatik akan tertolak.
Hadis ini hanya menyukarkan lagi mana-mana peribadi untuk cuba menipu orang
Islam awam dengan pengakuan bahawa dirinyalah Pemuda Bani Tamim yang
dinanti-nantikan itu.
4. Gigi depannya bersulah, iaitu tumbuh secara hampir membujur.
Tiada sebuah hadis pun yang menceritakan tentang hal ini. Tiada pula dari
keterangan para tabiin atau tabiit tabiin. Imam as-Sayuti juga tidak pernah
menceritakan sifat sebegini dalam mana-mana kitabnya.
Keterangan ini dijelaskan oleh ulama-ulama dari kalangan Bani Tamim yang
tinggal di Jordan. Pendapat ini juga masyhur di kalangan para ulama hadis di
Jordan.
Maknanya, perkhabaran ini datangnya daripada orang yang dipercayai oleh
masyarakat Jordan, terutama yang berketurunan Bani Tamim atau suku Tamim.
Mereka juga sedang sibuk mencari orang yang sifatnya sedemikian, berdasarkan
keterangan itu.
5. Dia bertutur dengan bahasa Ajam.
Sesuai dengan tempat lahirnya, bangsa Timurnya, persekitarannya dan cara
hidupnya di Timur, beliau bertutur dengan pertuturan Ajam dalam urusan
hariannya. Namun, beliau masih tetap boleh bertutur dalam bahasa Arab dengan
baik dan fasih, sesuai dengan pendidikan dan suasana kekeluargaan yang
mendorongnya boleh berbahasa Ajam dan Arab.
Keterangan ini ada disebutkan oleh Imam as-Sayuti dalam kitabnya yang
terkenal itu, al-Jami'us Soghir.
6. Ketika zahirnya, dia termasuk orang yang sukar bercakap.
Ketika awal zahirnya ke dunia ini sebagai pemerintah, beliau termasuk orang
yang sukar bercakap. Sifat ini bukanlah suatu yang semulajadi, yakni bukan
sejak lahirnya tetapi setelah besarnya.
Namun, tidak pula dinyatakan dengan lebih lanjut berapa lama beliau sukar
bercakap itu. Berdasarkan satu keterangan, beliau akan dapat bercakap
seperti sedia kala setelah bertemu buat kali pertama dan berbaiat dengan
Imam Mahdi di Baitullahil Haram.
Hikmah perkara ini dilakukan adalah untuk menyukarkan sesiapa sahaja yang
cuba-cuba mengaku dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim. Jika syarat ini tiada
pada dirinya (yakni boleh bercakap seperti biasa), maka dia itu bukanlah
Pemuda Bani Tamim yang dinanti-nantikan, sebaliknya adalah penipu yang tidak
usah dipedulikan.
Sekian, wassalam.
Arjuna Armada
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>