*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



 KUALA LUMPUR: Pegawai-pegawai Bank Negara Malaysia tidak membuat sebarang
 kenyataan berhubung laporan kekurangan separuh rizab emas negara ini.

 Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), rizab emas negara ini menurun
separuh pada
 Ogos tahun ini, daripada 2.34 juta auns pada Julai.

 Seorang pegawai kanan BNM yang tidak mahu dikenali berkata isu-isu pengurusan
rizab bank itu
 bukannya untuk pengetahuan umum. "Rakyat mesti yakin pada kebijaksanaan kami,"
jelasnya
 kepada Malaysia kini.

 Pada 10 Disember lalu, Statistik Kewangan Antarabangsa IMF mendedahkan rizab
emas
 Malaysia menurun sehingga separuh pada Ogos.

 Profesor ekonomi Universiti Malaya Jomo K.S. berkata data-data IMF itu
menunjukkan
 penurunan 1.17 juta auns. Beliau menambah rezab itu dijual ketika harga pasaran
 emas dalam
 keadaan rendah.

 "Harga emas di Pasaran Logam London (LME) jatuh dalam masa dua bulan
berturut-turut kepada
 US$252.55 bagi setiap auns pada 25 Ogos dari US$261.50 17 Ogos," katanya.

 Beliau menjelaskan, khabar-khabar angin kemungkinan pihak Malaysia menjual
besar-besaran
 rezab negara ini menambahkan lagi kejatuhan harga emas.

 "Dengan mengambil harga purata US$256.72 bagi setiap auns pada Ogos lalu, 1.17
juta auns
 emas mungkin telah dijual dengan nilai US$300.4 juta atau kira-kira RM1.14 ribu
 juta," katanya.

 Jomo mempersoalkan keperluan bank pusat negara ini menjual separuh daripada
rizabnya pada
 ketika harga yang rendah. "Saya percaya ia tidak kena-mengena dengan imbangan
pembayaran,"
 katanya lagi, kerana Malaysia mempunyai imbangan pembayaran yang kukuh.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke