*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
GAMBAR
DR. MAHATHIR mengikat tali pada tangan bayi yang berusia lapan hari, anak seorang
penduduk Kampung Bukit Wang Perah Hosba dekat Jitra semalam.
Ulama diminta sekat ajaran bertentangan
JITRA 5 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, meminta para ulama
menyekat penyebaran ajaran yang kononnya dibawa oleh tokoh agama tetapi bertentangan
dengan ajaran Islam yang sebenar.
Menurutnya, walaupun terdapat perbezaan antara mazhab dalam agama Islam tetapi ada
juga pihak yang mengamalkan ajaran yang sama sekali bertentangan dengan Islam.
Katanya, ada di antara mereka yang mengaku sebagai Imam Mahadi dan ada juga yang
mengkafirkan umat Islam lain kerana fahaman politik yang berbeza.
''Saya harap pemimpin dan ulama kita memastikan tidak ada ajaran karut seperti ini
disebarkan dalam masyarakat kita,'' katanya pada majlis berbuka puasa di Masjid
Kampung Bukit, Hosba dekat sini hari ini.
Hadir sama ialah Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Menteri Besar, Datuk Syed Razak
Syed Zain dan anggota Exco Kerajaan Negeri.
Perdana Menteri juga menasihatkan umat Islam agar berhati-hati dengan pihak yang
mendakwa sebagai alim ulama dan membawa ajaran tertentu kerana dikhuatiri boleh
mengancam akidah mereka.
Dr. Mahathir memberitahu, beliau difahamkan kegiatan mengkafirkan umat Islam berlaku
di sebuah negeri sehingga ada di antara mereka yang sanggup menyamak masjid
semata-mata kerana orang UMNO bersembahyang di masjid tersebut.
''Jika ada perkara seperti ini berlaku, orang Islam akan bermusuhan dan akan
melemahkan mereka, akhirnya mereka akan dikuasai oleh orang lain,'' ujarnya.
Sehubungan itu beliau menyeru umat Islam supaya tidak terkeliru dengan ajaran Islam
yang dibawa oleh golongan berkenaan yang menyamakan agama suci itu dengan kumpulan
tertentu yang memperjuangkan ideologi politik mereka.
Katanya, gerakan yang dibawa oleh kumpulan tersebut dianggap berbahaya kerana
sebilangan pemimpin kumpulan itu merupakan individu yang berpengaruh dalam masyarakat.
''Akidah umat Islam akan melencong ke arah lain apabila mengikuti ajaran yang dibawa
oleh kumpulan ini,'' jelasnya.
Beliau menambah, hanya umat Islam yang kuat akidahnya sahaja yang tidak mudah
terpedaya dengan ajaran yang dibawa oleh kumpulan itu.
Hadir sama pada majlis berbuka puasa itu ialah kira-kira 50 pegawai agama Islam dari
lima wilayah selatan Thailand yang diundang khusus dalam usaha merapatkan lagi
hubungan umat Islam antara kedua-dua negara.
Dalam pada itu, Dr. Siti Hasmah menyampaikan bantuan biasiswa kepada 20 pelajar
tempatan yang cemerlang dalam bidang pendidikan.
Perdana Menteri turut mengikat tali sebagai tanda kesyukuran pada pergelangan tangan
seorang bayi yang berusia lapan hari, Murad Abdul Aziz iaitu anak seorang penduduk
tempatan.
Oleh: YUSRI SAHAT dan NIZAM HAMID
--------------------------------------------------------------------------------
� UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
E-mail: [EMAIL PROTECTED]
--
// Bruce Lee
[EMAIL PROTECTED]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Bruce Lee" <[EMAIL PROTECTED]>