*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum ww.

Hari raya ke 2, saya balik beraya dirumah orang tua di Sik. Selepas
sembahyang asar di masjid Sik Dalam, mata tertumpu ke sebatang pokok kabu
hadapan masjid. Dalam hati berbisik " Ini mesti ceramah pas ni". 

Tajuk poster berbunyi " CERAMAH IDUL FITRI, PENCERAMAH: USTAZ FADZIL NOR,
USTAZ TAIB AZZAMUDDIN DAN DATO' SHAHNON AHMAD. TEMPAT PADANG AWAM SIK"

Dalam hati tertanya tanya BETUI KA NI. Tak kan Majlis Daerah Sik boleh
benarkan padang. Tak kan DO boleh bagi kebenaran guna padang. Dan seribu
tak kan melengkari benak.

Selepas sembahyang isyak, saya  bersama anak bini satu van bertandang ke
tempat ceramah. Rupanya betul. Dengan tidak berlengah saya mengambil tempat
ditengah padang untuk mengikuti ceramah tersebut.

Mengikut susunan agenda, ustaz Taib dulu mulakan ceramah. Ceramahnya
berkisar tentang kemenangan BA dalam pilihanraya ke 10. Dalam ceramahnya BA
boleh menang banyak kerusi lagi dan tidak mustahil boleh mentadbir negara
sekiranya pengundi-pengundi  tetap menyokong PAS (BA) dan bekerja keras.

Dalam selorohnya beliau mengandaikan bahawa Dato' Shahnon sekarang ini
adalah MB Sik. Seloroh ini membawa erti kebenaran padang yang diberi oleh
MDS. Tahniah dan terima kasih kepada MDS, PDS kerana memberi permit guna
padang.

Ceramah Ustaz Fadzil dan Dato' Shahnon adalah merangkumi budaya menjauhkan
Islam dengan membenarkan pesta menyambut alaf baru yang di hidangkan dengan
minuman arak dan percampuran jantan betina yang diadakan di KL baru2 ini.

Ceramah ketiga-tiga penceramah ini bagi saya biasa saja, sebab saya banyak
mengikuti ceramah mereka dimana mana saja. Tetapi apa yang saya nak
perkatakan di sini ialah penggunaan padang dan stagenya. Saya mati mati 
kata susah bagi pembangkang dapatkan kemudahan ini, tetapi Alhamdulillah
semuanya berjalan elok. 

Nampaknya Hamid Othman pun terpaksa mengalah dengan kekuatan pembangkang di
sini. Apa tidaknya 3-0. Dipenghujung bulan puasa baru2 ini beliau nak
tunjuk murahati dengan memberi seorang sekotak buah kurma. Bukan setakat
Parlimen Sik saja dapat buah kurma, tapi buah tu luruh sampai ke pejabat2
kerajaan di Baling. Saya ucapkan terima kasih tapi kalau Dato' beri sebelum
pilihanraya lebih elok lagilah. 

Adalah lebih baik lagi sekiranya penggunaan padang bukan setakat di Sik
saja tapi biarlah sampai ke Baling sama. Nampaknya UMNO hari ni dalam
keadaan delima, telan mati mak luah mati pak.

INSYAALLAH 2003/2004 DATO FADZIL MB KEDAH BARU.

Allah Hu Akbar 3 x.

PANGLIMA CINDUR MATO

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Panglima Cindur Mato" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke