*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamualaikum...
saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua netters hizbi. hari ni, hari
raya kedua, dan saya sendiri baru balik daripada berhari raya dengan menteri
kesenian dan pelancongan kita, yb dato' kadir sheikh fadzil di jalan
titiwangsa.
apa yg ingin saya perkatakan disini ialah keterkejutan saya dengan suasana
diperkarangan rumah beliau. banyak perhiasan patung wanita bogel (seperti yg
selalu kita lihat dalam certita2 tv mat saleh). patung tu pulak bukannya satu,
tapi banyak. jalan nak masuk ke hall rumah dia pulak, ada jambatan, bawahnya
ada air mengalir. hiasan dalamnya pulak mewah sungguh!
stalls yg menghidangkan makanan pulak, ada 3 stalls yg bukan Islam jaga/masak,
ada gerai cina (yong taufu), gerai india (air, tosai), dan lain2. dan para
jemputan pulak, ramai bukan Islam. mungkin sebab org Islam kita ramai pulang
kg berhari raya.
kat sana jugak, saya jumpa mid bin man dan dato' abu hassan omar. saya sure
mereka semua mesti terperanjat tgk kedatangan saya (wanita muda yg bertudung
labuh). saya selamba je tak salam pon ngan kadir sheikh fadzil, sekalipun dia
macam nak salam ngan saya. tapi sebab saya tak hulur tangan pon, dia pon tak
jadi nak hulur tangan (saya mmg lalu depan dia sebab nak wish dia selamat hari
raya).
kesimpulannya apa yg saya dapat hari ni ialah, betapa tak sensitifnya umat
Islam sendiri terhadap ajaran agamanya. kan malaikat tak masuk rumah yg ada
patung? ini pon saya tak berapa arif sebab saya pon tak tau sangat hukum hakam
ni, tapi itulah yg saya tahu. saya datang tadi atas jemputan. bagi saya tak
best langsung open house dia tuh, dahlah makanan habis, tak meraikan tetamu
datang (kami makan sendiri2, dia tak raikan pon). yg bestnya cuma dia punya
kebab, best gaks. eheheh.
wokeh...sekian dulu buat kali nih. mmg menteri2 umno nih dok jaga hati kroni
dia je. semoga Allah memberi hidayah dan membuka hati seluruh umat Islam agar
kembali menghayati ajaran agamaNYA. amiiin. wassalam. TAKBIR!
"duduk bawah org zalim, tak semestinya kita ikut jadi zalim...semuanya
terpulang pada iman"
____________________________________________________________________
Get free email and a permanent address at http://www.netaddress.com/?N=1
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: raihanah ahmad <[EMAIL PROTECTED]>