*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Subject:
          [Sutera] Boleh dilihat tetapi tidak boleh dipegang...
     Date:
          Sat, 1 Jan 2000 12:46:18 +0800
     From:
          "Cyberita" <[EMAIL PROTECTED]>
 Reply-To:
          [EMAIL PROTECTED]
       To:
          "1Sutera" <[EMAIL PROTECTED]>




From: "Cyberita" <[EMAIL PROTECTED]>

Boleh dilihat tetapi tidak boleh dipegang...

KAUM lelaki Arab Saudi meluangkan waktu malam mereka dengan bertemankan
wanita paling cantik di muka bumi ini. Ini semua disebabkan kemudahan
program televisyen satelit di negara Islam itu.

Dengan penerimaan televisyen satelit asing yang mempunyai budaya boleh
lihat
tetapi tidak boleh pegang, bercanggah dengan peraturan ketat yang
dikenakan
ulama-ulama negara itu.

Selain daripada papan tanda arah yang ditulis dalam tulisan Arab, wanita

berpurdah dan lelaki berjubah, sebahagian kota Riyadh boleh dikelirukan
sebagai sebuah bandar di Amerika Syarikat dengan bangunan pejabatnya dan

jalan raya yang dipenuhi restoran-restoran makanan segera.

Tetapi Riyadh tidak ada pawagam, tiada panggung teater dan kelab-kelab
malam
yang kesemuanya itu diharamkan di negara yang kaya dengan hasil minyak
itu.

Kegiatan waktu malam terhad kepada restoran-restoran dan kafe-kafe
sahaja.

Ramai rakyat Saudi memilih untuk meluangkan waktu malam mereka menonton
gadis-gadis berpakaian bikini seperti rancangan televisyen Amerika
Syarikat
Baywatch, atau bersama penyanyi wanita dan ratu cantik yang dipancar
khas
oleh televisyen satelit.

Trend terkini adalah kafe-kafe yang mempunyai peti televisyen di setiap
meja
dan alat kawalan jauh agar mereka boleh menukar saluran dengan petikan
butang sahaja.

Pihak berkuasa Saudi telah menghadkan kafe-kafe seperti itu di daerah
pinggir kota supaya tidak mengganggu ketenangan malam.

Kawasan seperti Thumama terletak kira-kira 30 minit perjalanan dengan
kenderaan dari Riyadh.

Kafe itu dipanggil 'shisha-cafe' sempena paip-paip air atau nargileh
yang
menemani para pelanggan sambil mereka menonton televisyen.

Di daerah Thumama saja, terdapat tujuh kafe seumpama itu yang seluas
ribuan
meter persegi.

Salah satu kafe itu yang diberi nama Al-Umam boleh menampung hingga 400
pelanggan dengan 250 peti televisyen. Kafe itu sesak dengan pelanggan
setiap
Khamis malam.

Para pelanggan boleh duduk di atas kusyen yang berselerak di lantai
seperti
orang Badui, di atas kerusi kayu yang menjadi kebiasaan di wilayah
Hijaz,
seperti orang Syria yang duduk di samping pancutan air dari batu marmar
atau
kafe yang lengkap dengan pohon-pohon palma.

"Tiada tempat lain untuk kami tuju dan berseronok," kata Encik
Abdellatif,
yang sedang menonton video penyanyi Lebanon, Cik Marie Suleiman, bersama

teman-temannya.

Di meja sebelah, seorang penari tarian gelek Mesir, Cik Dina,
menghiburkan
hati para pelanggan sehinggakan salah seorang pelanggan putarkan paip
airnya
setara dengan muzik. Tarian gelek diharamkan di Arab Saudi.

Kafe Al-Umam hanya dibuka kepada kaum lelaki, dan dua lagi kafe di
Thumama
dikhaskan untuk keluarga sahaja atau suami-suami yang ditemani
isterinya,
anak perempuan atau ibu.

Kafe-kafe ini dikepung dengan dinding-dinding tinggi demi menghormati
kelas-kelas agama yang mengambil berat tentang kelakonan sosial, pakaian

wanita dan pengasingan lelaki dan wanita.

"Kafe-kafe ini dianggap sebagai injap keselamatan masyarakat yang serba
kekurangan tempat hiburan seperti pawagam," kata seorang peniaga.

Walaupun televisyen satelit sudah diterima, pengharaman seperti arak
tidak
boleh ditarik balik. Versi champagne Arab Saudi ialah jus apel yang
dicampur
dengan air berbusa. -- AFP.

--------------------------- ONElist Sponsor ----------------------------

    GRAB THE GATOR! FREE SOFTWARE DOES ALL THE TYPING FOR YOU!
Tired of filling out forms and remembering passwords? Gator fills in
forms and passwords with just one click! Comes with $50 in free coupons!

  <a href=" http://clickme.onelist.com/ad/gator4 ">Click Here</a>

------------------------------------------------------------------------

~~~***~~~~~~***~~~~~~***~~~~~~***~~~~~~***~~~~~~***~~~~~~***~~~~~~***~~~

SUTERA - Berita-berita semasa dan artikel-artikel menarik dalam pelbagai

topik
Untuk melanggan list ini, hantar e-mail kosong (blank) kepada
[EMAIL PROTECTED]
atau daftar di http://www.onelist.com/subscribe.cgi/sutera
Untuk berdiskusi atau menyumbang artikel, e-mail kepada
[EMAIL PROTECTED]
Untuk keluar, hantar e-mail kosong kepada [EMAIL PROTECTED]

*Semua artikel atau berita yang disiarkan tidak semestinya menggambarkan

pendirian sebenar list owner.
~~~***~~~~~~***~~~~~~***~~~~~~***~~~~~~***~~~~~~***~~~~~~***~~~~~~***~~~












 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke