Zakar buaya ubat mati pucuk

BUKIT KAYU HITAM (Kedah) -- Dengan bentuknya yang bergerigis dan mempunyai semacam penyepit yang bercabang tiga di hujungnya, anda mungkin menyangka 'benda' berukuran kira-kira 20 sentimeter tiap satu yang dipegang oleh lelaki ini adalah batu karang, atau sejenis tumbuhan yang agak ganjil bentuknya. Sebenarnya, inilah zakar buaya yang sudah dikeringkan.

Ia dikatakan boleh mengubati pelbagai masalah seperti lemah tenaga batin, mati pucuk, tekanan darah tingi, sakit jantung, lelah dan semput, lapor akhbar The New Straits Times semalam.

Para pegawai kastam dari Unit Pencegah Penyeludupan di Kedah telah menahan seorang penjual ubat warga Indonesia, yang cuba menjual zakar buaya ini sebagai ubat tradisional.

Dia ditangkap setelah seorang pegawai unit itu yang berpakaian preman, Koperal Rashid Noordin, tertarik untuk menyiasat. Beliau kemudian menahan lelaki itu dan merampas sebanyak 22 zakar buaya tersebut.

Lelaki itu ditahan kerana melanggar peraturan kastam Malaysia. - Gambar THE SUN

jumaat1-10.jpg

Kirim email ke