*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Jalan penyelesaian :
Kembali kepada agama yang sebenar. Taat pada perintah ALLAH ikut cara
sunnah nabi kita Muhammad SAW. InsyALLAH kejayaan akan bersama
kita di dunia dan akhirat.
Wassalam.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@2
From: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>
> Semua maklum akan tragedi yang terjadi kepada ummat Islam di Ambon,
> kepulauan Maluku. Ramainya puak Islam yang dibunuh oleh puak-puak
> Kristian sedangkan pemerintah bagaikan bersikap acuh tak acuh demi
> mempertahankan survival politik masing-masing. Megawati yang
> ditugaskan oleh Gus Dur untuk menangani masalah di kepulauan Maluku
> seolah-olah takut dengan undi yang diberikan oleh puak-puak Kristian
> yang membantu kemenangan beliau dalam pilihanraya lepas. Apa pula
> peranan dan reaksi Gus Dur dalam menangani perkara ini? Sebagai tokoh
> yang diagungkan oleh Nahdatul Ulama, apa sebenarnya tindakan beliau
> dalam menangani masalah Maluku ini?
>
> Hari demi hari kita melihat penyembelihan terhadap ummat Islam
> diseluruh dunia. Di mana ada ummat Islam disitulah terjadi kekacauan.
> Kenapa ummat Islam cuba dihapuskan? Kenapa ummat Islam terlalu lemah
> hingga boleh diserang senang-senang saja oleh orang-orang kafir
> sedangkan ummat Islam ialah ummat kedua paling ramai di dunia. Bukan
> satu atau dua negara yang mengaku negara Islam, kemana semuanya?
> Kenapa tidak dibantu negara-negara yang diancam penghapusan agama oleh
> puak-puak kaffir? Seluruh dunia tahu Chechen sedang diserang oleh
> Rusia, sebagai sebuah negara yang kuat tenteranya yang terbukti dengan
> pengiktifrafan untuk menjadi salah satu negara anggota keselamatan PBB,
> kenapa Malaysia tidak membantu rakyat Chechen yang tertindas? Mana
> perginya Saudi Arabia? Mana perginya Iran? Mana perginya Libya? Mana
> sifat pemurah kerajaan Brunei?
>
> Kadang-kadang kita menjadi bingung, pejuang-pejuang kita menyertai
> jihad dimana-mana atas perbelanjaan dan kehendak sendiri. Tiada
> bantuan tiket kapalterbang dari negara, tiada bantuan kelengkapan
> pakaian atau peralatan dari negara. Mereka pergi sendiri-sendiri atas
> usaha sendiri. Kenapa semua negara Islam takut? Takut untuk
> menghantar tentera mereka ke Chechen, takut untuk menghantar tentera
> mereka ke Ambon, takut kelak USA dan negara-negara Eropah tidak mahu
> lagi menyokong ekonomi kita, seperti yang terjadi kepada Iraq. Takut
> rakyat tidak memilih mereka lagi dalam pilihanraya akan datang. Hilang
> sifat kemanusiaan dan belas ihsan sesama Islam yang bersaudara kerana
> menjaga kepentingan peribadi.
>
> Kenapa ya tempat-tempat itu yang menjadi sasaran kejahatan musuh-musuh
> Islam? Di negara-negara bekas Republik Rusia, satu per satu negara
> diserang untuk menghambat dan membunuh orang-orang Islam. Sekarang di
> Indonesia, selepas Ambon, mereka melebarkan sayap ke seluruh Maluku.
> Mungkinkah nanti mereka akan bergerak ke Jawa, Sumatera, Kalimantan
> hingga akhirnya seluruh Indonesia akan jatuh ke tangan Kristian. Itu
> negara jiran kita. Apa akan jadi kepada negara kita pula? Bila pula
> giliran negara kita untuk diserang? Nauzubillah, tapi bila melihat
> kepada polanya, tak mustahil, kita juga akan menjadi mangsa penghapusan
> agama di dunia.
>
> Sebelum apa-apa terjadi, haruskah kita berdiam diri? Jiran kita sudah
> dinodai, dari sebuah kampung ke sebuah pulau, kemudian ke satu
> kepulauan, tak mustahil satu negara pula akan diserang, dan kita antara
> jiran terdekat. Adakah kita next victim?
>
> Mari kita lihat mengapa dan kenapa mereka diserang. Lemahkah mereka?
> Kuat sangatkah jiran Kristian mereka? Jika sekampung rasa-rasanya
> kekuatan kita sama je. Tapi mungkinkah puak-puak Kristian tersebut
> dibantu oleh kuasa asing? Kenapa kita tidak pula membantu rakan
> seIslam kita yang dibunuh? Perkara ini bukan baru. Kita dah lama
> tahu. Dah banyak kali kita dapat e-mail tentang perkara ini. Tapi
> kita berdiam diri saja. Pekak badakkah kita?
>
> Bagaimana pula dengan pegangan agama orang-orang yang diserang itu?
> Dengar-dengar cerita, walaupun sudah diserang dan mereka terpaksa
> menumpang di mesjid-mesjid, tetapi tetap tidak menunaikan solat.
> Adakah kita mempunyai ciri-ciri tersebut? Dah sampai masjidpun masih
> berdiam diri dalam kereta? Kalau kita juga tidak menjaga agama seperti
> mereka, tak mustahil, kita akan jadi next victim.
>
> Bagaimana pula pemimpin mereka? Kebanyakan rakyat Indonesia memilih
> PDI-P yang dipimpin oleh megawati yang 99% dari pemimpin lain dalam
> parti tersebut adalah Kristian. PDI-P menang besar dalam pilihanraya
> lepas. Gus-Dur walaupun bergelar ulama' desas-desus mengatakan beliau
> tidak grad dan ada juga yang mengatakan beliau celebrate kemengangn
> menjadi ketua Nahdatul Ulamak disebuag pub bernama Casablanca.
> Bagaimana pula dengan kita di Malaysia? Kita memilih sebuah parti yang
> menyandarkan kemenangan mereka semata-mata kepada orang kafir(MCA).
> Pada malam 1 Januari iaitu malam perayaan orang Kristian dibulan puasa
> yang mulia, di saat 10 hari terakhir Ramadhan pemimpin kita qiamullail
> di tempat-tempat yang mebgadakan pesta menyambut perayaan Kristian
> tersebut. Apa persamaan kita dengan Indonesia? Adakah kita next
> victim?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Nuar" <[EMAIL PROTECTED]>