*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Oleh kerana Pemuda Bani Tamim itu disebut oleh Rasulullah SAW sebagai 
pemimpin umat akhir zaman, sudah tentulah corak perjuangan dan amalannya 
adalah mirip perjuangan dan amalan Rasulullah SAW. Bagi orang bertaqwa, 
bukan masalah kecil atau besar sesuatu amalan itu, tetapi kerana siapa 
mereka beramal. Para sahabat kerana amat fanatik kepada Rasulullah SAW, 
mereka masih menundukkan kepala di satu laluan yang semasa hayat Rasulullah 
SAW terdapat ranting pokok (yang menghalang jalan). Sedangkan ketika itu 
pokok itu pun telah lama tiada.
Inilah antara perkara yang telah hilang dari umat akhir zaman ini, yang 
bakal hidup kembali dengan kepemimpinan dari reformer yang dijanjikan Allah 
SWT di setiap awal kurun.
Saya telah meneliti perbincangan berkenaan serban. Amat menghairankan, 
orang-orang yang mengaku ikut sunnah telah menolak bahawa serban itu satu 
sunnah. Yang lebih malang, orang yang melarang bertaqlid buta, telah 
bertaqlid dengan ulama-ulama Saudi yang telah lama meninggalkan sunnah.
Hari ini hari terakhir alaf ini, saya teruskan tajuk ini dengan 
sunnah-sunnah lahiriah yang dapaat dilihat pada peribadi Pemuda Bani Tamim 
itu.

1. Dia memakai serban.

Oleh kerana pemimpin tersebut adalah seorang pejuang Islam yang amat cinta 
kepada Rasulullah SAW, pastilah segala sunnah Rasul itu diperjuangkannya. 
Tidak mungkin seorang pejuang Islam tidak berserban seperti Rasulullah SAW. 
Walaupun ketika ini,  amalan sunnah seperti berserban itu telah 
dimomok-momokkan oleh orang.
Disebutkan tentang warna serban, sebenarnya banyak hadis menyebut tentang 
serban pemimpin ini, samada secara khusus ataupun secara umum (merangkumi 
pengikut-pengikutnya). Khususnya di dalam kitab Jamiussoghir karangan Imam 
As Sayuti.
Ketika kemunculannya hanya dia seorang yang memakai serban berwarna biru di 
dunia ini. Mungkin serban biru itu tidak selalu dipakainya, cuma 
sekali-sekala sahaja. Namun begitu, ini sudah cukup menjadi bukti bahawa 
hanya beliau seorang yang sanggup memakai serban biru. Ulama lain ketika 
itu, terutamanya ulama fiqh, sudah tidak sanggup lagi meletakkan serban di 
atas kepala sebagai pakaian harian, apatah lagi untuk memakai serban yang 
berwarna biru atau hijau.
Bagi musuh Islam, di kalangan mereka juga amat bimbang dengan kemunculan 
pemimpin yang berserban. Malah mereka meramalkan ketika zahirnya Pemuda Bani 
Tamim ini dengan mendapat kekuasaan di dunia sebelah Timur itu, beliau 
memaki serban berwarna biru. Maknanya, serban warna biru itu dipakainya 
ketika beliau mula-mula mendapat kuasa di negeri sebelah timur dan mula-mula 
diberikan baiah oleh sekalian manusia. Mungkin begitulah yang dimaksudkan 
serban biru.
Berapa ramai pemimpin-pemimpin Islam yang dimusuhi dan ditakuti kerana 
mereka berserban. Osama ben Laden yang diburu itu juga turut berserban. 
Begitu juga dua orang Tok Guru yang memerintah Pantai Timur Malaysia. Mereka 
juga ditakuti musuh Islam.

2. Dia memakai jubah dan gamis berwarna hijau dan hitam.
Pada ketika itu, hanya beliau dan jemaahnya sahaja yang memakai jubah. Tidak 
ada pemimpin Islam lain yang menggalakkan ahlinya memakai jubah sebagai 
suatu sunnah Nabi SAW dan dengan niat mahu membesarkan sunnah Nabi SAW itu. 
Dan tiada jemaah lain yang ikut memakainya dengan niat mengikut sunnah Nabi 
SAW. Jika adapun jemaah lain yang memakai jubah, bukan dengan niat sebagai 
suatu sunnah, melainkan hanya sebagai suatu adat sahaja.
Begitu juga dari segi bentuk, warna dan gaya. Beliau dan ahli jemaahnya 
memakai jubah yang boleh dikenali dengan mudah sama ada dari segi bentuk, 
warna dan gaya. Hanya mereka yang mampu mencapai tahap keseragaman 
sedemikian tinggi berbanding jemaah atau pertubuhan Islam yang lain pada 
masa itu.
Ulama lain ketika itu hanya memakai jubah untuk dirinya sahaja dan tidak 
mampu membentuk ahli jemaah atau pengikutnya untuk memakai jubah yang sama. 
Jika ada yang mengikut ulama tersebut memakai jubah, jubah pengikut dengan 
jubah ulama itu tidak sama atau seragam. Jika ada yang mengikutnya pun, 
jumlahnya tidak ramai.
Pendapat mengenai Pemuda Bani Tamim memakai jubah berwarna hijau ini adalah 
seperti yang diterangkan oleh Imam as-Sayuti dalam kitabnya, al-Jami'us 
Soghir.

3.  Dia sentiasa memakai celak mata.
Celak adalah amalan sunat. Setiap orang Islam sama ada lelaki atau perempuan 
adalah disunatkan memakai celak mata. Ada hadis Nabi SAW yang menyatakan 
bahawa bercelak itu sunat hukumnya.
Para sahabat dahulu suka bercelak, kerana mengikut amalan Nabi SAW. Para 
ulama dahulu (salaf dan khalaf) yang solihin adalah golongan yang suka 
memakai celak. Mereka memandang perbuatan memakai celak itu sebagai suatu 
sunnah yang penting dan besar, terutama dalam mendekatkan diri kepada 
Khaliq.
Para ulama dan cerdik pandai hari ini sudah tidak tahu lagi memakai celak 
walaupun tahu hukum memakai celak adalah sunat.
Terdapat juga hadis (walaupun kebanyakannya adalah hadis dhaif) yang 
menyatakan kelebihan bercelak. Antaranya ialah dapat mencerahkan pandangan 
mata, mengelakkan terkena penyakit mata, menambahkan seri muka dan banyak 
lagi.
Para wali Allah memang diketahui umum oleh umat pada zaman dahulu sebagai 
golongan yang istiqamah memakai celak.
Beliau memakai celak ketika para ulama lain sudah tidak mahu lagi memakai 
celak, ketika umat Islam sudah tidak tahu hukum memakai celak, ketika umat 
Islam sudah tidak tahu lagi cara untuk mengenakan celak ke mata mereka dan 
ketika para pemimpin menganggap celak sebagai suatu yang rendah dan 
memalukan jika dipakai. Ada juga pemimpin dan ulama hari ini yang menyatakan 
celak sebenarnya bukan daripada amalan Islam.
Itulah perbezaan antara beliau dengan para ulama dan umat sezaman.

4. Dia sentiasa memakai tongkat.
Iaitu sunnah Rasulullah SAW, para Khulafaur Rasyidin, para wali dan ulama 
muktabar zaman dahulu. Sungguh pun badannya masih segar dan boleh berjalan 
tanpa menggunakan tongkat, beliau memakainya sebagai suatu sunnah Nabi SAW 
yang perlu dijaga.
Ketika itu, para ulama dan orang alim sudah tidak mahu menggunakan lagi 
tongkat sebagai alat untuk membantunya berjalan. Para pemimpin di seluruh 
dunia juga sudah tidak ada yang memakai tongkat.
Pada hari ini, perbuatan memakai tongkat sudah ditinggalkan. Malah orang 
yang lebih tua juga tidak mahu memakai tongkat. Pada anggapan orang ramai, 
memakai tongkat adalah suatu kekurangan dan penghinaan, di samping tongkat 
merupakan sesuatu yang melemahkan jiwa dan fikiran.
Jika dilihat pada hukum Islam, memakai tongkat adalah disunatkan kepada 
orang yang berumur 40 tahun ke atas. Orang yang berusia 40 tahun atau lebih, 
jika tidak memakai tongkat akan dikatakan sebagai orang yang sombong kepada 
Allah. Demikian maksud sebuah hadis qudsi.
Sebab itu, pada zaman Nabi SAW, sahabat dan selepas itu, mereka memakai 
tongkat sebagai suatu sunnah yang tidak dipersoalkan. Setiap orang yang 
mencapai usia 40 tahun, perkara pertama yang dilakukannya ialah memakai 
tongkat.
Perlu pula diketahui, para wali Allah itu sentiasa memakai tongkat ke mana 
jua mereka pergi. Tongkat itu kegunaannya bagi mereka, hanyalah sebagai 
suatu simbolik sahaja dan tidak mempunyai banyak keistimewaan lain. Mereka 
memakainya sebagai suatu sunnah yang perlu diikut dengan hati yang ikhlas.
Orang yang mengamalkan sunnah Nabi SAW walaupun kecil, akan diberi pahala 
oleh Allah. Apatah lagi jika dibuat dengan hati yang ikhlas.

Alaf baru: Alaf kegemilangan Islam.

Wassalam,

Arjuna Armada

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke