*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setuju benarlah saya dengan pendapat yang sedemikian. Adapun masa saya
masih bersekolah dulu di sebuah sekolah asrama tak penuh, kami di saf
belakang ni memang merapatkan saf serapat-rapatnya, dan kami melihat
saf yang disebalik tabir di depan sana juga serapat-rapatnya antara
satu sama lain, bila dah bekerja saya melihat saf di sebalik tabir
renggang pula sedangkan saf di belakang ni tetap rapat macam masa
bersekolah dulu. Arakian pernahlah saya solat berjemaah di mesjid
berdekatan rumah di bulan puasa. Puaslah saya mengejar seorang jemaah
warga emas ni untuk merapatkan saf, tapi dia tetap lari juga tak nak
bersentuh bahu. Makin saya rapat makin dia lari, alih-alih dia jeling
tajam kat saya. Akhir sekali saya bersuara "rapatkan saf, rapatkan
saf, luruskan barisan" Tapi warga emas tu dah mencuka.
--- AbgLang <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> ---------- Forwarded message ----------
> Date: Tue, 18 Jan 2000 18:17:03 +0800 (MYT)
> From: [EMAIL PROTECTED]
> To: AbgLang <[EMAIL PROTECTED]>
> Subject: ~H~ Segalanya bermula di sini... (fwd)
>
>
>
> ---------- Forwarded message ----------
> Date: Mon, 17 Jan 2000 15:22:28 +0800
> From: [EMAIL PROTECTED]
> Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
>
> Assalamualaikum,
> Pernahkah kita terfikir mengapa kita masih susah hendak mendapatkan
> pertolongan dari Allah S.W.T. dalam perjuangan kita hendak menegakkan
> Islam
> di negera bertuah ini? Setelah "bermati-matian" memohon kepadaNya;
> setelah
> "bermati-matian" kita bersolat hajat, tetapi masih lagi kita belum
> berjaya
> dengan sepenuhnya. Apakah sebenarnya "ramuan" yang kita terlupa
> untuk
> masukkan ke dalam "adunan" kita itu?
>
> Setelah diamat-amati, seorang yang jahil seperti saya ini telah
> membuat
> satu kesimpulan bahawa "ramuan" yang dimaksudkan itu adalah sunnah
> Rasulullah S.A.W. Rata-rata saya perhatikan bahawa kebanyakan kita
> masih
> memandang remeh terhadap sunnah-sunnah Rasulullah. Kita ambil contoh
> di
> dalam sembahyang berjemaah. Berapa ramaikah di antara kita yang
> betul-betul mengambil berat tentang saf; merapatkan sehingga bertemu
> bahu
> dengan bahu serta tumit kaki dengan tumit kaki. Imam-imam serta
> bilal-bilal pula jarang sekali mempastikan saf-saf yang dibina itu
> benar-benar lurus dan rapat. Perkara ini memanglah kecil bagi
> pandangan
> kita yang jahil ni tetapi sebenarnya inilah asas kepada perpaduan.
> Melalui
> pengalaman saya sendiri sewaktu menuntut di Amerika Syarikat dulu,
> jemaah
> sembahyang yang saya sering sertai itu begitu mengambil berat tentang
> saf.
> Imamnya, sebelum takbir, benar-benar memastikan bahawa makmum-makmum
> nya
> merapatkan saf sehingga tiada langsung ruang di antara mereka. Pada
> mulanya memanglah saya berasa janggal bersembahyang demikian, tetapi
> setelah berkali-kali melakukannya saya dapati ada satu kelainan dalam
> diri
> saya. Perasaan mahabbah di antara jemaah mula terasa. Apabila saya
> tidak
> dapat berjemaah, akan adalah satu kumpulan jemaah yang datang
> menjengok
> saya dan begitulah sebaliknya. Memang benar - apa yang diperintah
> oleh
> Allah dan Rasul itu sebenarnya ada hikmat yang seringkali kita tidak
> nampak. Cubalah kita bandingkan pula dengan jemaah-jemaah kita di
> sini.
> Semasa saya baru pulang dulu, saya pun cubalah untuk berbuat seperti
> sewaktu saya di Amerika sebelum tu. Semakin saya merapatkan diri
> saya
> kepada makmum di sebelah, semakin pula dia cuba menjauhkan dirinya.
> Sehinggalah sekarang ni - setelah lebih 7 tahun - saya masih lagi
> dapati
> keadaan yang sama berlaku. Bersetujukah saudara/saudari sekelian
> jika
> saya katakan bahawa asas kepada perpaduan yang utuh adalah perasaan
> kasih-sayang di antara ahli-ahli jemaah. Dan saya berpendapat bahawa
> satu-satunya cara untuk mendapatkan perasaan sedemikian adalah
> melalui
> sunnah. Kita mestilah memulakannya di dalam solat jemaah. Saya
> ingin
> mencadangkan agar dapatlah setiap dari kita ini bertemu dengan
> imam-imam
> serta bilal-bilal di qariah kita supaya mereka memastikan bahawa
> makmum-makmum benar-benar mematuhi sunnah Junjungan kita itu. Kita
> bukan
> ke masjid atau ke surau untuk berlapang-lapangan tetapi kita ke sana
> di
> atas perintah Rasulullah. Jadi, marilah kita bersama-sama pastikan
> bahawa
> tidak ada satu sunnah pun di dalam kita bersolat jemaah yang kita
> tinggalkan.
> Wassalam.
>
>
>
>
------------------------------------------------------------------------
> To Post a message, send it to: [EMAIL PROTECTED]
> To Unsubscribe, send a blank message to:
> [EMAIL PROTECTED]
>
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>