*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kuala Lumpur, 12 Jan (Hrkh) - Masyarakat India
membantah pelbagai tindakan terhadap akhbar
Harakah oleh Kementerian Dalam Negeri yang hanya
menjaga kepentingan media yang pro kerajaan, kata
ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Parti Keadilan
Nasional
(KeAdilan), N Gobalakrishnan.
Menurutnya, masyarakat India yang menyokong
Barisan Alternatif (BA) kecewa dengan
tindakan-tindakan itu kerana Harakah adalah
satu-satunya media yang membawa mesej yang
tepat dan betul kepada rakyat
. "Harakah juga memainkan peranan yang penting
dalam pilihanraya yang menyatukan rakyat pelbagai
kaum berbanding dengan media pro kerajaan yang
lebih banyak memecah belahkan," katanya kepada
Harakah di sini hari ini.
Hari ini, pengarang Harakah, Zulkifli Sulung
didakwa
mengikut Akta Seksyen 4 (1) (C) hari ini berikutan
dari tersiarnya kenyataan akhbar yang dibuat oleh
Timbalan Presiden KeADILan, Dr. Chandra Muzafar
dalam Harakah 2 Ogos 1999 lalu.
"Harakah mungkin tidak diperlukan oleh segelintir
kecil
pimpinan Barisan Nasional (BN) yang dibongkarkan
penyelewenganya oleh akhbar itu tetapi rakyat
memerlukan Harakah," ujarnya.
Menurutnya, Harakah juga berfungsi menyampaikan
mesej pimpinan ulamak di Kelantan dan Terengganu
yang menunjukkan kepimpinan yang lurus dan
menguntungkan semua masyarakat di kedua-dua
negeri itu.
Malangnya, tidak ada media kerajaan yang
menerbitkan berita mengenai kebaikan-kebaikan yang
dilakukan oleh kepimpinan ulamak di kedua-dua
negeri
berkenaan, katanya.
"Selepas lebih 30 tahun diperintah oleh BN,
terbukti
rakyat dilupakan oleh pimpinan BN dan hanya
pimpinan ulamak yang menyedarkan rakyat bahawa
terdapat banyak kebaikkan yang boleh diperolehi
oleh
rakyat negeri itu," tegasnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru agar tindakan
terhadap Harakah dihentikan segera untuk
membolehkan rakyat mendapat maklumat sebenar
mengenai keadaan yang berlaku di negara ini.
Comments? e-mail us [EMAIL PROTECTED]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]